Bismillahirrahmanirrahim,
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hasyr, ayat 23:
Maksudnya: “Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia,
Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha
Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah,
dari apa yang mereka persekutukan.”
Pembaca
yang dirahmati Allah,
Allah
itu Maha Pelindung, Penjaga, Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan
melindungi sesuatu. Allah memelihara segala sesuatu apabila kita mohonkan
pemeliharaan hanya kepada-Nya. Seharusnya, kita perlu merasakan bahawa adanya
pemeliharaan Allah yang telah menjaga diri kita, keluarga dan harta kita.
Namun,
malang sekali, kebanyakan dari kita meletakkan pergantungan kepada selain
Allah. Contohnya, ada yang sudah merasa selamat daripada pencuri apabila
rumahnya telah dikunci. Ini salah kerana kunci hanya ikhtiar, sedangkan pemeliharaannya
tetap perlu disandarkan kepada Allah Ta’ala.
Orang-orang
yang berada dalam pemeliharaan Allah, maka kehidupan akhiratnya akan selamat. Jadi,
kita harus selalu memohon pemeliharaan kepada Allah seperti dari sifat malas,
kikir, hutang, dan azab neraka. Malah Allah telah mengajarkan kepada kita kalimat
Ta’awudz (‘Auudzu Billaahi Minas Syaithoonir Rojiim). Di sinilah kita memohon
pemeliharaan kepada Allah dari godaan dan bisikan syaitan. Walaupun Allah itu
Al-Muhaimin tetapi kita sebagai hamba harus selalu memohon.
Nak bukti Allah itu Maha Memelihara?
Jom halusi kisah ini..
*********
Seorang
penyelidik dari Perancis iaitu Maurice Bucaille telah memeluk Islam setelah dia
menyelidik jasad Firaun yang pernah tenggelam di dasar laut. Jasad Firaun
tersebut kemudian diawetkan. Al-Quran itu berbeza dengan kitab suci agama lain
iaitu dalam pengetahuan mengenai Firaun.
Bucaille
adalah ahli bedah yang terkenal di Perancis dan pernah menjadi ketua klinik
bedah di Universiti Paris. Bucaille tertarik terhadap Islam ketika dia
mendalami kajian biologi. Ketika mendapat kesempatan untuk meneliti,
mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Bucaille mengumpul seluruh
kemampuannya untuk mencungkil misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir
tersebut.
Akhirnya,
dia perolehi sisa-sisa garam yang melekat pada tubuh mumia tersebut yang
menjadi bukti terbesar bahawa dia telah mati kerana tenggelam. Jasadnya segera
dijadikan mumia yang diawetkan.
Penemuan tersebut masih menjadi pertanyaan kepada profesor.
Bagaimana jasad tersebut lebih baik berbanding dengan jasad-jasad yang lain
padahal dia dikeluarkan dari laut?
Hal ini
telah menjadi keraguan terhadap Maurice Bucaille. Dia berkata pada dirinya
sendiri, “Apakah masuk akal? Manusia di depanku ini adalah Firaun yang akan
menangkap Musa? Muhammad mengetahui hal itu, padahal kejadiannya ada sebelum
Al-Quran diturunkan?” Profesor Bucaille tidak dapat tidur.
Dia
membaca kitab Taurat dan menemukan ayat yang berbunyi, “Air pun kembali,
menutupi kereta, pasukan berkuda dan seluruh tentera Firaun yang masuk ke dalam
laut di belakang mereka tidak tertinggal satu pun di antara mereka.”
Kemudian
Bucaille membandingkan dengan Injil dan ternyata dalam Injil juga tidak
dibicarakan mengenai diselamatkannya jasad Firaun sehingga dia menjadi semakin
menghairankan.
********
Allah
s.w.t melalui sifat memelihara-Nya sengaja mengawetkan jasad Firaun untuk
memberi pengajaran kepada orang-orang sesudahnya bahawa Al-Quran adalah
benar-benar suatu bukti daripada Allah s.w.t. Peristiwa ghaib itu membuktikan
bahawa kebenaran Al-Quran akan terbukti di segala zaman dan keadaan.
Pembaca yang setia,
Lihatlah
betapa Allah itu bersifat Al-Muhaimin (Maha Memelihara). Letakkan semua
pergantungan kita kepada Allah. Percayalah bahawa Allah itu Maha Mengawasi. Jangan
takut, jangan gusar, jangan risau, Allah bersamamu. Di mana jua kamu berada,
yakinlah Allah sentiasa ada.
Wallahualam.
*kisah dipetik dari Kisah Inspirasi Asmaul Husna,
Nurdalila Yusof.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteMenghayati dan meyakini maksud nama Allah ini sangat penting utk kita.
Seperti kita berjauhan dgn ibu bapa dalam menuntut ilmu. Sifat yakin ibu bapa itulah dia sanggup lepaskan kita krn Allah pasti menjaga kita.. Wallahu'alam.
~permata yang dicari~
waalaikumussalam..
Deletebetul tu ftn..
pentingnya kita menghayati maksud nama Allah.
jzkk ftn atas perkongsiannya.
:)
ReplyDelete