Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam ini. Selawat dan salam dilimpahkan buat
junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat baginda, serta insan-insan
yang meneruskan perjuangan baginda.
Astaghfirullahal a’zim (3x)
Pembaca yang dikasihi Allah,
Apa maksud istinjak?
Istinjak ialah menyucikan najis yang ada pada kemaluan
seseorang selepas membuang air kecil ataupun air besar.
Hukumnya adalah wajib.
Setiap cecair yang keluar melalui kemaluan dan dubur
selain daripada air mani adalah najis.
Take note:
·
Sekiranya hanya mengeluarkan angin sahaja, maka tidak
wajib istinjak, bahkan makruh hukumnya. Tetapi apabila ia keluar beserta dengan
basah ataupun lembab, maka disunatkan beristinjak.
Boleh ke istinjak menggunakan tangan kanan?
Kita dituntut menggunakan tangan kiri. Ijmak ulama
mengatakan, adalah ditegah dengan tangan kanan. Jumhur ulama pula menghukumkan
perbuatan itu sebagai makruh walaupun terdapat sebahagian ulama Zahiri
menghukumkannya sebagai haram. Sebab ditegah beristinjak dengan tangan kanan
kerana ia adalah anggota yang lebih mulia daripada tangan kiri dan ia digunakan
bagi melakukan kerja-kerja yang baik seperti makan, minum, menulis, mengambil
sesuatu dan sebagainya.
Bahaya/ keburukan tidak peka dengan istinjak.
Perbuatan
leka dengan istinjak adalah sikap yang buruk. Tambahan pula, ia bercanggah
dengan nilai-nilai kesucian dalam Islam. Perbuatan ini, akan menyebabkan
pelakunya diberi azab semasa di dalam kubur.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w telah
bersabda:
“Takutlah kamu kepada dua perkara yang membawa kepada
laknat.”
Para sahabat
bertanya: “Apakah dua perkara tersebut?”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang membuang air
besar (qada’ hajat) di tempat laluan orang ramai atau tempat mereka berteduh”.
(HR Muslim)
Daripada Abi Said r.a bahwa dia berkata: “Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah keluar dua orang menuju ke
tempat qada hajat dalam keadaan terbuka aurat dan bercakap antara keduanya
(ketika qada’ hajat) (kerana) sesungguhnya Allah murka terhadap perbuatan
tersebut.”
(HR Abu Daud)
Oleh
itu, jangan memandang remeh, tidak peka dengan istinjak. Istinjak dapat
menyihatkan badan. Islam amat mengambil berat soal kebersihan. Orang yang sihat
dapat melakukan segala ibadah kepada Allah dengan semangat dan kekuatan tenaga
yang ada dan juga melaksanakan ibadah dengan baik dan khusyuk. Allah sangat
suka kepada orang yang menjaga kebersihan diri dan kebersihan sekelilingnya.
Wallahualam.
slm alhamdulillah perkongsian ilmu yg bgs,yg skrg ramai pdg remeh ^^
ReplyDeletewslm..
Deletemoga bermanfaat utk kita bersama..dlm rangka mendekati-Nya.insyaallah.