Salam kasih sayang buat pembaca yang sekalian,
Malam yang hening ini, ingin ku coretkan nukilan ini buat sahabat-sahabat yang kukasihi di KTD.
Seorang muslimah yang sentiasa mengingatkan diriku tentang ALLAH. Memberi ku dorongan dan semangat dalam meneruskan perjuangan ini. Dia yang ku maksudkan adalah Siti Atiqah.
Fatin Nabila seorang muslimah yang begitu tabah dek dilanda kesulitan yang hadir dalam hidupnya. Sedih melanda namun senyum di bibir tetap terukir. Moga dirimu sentiasa kuat dalam hadapi liku-liku kehidupan ini.
“Dah beli tiket ke nabilah?”kata sahabatku Shahida Atiqah. Ku sentiasa tersenyum dengan pertanyaannya. Kami memang suka balik utara. Kenangan manis antara kita tidak dapat ku lupakan.Dan dialah juga insan yang pertama ku kenali di KTD.
“ Nabilah, bagi pinggang jap..”kata sahabatku. Terkedu aku dengan permintaannya. Berkerut dahiku dengan penuh pertanyaan di dada. Akhirnya, sahabatku itu sedar dengan sikapku lantas dia memberi senyuman yang manis terhadapku. Dialah Nur Sabiha, sahabatku dari Terengganu dan inilah kisah permulaan perkenalan kami.
Sewaktu dalam kelas Arab, kata ustaz Ali Hin, “kamu nie kembar la..”. Kembar???siapa kembarku? Rupa-rupanya yang dimaksudkan oleh ustaz ialah Salimah. Dia asyik senyum je. Kadangkala dengan senyumannya mampu membuat ku tersenyum jua. Jazakillah sahabatku.
Terkenang daku waktu Masir, rasa keseorangan. Namun, sedang ku berdiri dalam surau di Jeram Mengaji, ada seseorang yang menyapaku. Soalnya, “em..dari mana?banyak x beg?”.Ku senyum jer dan menjawab pertanyaannya. Rasa bahagia sangat berkenalan dengannya. Insan itu adalah Farah hana balqis.
Dalam kesibukan waktu Masir dulu, tiba-tiba ada seseorang meminta untuk melihat kad pengenalanku. Anehnya ku rasa lalu ku bertanya kepadanya. Rupa-rupanya, dia tidak percaya yang diriku sama umur dengannya. Subhanallah..Insan yang ku kasihi itu ialah Fatin Husna. Ku amat suka dengan telatahnya. Sungguh mengusik hati ini.
Dalam berkongsi suka dan duka, ku tenang bersamanya. Mudah berbiacara, memahami situasiku dan sentiasa memberi respons yang baik setiapkaliku bercerita. Sayang kamu, Fathin Nurfauzana.
Petah bercakap, lantang bersuara. Suaranya pasti memberi impak yang baik kepada kami semua. Namanya Syuhada Safurah yang berasal dari Perak.
Kelantan tempat asalnya, menjadi kebanggaan kepadanya. Pandai mengusik hati ini dan membuatkan ku sentiasa senang berada di sisinya. Senyumanmu amat bermakna bagiku, wahai kak Siti Nurul Nasyawwarah.
Setiap orang ada warna kegemarannya,maka ku juga ada warna pilihan. Namun, apa yang menarik adalah ada seseorang yang berkongsi warna denganku. Bukan setakat itu, bahkan ada lagi persamaan antara kami. Orang itu ialah kak Azlin.
Taekwando adalah seni mempertahankan diri yang ku minati. Pasangan ku tika sesi latihan taekwando adalah Fatasya. Apabila ku bersamanya, ku rasa lebih yakin untuk meneruskan latihan itu. Dia juga pendiam tetapi otaknya bergeliga.
Suaranya apabila berbicara amat membuat orang tertarik. Dia berbicara dengan penuh semangat dan penuh intonasi. Nurul Iman, mengambil kos komunikasi di sini. Pengambilannya dalam kos itu memang bersesuaian dengan personalitinya.
Pink menyerlah, cantik berseri. Warna yang diminati oleh Hayati, kos komunikasi. Jika sebut jer warna pink, mesti terbayang Yati. Sikapnya yang berdikari member teladan kepadaku. Dia berasal dari Johor..Orang kata bahasa Johor nie, lembut sgt..^_^
Masa sem 2, ku selalu ziarah bilik A8 sebab ada banyak makanan. Hehehe..Tapi yang paling rajin ku rasa, adalah kak Rabiatul Adawiyah. Sporting, dan memang kak yang senang bagi pertolongan kepada adik-adiknya. Rindu sangat dekat kak ni.
