Bismillahirrahmanirrahim,
Jari-jemari mula memulakan langkah…
Hati ini berbicara sendirian seketika.
Otak bergeliga berfikir, apa yang ingin dikongsikan
dengan pembaca.
Satu perasaan hadir dalam benak membuatku terasa
begitu ganjil dengan perasaan ini.
Perasaan gementar tiba-tiba muncul..risau..
Risau jika ku tidak melakukan apa yang ku tulis.
Buat pembaca yang dirahmati Allah,
Ku
hanya hamba yang lemah, penuh kekhilafan..masih berjuang di jalan redha-Nya,
ingin sentiasa berada dalam dakapan kasih sayang-Nya. Terasa banyak dosa yang
dilakukan sehingga tanganku terkaku sebentar dari meneruskan menulis.
Astagfirullah..
Menjadi
realiti zaman kini, apabila terpandang wanita yang bertudung labuh, mesti ada
yang menggelarnya ‘ustazah’. Kenapa ya?
Senyum terukir di bibir..apabila suatu memori
terlintas di fikiranku..
**********
“ kak..cuba pakai tudung ni..”, kata mak.
Ku berjalan ke arah mak dan mengambil tudung itu lalu
ku mencuba memakainya. Tika ini, usia ku 12 tahun dan akan memasuki 13 tahun.
Ku telah ditawarkan belajar di Sek Men Keb Agama Baling.
“ mak….labuhnya.. tak suka..,” akhirnya ada titisan
air mataku yang mengalir di pipi.
“ la…cantik anak mak pakai tudung ni..lama-lama kak
akan selesa la ngan tudung ni..”, kata mak.
Seharian ku merajuk dengan mak. Jiwa remajaku
memberontak. Ku tahu perempuan kena tutup aurat, tapi ku belum bersedia untuk
memakai tudung labuh.
Akhirnya, dalam keterpaksaan ku memakai tudung labuh
itu ke sekolah menengah.
Setelah sebulan ku istiqamah memakai tudung
itu..tiba-tiba…satu perasaan aneh berlaku.
Sikapku berubah..ada satu perasaan yang begitu
tenang..tarasa dijaga oleh-Nya..
Allahuakbar…
Apabila balik cuti, ku terus mengajak makayah ke
kedai..dan membeli kain untuk dibuat tudung labuh. Hatiku terlalu tenang..akhirnya
ku lihat makayah mengukir senyuman yang manis untukku.
Ku tidak dapat dipisahkan dengan tudung itu..
Bibirku mengucapkan syukur terhadap Ilahi terhadap
perasaan ini..sungguh tenang..cintaku terhadap-Nya lebih mendalam…
Sepanjang berada di sekolah, ku cuba menghabiskan
masaku bersama-Nya..ku lebih suka bersendirian tanpa disedari oleh rakan-rakan.
Berduaan dengan-Nya.
Indahnya dalam dakapan cinta-Mu………
**********
Kini, ku masih dengan tudung itu…
Daripada tidak suka, akhirnya suka..
Namun..ku rasa terbeban bila ramai yang suka
menggelarku..”ustazah”. Rasa hina menyelubungi diri ini..
Kata diri..
Aku masih hamba yang lemah, masih banyak kekhilafan…
Menangis diri ini tatkala berdosa kepada-Nya..
Tidak layak ku mendapat panggilan itu..ku masih
belajar..dalam pengajian yang betul2 ku ingin pelajari.
Tatkala ku bersujud..merintihku kepada-Nya..
Masih banyak yang perlu ku perbaiki diri ini..
Buat teman-temanku…
Ketahuilah..diriku hanya insan yang lemah..penuh
kekhilafan..andai ku ada melakukan kesilapan..tegurlah daku..
Buat pembaca..
Tidak semestinya, dia bertudung labuh itu alim bak
ulama, tetapi dia juga insan biasa yang masih dalam rangka mengejar cinta-Nya.
Tidak kira siapa dia..kita siapa…yang pasti kita semua adalah sama..sama2
menjadi hamba-Nya.
Pastikan setiap apa yang kita lakukan, jika ditanya di
akhirat, kita ada jawapan untuknya.
Wahai muslimah,
Tutuplah auratmu walau bagaimana jua pun, asalkan
menutup aurat..kisah dia atas, hanya kenanganku..tidak terlintas di fikiranku
untuk membeza-bezakan antara tudung labuh dan tudung biasa. Maaf andai ada yang
terasa..yang utama, kita tutup aurat..kan? Walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa
atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang
lemah, ada cacat celanya.
Ingatlah..
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan
kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
“ Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama
kaca mata yang bersinar-sinar, tetapi tidak dapat melihat apa-apa”.
Wahai muslimah..
Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda
mencari Si Soleh, tetapi berusahalah menjadi yang solehah.
Mari kita menjadi generasi perindu syurga…
Jika syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata
memandang, jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…usah gusar
dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Akhir kalam..
Diri ini memohon maaf..andai sepanjang penulisan ini,
ada membuatkan hati-hati terluka dan terguris. Penulisan kali ini hanyalah satu
perkongsian pengalaman dalam hidup penulis. Ambillah apa yang baik, dan
tinggalkanlah apa yang tidak baik.
Wallahualam.