Tautan Ukhwah

Sunday, July 17, 2011

Dunia Bukan Matlamat Terakhir

                                        
Salam kasih sayang buat pembaca sekalian,
           Pernah tak berfikir ke manakah kita selepas ini? Adakah cara kehidupan kita untuk menuju apa yang kita nak pergi? Subhanallah..
“Sungguh sangat menghairankan bagi orang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi, kemudian ia masih sibuk dengan dunia ini sebagai tempat tipuan dan sementara.”
( Hukamak )

          Kadangkala kita sibuk sangat dengan kehidupan dunia kita. Tambahan pula, kita sebagai pelajar banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Kerja kursus dirasakan bertimbun-timbun sehingga menenggelamkan kita. Rasa terlalu beban seolah-olah membawa batu-bata yang berlori-lori.

          Namun, kadangkala kita ketawa riang hingga lupakan dunia. Kehidupan rasa bahagia dengan nikmat dunia. Banyak buat benda tidak berfaedah seperti main game, tengok filem-filem yang boleh mengundang kemaksiatan diri dan macam-macam lagi. Allahuakbar..

          Ada satu hadis yang berbunyi, “ Dunia bagaikan penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya, dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini bagaikan syurga bagi orang kafir, sedangkan kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya.”

          Kita sebenarnya tahu apa kenikmatan syurga namun apa yang kita lakukan untuk memasukinya? Manusia kini lebih rela rasa nikmat dengan NAFSU, tapi IMAN darurat. Sanggup langgar perintah ALLAH, untuk merasai nikmat ALLAH.

Kata Lukman Al-Hakim,
“ Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada ALLAH.”

          Jadi, marilah kita bangkit dari dunia yang fana ini. Kejarlah cintaNya, sambutlah cintaNya..Buktikan cinta kita kepadaNya dengan melakukan perkara-perkara yang disukai olehNya dan tinggalkan apa yang tidak disuka olehNya. Moga-moga dalam hati kita sentiasa adaNya. Marilah kita sentiasa bermuhasabah diri. Timbulkan persoalan seperti “apa yang ku lakukan untuk dapat cintaNya?, apa yang ku buat untuk memasuki syurgaNya?, adakah ku takut dengan azab-azab yang pedih yang telah ALLAH sebut dalam Al-quran & hadis?” Moga terselit sedikit keinsafan buat kita..

Wassalam.

                                           
                                                     

          

2 comments:

  1. salam sayang dari fatin .. ^^

    Jazakillah atas sharing,
    "
    Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada ALLAH.”

    Fatin suka kata2 ni..
    Terasa diri ini tertarbiyah dengan bantuan Allah..

    p/s: jemput ke blog fatin lagi untuk tinggalkan jejak di kotak komentar.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. wslm shbtku syg..
    yer...tarbiyah perlu sgt2...
    moga kita tidak tenggelam di lautan..

    ReplyDelete