Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan
semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta
keluarga baginda.
Astaghfirullahal’azim
(3x)
Alhamdulillah, tadi ku ke hospital
Askari, Karak, Mutah disebabkan beberapa hari yang lalu, ku mendapatkan rawatan
di klinik Jamiah Mutah. Setelah itu, doktor di situ memberikan ku sekeping
surat xray yang perlu dibuat di hospital.
Disebabkan untuk menjaga kesihatan,
maka ku paksakan jua diri ini walaupun hakikatnya berat untuk ke hospital
kerana merasakan diri ini sudah semakin kebah dari sakit.
Alhamdulillah, senior umahku yang amat
baik, kak Aslam Farah menemaniku ke hospital. Kami pergi menaiki teksi. First
time, naik teksi di sini dan agak teruja. Tambang pergi dan balik dalam 6
dinar.
Setibanya di hospital, terus kak Aslam
mendaftar namaku. Mataku liar memandang sekeliling. Dalam hatiku asyik
bermonolog, “ramai juga orang Arab sakit”.
Maklumlah sepanjang di Mutah, nampak orang sekeliling sihat je. Apa yang
ku dapati, hospital ini agak unik dan banyak buat ku berfikir.
Apa
yang unik?
1) Tiada no di Bilik pakar??? – ku diarahkan untuk ke bilik pakar yang bahagian
dada dan perut. Namun, yang buat ku terkejut, ramai orang yang duduk dan
berdiri. Agak serabut bagiku. Rupanya, di sini, tiada no pesakit. Hanya dengan
memanggil nama sahaja. Jadi, ramai la yang mengetuk pintu bilik pakar sebab
tidak tahan menunggu.
2) Tiada kerusi??? – setelah namaku dipanggil, ku terus masuk ditemani
k.Aslam. semangat ku masuk ke bilik doktor. Hajatnya nak duduk la. Tiba-tiba,
tiada kerusi pun sebelah doktor. Rupanya, pesakit hanya berdiri sambil
memberitahu penyakitnya pada doktor.
3) Baju doktor??? – yang paling menghairankan, mana doktornya? Sebab apa
yang ku lihat hanyalah seorang lelaki yang memakai baju kemeja warna hijau
persis seorang askar. Namun, kata k.Aslam..inilah doktornya. Hmmm…
4) X-ray??? – rupanya x-ray di sini, tidak perlu menaggalkan pakaian pun. Malah, tidak sampai seminit pun sudah siap. Allah..canggihnya.
5) Dinding dibasuh??? – sebelum masuk di bilik x-ray, ku teruja melihat
seorang makcik yang menyabun dan mengelap dinding. Pelik. Tidak pernah ku
melihat basuh dinding, selalunya tingkap.
6) Mc??? – sebenarnya, ku memang tidak sempat masuk kuliah
pagi sebab urusan di hospital belum selesai. Maka, minta la mc pada doktor. Namun,
ini tidaklah semudah yang ku sangkakan. Setelah doktor sahkan, kena pergi ke
ketua doktor tandatangan dan sebagainya. Untuk mendapatkan mc itu, ku terpaksa
meredah beberapa bangunan.
Sebenarnya, apa yang ku nak sampaikan
bukanlah mengatakan hospital Askari di Mutah ini tidak baik. Namun, banyaknya
hikmah di sini. Pertama, perlunya kesabaran yang tinggi dalam menanti nama
pesakit dipanggil. Kedua, berfikiran positif. Ketiga, betapa dunia sekarang
semakin canggih dalam teknologi dan perlu yang pakar dalam mengendalikannya. Keempat,
menyedari inilah dunia luar yang kadangkala kita tidak pernah tahu sistemnya.
Oleh itu, lihatlah kebesaran Allah di
mana jua kamu berada. Berfikirlah sesuatu yang dapat mendekatkan diri kamu
dengan Allah s.w.t. Kesihatan perlu dijaga agar kamu mudah beribadah kepadaNya.
Wallahualam.
*apa yang baik, ambillah, apa yang
buruk tu jangan ikut ye? ^_^
Buat ukhti Aslam Farah, jazakillahu
khairan kathira sebab bawa nabilah p klinik & hospital. Jzkk juga buat
semua yang terlibat dalam secara tidak langsung dan yang mendoakan. Allah..lupa
lak..nabilah xd ape2 ye..doc ckp ok je.alhamdulillah.
assalam sayang, sihat dah?? :) comey je nama awak kat sana ye... CITY NABELAH ?? hehe... seronoknya kat sana, doakan saya awak.... :)
ReplyDeletefi hifzillah ! :)
Waalaikumussalam..
DeleteAlhamdulillah..smkn siht.
datang la cini..
insyAllah..saling mendoakan.
jzkk sudi ziarah di blog ni..^_^