Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar imanmu? Masih seteguh batu karang di
lautan?
Astaghfirullahaladzim..
Hari ni dah telefon makayah? Sihat ke mereka? Bagi yang
belum, telefonlah segera..andai tidak mahu ada penyesalan.
Bagi yang sedang bercuti di rumah, atau sekarang
berada di rumah, berbaktilah kepada ayah & ibu anda. Tahu tak kenapa?
Sebab….
Berbakti kepada ibubapa boleh menjadi salah
satu faktor penting yang menyebabkan dikabulkan doa. Ini adalah suatu amal soleh
yang agung bagi seseorang muslim. Orang yang berbakti kepada ibubapanya
sentiasa mendapat keuntungan dan disukai oleh semua orang. Allah s.w.t juga
sengaja membuat hati mereka menyukainya.
Umar bin Khattab r.a. mengatakan: Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan datang kepada kamu Uwais bin Amir
yang merupakan salah seorang bala bantuan dari Yaman. Dia dari Murad kemudian
Qarn. Dia menghidap penyakit kusta kemudian sembuh kecuali tempat sebesar wang
dirham pada tubuhnya. Dia mempunyai seorang ibu. Dia sangat berbakti kepadanya.
Jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah akan memenuhinya. Jika kamu
boleh memintanya membaca istighfar untukmu maka lakukanlah…” (HR.Muslim,
no 2542)
*********
Siapa Uwais Bin Amir?
Uwais Al-Qarni tidak dikategorikan sebagai
sahabat, malah dia tidak pernah pun berjumpa dengan Rasulullah s.a.w walaupun
beliau hidup di zaman Rasulullah s.a.w. Tetapi beliau telah diiktiraf oleh
baginda Rasulullah s.a.w sendiri sebagai penghuni langit.
Uwais berpenyakit
sopak, badannya putih. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga sampai
dewasa. Walaupun dia sopak tetapi seorang yang soleh dan terlalu mengambil
berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Bapanya meninggal dunia ketika dia
masih kecil.
“Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama
dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.
Bijaknya Uwais..
Uwais mendapat ilham. Dia membeli seekor anak lembu
yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil untuk
anak lembu di atas sebuah ‘Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi. Dia selalu dukung
anak lembu itu naik dan turun Tilal. Kadang-kadang dia mendukung lembu itu
mengelilingi bukit. Namun, dengan kelakuannya ini, ramai orang cakap dia gila.
Selepas
6 bulan, berat lembu yang asalnya 20kg sudah menjadi 100kg. Uwais masih
mendukung lembu tersebut naik dan turun bukit malah otot tangan dan badan Uwais
semakin kuat.
Setelah
8 bulan, telah sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatan itu adalah satu
persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya
dari Yaman ke Mekkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya, dia meletakkan
barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.
Lembu
yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat
sekitar 50kg. Dia mendukung ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah mengerjakan
tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan mudah sahaja. Dan dia juga memangku
ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doa sepanjang kamu berada di
Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah
mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”
Ibunya bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan dosa
kamu?”
Uwais menjawab, “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan
masuk Syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga akan masuk Syurga.”
Ibunya berkata lgi, “Ibu nak supaya engkau berdoa agar
Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata, “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini
Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak
bersyukur dengan Allah Taala.”
Ibunya menambah, “Kalau nak masuk Syurga, kena taat
kepada perintah ibu, ibu perintahkan engkau berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan
mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibunya minta supaya
Allah sembuhkan putih yang luar biasa itu. Namun kerana dia takut masih ada
dosa pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa
hilangkan yang putih badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.
Allah
s.w.t menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali
tinggal satu tompok sebesar duit siling di tengkuknya. Tanda tompk putih kekal
ada pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka
inilah tanda pengenalan yang disebut Nabi s.a.w kepada Umar dan Ali.
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan
putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais Al-Qarni”.
*********
Allahurabbi…betapa
Allah menaikkan darjat Uwais bin Amir sehinggakan Saidina Umar pun meminta dia
tolong memohon ampun untuk diri Saidina Umar.
Jadi,
selagi kita mempunyai masa, ayuhlah kita berbakti kepada ibubapa yang masih
ada. Jangan sia-siakan mereka. Moga-moga doa kita dimakbulkan Allah dengan
redha-Nya. Wallahualam.
x rugi mmtaati mreke..
ReplyDelete@محمد حذوان بن حميدان
ReplyDeletena'am..
teringat cerita seorang ahli keluarga.
ReplyDeletesejak-sejak bawa mak dtg rumah. rasa rezeki melempah ruah datang. Duit masuk. hati tenang.
tersenyum saja mndengar.
@Yildirim Fateh
ReplyDeleteAllahurabbi..