Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar imanmu?
Masihkah seteguh batu karang di lautan?
Alhamdulillah,
kita masih diberi nikmat iman dan Islam. Masih bernyawa..maka bersyukurlah.
Kali ini, penulis ingin bertanya kepada pembaca,
pernahkah merasa berat dengan ujian yang datang bertubi-tubi terhadapmu?
Apa yang kamu lakukan?
Menangis?
Muram?
Sayu?
Pilu?
Membaca Al-Quran?
Doa?
Setiap
manusia pasti akan diuji oleh-Nya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ankabut,
ayat 2:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya
dengan mengatakan,”Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”
Sekadar perkongsian…
Ku juga insan biasa, yang banyak
kekurangan. Baru-baru ini, diri ini merasakan amat berat ujian yang Allah
berikan kepadaku. Setiap hari ku cuba bersabar dan cuba mengukirkan senyuman
buat insan sekeliling.
Semakin hari, ku merasakan ujian itu
terlalu berat. Akhirnya..ku menangis teresak-esak bersendirian. Tidak ku sangka,
ada yang mendengar esakkanku ini. Seorang kakak yang amat baik menegurku.
“Kenapa ni nabilah?”
“Takda apa-apa..nabilah ok je.maaf.”
“Kenapa ni..nabilah terasa dengan akak?”
“Taklah..maaf..xd ape2..mungkin diri ini yang terlalu sensitif”.
“Nabilah..hidup ini banyak ujian yang akan datang.
Akak pun ada banyak masalah, kadang-kadang rasa give up gak..tapi ini kan bukti
Allah sayangkan kita?”
Setelah itu, kakak ini telah menceritakan masalahnya
kepadaku.
Allah……..Allah……..Allah…
“Ujiannya lebih berat daripadaku”, monologku
sendirian.
Akhirnya..ku usap air mata yang jatuh berderai.
Ku gagahkan langkah..membina kekuatan diri.
Astaghfirullahal’azim..
Ku rasa
sungguh menyesal. Mengapa diri ini terlalu lemah dalam hadapi ujian-Nya? Walhal
kakak ini mendapat ujian yang lebih berat daripadaku. Apalah sangat ujian ku
ini jika nak dibandingkan dengan dia?
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 286:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya…”.
Buat pembaca yang penulis kasihi,
Ayuh,
kita bina kekuatan diri. Kuatkan ibadah, mantapkan iman. Hadapi ujian dengan
penuh ketenangan. Benar..Apabila kita dekat dengan Allah, semua masalah akan
menjadi mudah. Jangan terlalu sedih, menangis.
“Janganlah terlalu sedih akan masalah hari ini,
sehingga lupa akan kebahagiaan esok. Kerana mungkin esok Allah akan hadirkan kegembiraan
sebagai hadiah ketabahanmu hari ini.”
Wassalam.
ujiann pelbagai bentuk.. terus tabah wahai sahabat :) ujian pendekat diri kita kepada-Nya andai kita menyedarinya...
ReplyDeleteAllahurabbi..jazakillah atas ingtnnya..btol tu..ujian itu mndktkn kita kpdNya.
Delete“Janganlah terlalu sedih akan masalah hari ini, sehingga lupa akan kebahagiaan esok. Kerana mungkin esok Allah akan hadirkan kegembiraan sebagai hadiah ketabahanmu hari ini.”
ReplyDelete*suka ayat ini*
smoga allah sentiasa kuatkan kita ukhti..amin
Aamin ya Rabb.
Deleteujian tu kan manis sebab dri UJIAN kita dapat PUJIAN ^_^
ReplyDeletesalam sis..terpujuk seketika hati ni baca n3 di sini.kak lea pun tengah serabut ni mencari kerja baru,dengan tiba2 keracunan makanan,dengan masalah2 dalam hidup.memang kadang2 menangis.tapi bila fikir secara positif...itu semua penghapus dosa.ada hikmah dan Allah akan beri yang terbaik selepas ni insya Allah.
ReplyDelete