Bismillahirrahmanirrahim,
Firman
Allah s.w.t:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
(Surah Al-Isra’ 17:36)
Hati?
Organ yang mengendalikan semua anggota tubuh manusia. Hati
adalah ketua untuk mengarahkan anggota tubuh badan yang lain untuk bertindak.
Hati adalah raja. Semua yang kita lakukan bermula
dengan detik hati. Seterusnya mesej itu akan dihantar pada otak. Misalnya, hati
kita terluka, rasa sedih yang teramat. Maka air mata bertindak daripada apa
yang terdetik pada hati.
Apa-apa yang terdetik di hati, semuanya dapat
diketahui oleh Allah s.w.t. Kadangkala
kita lupa, bahawa Allah mendengar dan mengetahui apa yang terkandung di dalam
hati kita. Lantas kita tidak menjaga hati dengan baik. Pernahkah kita terfikir,
bagaimana agaknya jika semua orang boleh melihat apa yang tertulis di hati
kita? Allahuakbar…
Apa-apa yang terdetik di hati tidak semestinya
diikuti. Malah, ia perlu dikawal sekiranya mendorong ke arah keburukan. Hati
yang baik akan mendorong diri ke arah kebaikan. Jagalah hati agar ia menjadi
suci.
Kelebihan orang yang berhati suci:
Orang yang berhati suci akan dikurniakan Allah
petunjuk dan hidayah kepadanya. Orang yang berhati suci in akan mendapat
pimpinan dan bimbingan daripada Allah sehingga dia mendapat kemudahan dalam
melakukan ibadat.
Pembaca
yang dirahmati Allah,
Marilah kita menjaga hati yang diberi
pinjam oleh Allah kepada kita. Hati itu kini menjadi tanggungjawab kita untuk
memeliharanya. Bila-bila masa sahaja, tuan hati kita akan mengambil kembali ia.
Sudahkan kita bersedia? Bagaimana keadaan hati kita kini?
Kita hanya manusia biasa yang sering
melakukan kesilapan. Namun, pintu taubat masih terbuka luas pada hamba-Nya. Jangan
tangguh untuk bertaubat. Apa-apa yang terdetik pada hati, harus dibimbing. Anggota
lain akan melaksanakan apa yang terdetik pada hati. Berjaga-jagalah. Jom jaga
hati.
Wallahualam.
assalamualaikum, nabilah... bicara tentang hati... Allah hati ana banyak sakitnya... kadang-kadang tak mampu ana nak mengawalnya...
ReplyDeleteWaalaikumussalam..insyaAllaah..kita cuba perlahan2 utk mengawalnya..serahkan pada Allah..banyakkan istighfar..moga Allah pelihara kita.
Delete