Bukan rumah tokwan sebenar..tapi bentuk rumah lebih kurang
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Pemilik Semesta Alam ini. Dari sudut bilik, fikiranku
terfokuskan kepada tok wanku di kampung. Dua hari lepas..
“Assalamualaikum..mak sihat? Kat mana nie?” ku
menelefon mak.
“Waalaikumussalam..alhmdulillah, mak sihat. Mak kat
rumah tok Perak ni. Kak..tok wan dah tak macam dulu..tok wan dah tak boleh
bangun, dah kena pakai pampers” jawab mak kepada soalanku tadi.
Terkesima ku kesetika.
Hati sebak..”Allah……….”
Tiba-tiba hati ini begitu risau andai apa-apa berlaku
kepada tok wan. Dah lama ku tak rasa kehilangan. Risau andai ku tak mampu menerima
sebarang kehilangan tika ini. Lupakah dirimu, wahai nabilah?
Allah telah berfirman dalam surah al-munafiqun, ayat
11:
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan
melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai
ajalnya, dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu
kerjakan.”
**********
“Tok wan….!!!”, sambil ku menangis ketakutan.
“pasai apa cucu wan nie?”
“Tengok la kat jari kaki Nabilah…ada benda
gigit..takut!”
“Allah….pacat jer la…” sambil tok wan membuang pacat
di jari kakiku.
“Tue la..wan dah pesan, jangan ikut wan ke
bendang..tapi nabilah nak ikut gak..hmm…”
Akhirnya..ku hanya hadiahkan seukir senyuman buat tok
wan.
*********
“Tok…nabilah nak makan tauge…emm..mee..macam-macam
lagi, boleh?”
“Boleh…satg tok suruh wan beli bahan-bahan kat kedai..”
Tok pun memberitahu wan bahan apa yang hendak dibeli.
Wan menjawab..”Baik…”sambil senyum.
Hingga kini, ku asyik meniru gaya wan cakap sampaikan
mak & tok gelak.
Namun..kini..lidah wan tidak mampu bertutur
lagi..rindu sangat2 pada suaramu.
**********
Suatu hari, sedang ku bersiap..membelek-belek tudung,
ku rasakan pelik kenapa wan asyik memandang. Kemudian, sebelum keluar rumah, ku
capai sarung kaki dan kenakan pada kakiku.
Tiba-tiba, wan menunjuk ‘good’ dengan jarinya.
Subhanallah..sebak sangat-sangat..
Wan…nabilah ingat pesan wan..akan ku pelihara diri
ini.
**********
“Tok..nak dengar tak nabilah baca buku ni?”
“Tajuk apa buku tue?”
“Jagalah Allah, Allah menjagamu”
“Bacalah..tok dengar..”
Ku terus membaca dengan teliti dengan penuh nada &
intonasi.
Tiba-tiba….ku terdengar sedu wan.
Wan menundukkan kepalanya dan menangis.
Hatiku hiba. Sungguh lembut hatimu wahai wan yang
kukasihi…
*********
“Bismillahirrahmanirrahim………..”
Ketika ku membaca Al-Quran di bilik, tiba-tiba wan
menghendap dari luar bilik.
Ku beri senyuman kepadanya. Wan terus duduk di sisiku
sambil mendengar bacaanku dan senyum. Hatiku senang melihat wan tersenyum
bahagia. Wan..rindu mendengar suaramu mengalunkan ayat-ayatNya….
*********
Tok wan yang ku sayangi,
Walau diri ini berjauhan denganmu,
Dirimu sentiasa berada di hatiku,
Jasamu kepadaku tak akan ku lupakan,
Terima kasih selalu memberiku kasih sayang.
Tokwan…
Tunggu Nabilah balik raya ni,
Rindu sangat pada wan,
Nabilah doakan wan sentiasa dalam kasih sayang-Nya,
Kaulah wan yang terbaik buatku,
Ku menyayangimu kerana ALLAH.
*Coretan ini hanyalah berkisarkan hidup penulis. Hanya
ingin berkongsi. Sayangilah mereka selagi mereka ada. Doakan untuk tokwanku
yang sedang sakit. Jzkk.
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteSubhanallah, didikan tok wan berkesan pada hati.
Kasih padanya tidak tumpah seperti kasih pada ibu dan ayah..
Moga Allah berikan kesihatan yang baik buat tokwan nabilah.. aminnn.:)
salam sayang,
~permata yang dicari~
Waalaikumusalam..
ReplyDeleteInsyaallah..doakan yer?