Salam kasih sayang buat semua pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dengan rahmatNya dapat juga ku menulis dalam blog ini. Sebenarnya, tika ini, ku risau untuk menulis apa-apa pun tajuk kerana ku khuatir apa yang ku tulis, apa yang ku dakwahkan tidak ku laksanakan. Namun, sekarang ini ku ingin luah apa yang ku rasa tika ini, moga-moga pembaca sekalian mendapat iktibar daripadanya. Insyaallah.
Semakin lama ku rasakan ada tidak kena dengan sikapku. Ku cepat mengalah, sedih, keliru, dan seolah-olah ku terawang-awang dengan semua masalahku, padahal semua orang ada masalah. Di mana Siti Nabilah Azman yang dulu???Jika dulu, apabila ku ditimpa masalah, akan kubisikkan kepada diri ini “ sabarlah wahai nabilah..kerana ujian yang datang kepada dirimu mengikut kadar keimananmu”.
Tika ini juga ku sering tertewas dengan bisikan-bisikan syaitan yang tidak pernah jemu menarik manusia untuk bersama-samanya masuk ke neraka. Di mana mujahadahku???Apabila ku bertaubat, ia hanya tahan sebentar, dan ku akan mengulangi kesilapanku lagi. Allahuakbar!!! Limaza??? Taubatku tidak sempurna..
Bila ku semakin mengejar cinta ALLAH, semakin banyak pula cinta Adam yang mengejarku. Sehinggakan semalam, masih ada lagi kaum ada yang bertanya..” anti, sudikan anti menjadi zaujah ana?” Allahuakbar!!! Dugaan apakah ini ya Allah? Padahal sebelum ini ku terpaksa menolak lamaran yang lain. Apa yang ada pada diriku? Hinanya ku rasa diri ini. Banyak lagi tanggungjawabku yang belum selesai.
Kemuncak terjaga dari alpa
Lama ku terdiam memikirkan apa yang tidak kena dengan diriku. Ku memejam mata sambil fikiranku ligat berfikir apa yang berlaku dengan diriku. Akhirnya, hatiku berbisik kepadaku,..”nabilah..imanmu lemah..imanmu sudah terluka..”
Ku tersentak. Perlahan-lahan ku membuka mata dan akhirnya ada air yang mengalir di pipiku. Ku teresak-esak menangis penyesalan. Jika sebelum ini, telingaku berdarah..cepat-cepat ku sapukan ubat untuknya. Sekarang ini, imanku luka..apa yang harus ku lakukan??? Langkahku terlalu rapuh dalam perjuangan ini. Ku khuatir cintaku tidak sempurna kepadaNya, tetapi jauh dari sudut hatiku ku ingin KAU yang bertakhta di di hatiku.
Ku akan segera merawat imanku ini. Jika tidak ia semakin parah dan mungkin kritikal. Ku xingin melihat imanku masuk ICU. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ku sedar imanku terluka dan perlu segera dirawat. Bagaimana pula iman anda? Marilah kita menyucikan hati kita agariman kita semakin mantap.
Rasulullah bersabda maksudnya :
“ Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati”
( Hadis Riwayat Al-Imam Muslim )
Jadi, jelaslah kepada kita bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji. Akhir kalam, ku ingin memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang menulis tajuk ini. Tajuk ini khas ku tujukan untuk diriku agar lebih dekat kepadaNYa dan menggapai redhaNya. Tidak ada manusia yang tidak pernah membuat silap dan kita perlu bertaubat. Ku harap moga hati kalian tersentuh dengan luahan hati ini dan cubalah berfikir tentang iman anda. Moga kita semua sentiasa dlm kasih sayangNya.
Wassalam.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteAlhamdulillah3, fatin datang sini lagi untuk memantapkan iman..
Teruskan menulis kalam2 yang menyentuh qalbu..
sayang nabilah fillah=)
~permata yang dicari~
waalaikumusalam..
ReplyDeleteinsyaallah..