Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Alhamdulillah juga Allah masih
memberi kita mata untuk melihat dan membaca.
Apa yang kita dah lakukan hari ini?
Astaghfirullahal ‘azim (3x)
Pembaca yang dirahmati Allah,
Pernah tak kita ragu-ragu tentang status wuduk? Batal atau tidak?
Kebanyakan daripada kita..jawapannya YA!
Persoalannya:
Apakah yang perlu kita lakukan apabila merasa ragu
sama ada wuduk batal ataupun tidak?
Jawapannya:
Apabila seseorang rasa ragu berkenaan wuduk sebelum
mendirikan solat, ia perlu dikembalikan pada asalnya iaitu sama ada beliau
sudah berwuduk ataupun tidak.
Sekiranya beliau sudah berwuduk, bererti wuduknya
masih ada.
Sebaliknya jika belum berwuduk, maka wuduk itu tiada.
Tetapi apabila datang syak dalam solat sama ada batal
ataupun tidak, maka beliau perlu meneruskan solatnya sehingga nyata dan yakin
batal wuduknya.
Buat pembaca yang disayangi Allah,
Buat pembaca yang disayangi Allah,
Moga
terus menambahkan ibadah & memperbetulkan ia supaya menjadi lebih baik
dalam rangka untuk lebih mendekati Allah taala.
Wallahualam.
*Jawapan dipetik dari buku Fikah Harian, Dato’
Dr.Haron Din.
Assalam ukhti, mmg ada keraguaan itu, Alhamdulilah atas perkongsiaan nya:) moga Allah memberkati
ReplyDeleteWslm..amin ya Allah. moga kita lebih dekat kepada-Nya.
ReplyDelete