Tika ku dalam kesusahan, dia datang menghulurkan bantuan. Ku terharu dengan jasanya yang begitu suci. Ku pernah dihantar oleh ibubapanya ke stesen bas. Kenangan yang tidak dapat ku lupakan. Moga Allah permudahkan urusanmu, Shafiza.
Siswi yang sangat bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dia lakukan. Semangat kentalnya membuatkan ku suka berbicara dengannya. Senyumannya tidak pernah lekang di bibirnya apabila bersua dengan sahabatnya. Teruslah dengan sikapmu, Siti Munsyirah.
Dalam PESAT khusus sem lepas, ku ditakdirkan berkumpulan dengan Naiematun Saadah. Meriah sangat. Kalau tanpa dia, sunyi sepi jer pesat kami. Dia suka berkongsi pengalaman, cerita dan macam-macam lagi. Pengalaman mematangkan kita.
Aniqah adalah sahabat yang satu kumpulan denganku ketika Masir. Keayuannya amat memberi ku inspirasi. Dia juga mempunyai lesung pipit sepertiku…^_^.Dengan izin ALLAH, kami disatukan lagi dengan satu PESAT. Moga ukhwah kita berkekalan.
Masuknya sem 2, aku ditakdirkan satu bilik dengan kak Hartini. Dia selalu bawa makanan dari rumahnya seperti keropok goreng dan macam-macam lagi. Ku suka dengar dia berkecek Kelantan..sedap sangat2..
Dalam batch kami, jika ada antara kami yang ingin meminjam motor untuk perkara yang perlu, kami boleh pinjam kat Amirah. Subhanallah..banyak pahala yang dia dapat dari kebajikannya. Moga Allah sentiasa membantunya dalam apa jua urusan.
Sahabat baik kak Tini adalah kak Yana. Walaupun ku jarang berkomunikasi dengan kak Yana, namun dari jauh ku memerhati gerak gerinya. Terselit sifat-sifat mahmudah dalam dirinya. Alhamdulillah..
Sekarang ini, subjek hadis1, diambil oleh Ustzah Zuriyah. Adiknya adalah bersama kami iatu nama famousnya, Kak Ngah. Kecek Qlatenya amat mempesonakanku. Sungguh unik ALLAH ciptakan bahasa untuk manusia. Kak Ngah seorang yang penyayang & happy go lucky.
Sahabat-sahabatku…
Itulah kenangan kita bersama yang tidak dapat ku lupakan. Suka duka yang kita lalui bersama. Ukhwah kita bersama..
“ Ukhwah itu bkn pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya”
( Imam Ghazali )
Akhir kalam..ku ingin luahkan yang nbilah sayang sangat kat korang semua. Moga ukhwah kita berkekalan & disaluti iman didalamnya. Insyaallah..
Wassalam.
subhanallah..nabilah...maafkan diriku jika nabilah terasa apa2 ngan syuhada...hmm..sejujurnya hati ini sangat terasa jauh sangat ngan kawan- kawan kt asrama....hmm,..maybe kita jarang bertemu atau sebagainya..nabilah sibuk dengan urusan nabilah dan syuhada sibuk dengan urusan syuhad..syuhada..kena jaga kwan2 kat ini,dan nabilah kena jaga adik2 di asrama..insyaallah..semoga nabiah kuat dan Allah permudahkan urusn nabilah di dunia mahupun di akhirat...salam sayang fillah abadan abada..=)
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDeleteRasa nak nangis saja bila baca apa yang nabilah tulis ni..
Terharu sangat2.. Fatin sayang nabilah sangat2.. Teruskan menulis..
Fatin doakan nabilah menjadi muslimah yang cekal dan istiqamah atas jalan-Nya.
Orang macam Nabilah sangat diperlukan dalam melancarkan kerja2 islam.. InsyaAllah ^^
sayang kamu~
~permata yang dicari~
Falha ibtisam : waalaikumusalam..
ReplyDeleteemm..yer..masing2 ada urusan yg perlu dilaksanakan...
ape2pun..moga ikatan hati kita kuat..
syg syu sgt2...
wafa zinnirah92 :
ReplyDeletewaalaikumusalam..
jazakillah sentiasa bg dorongan..
nbilah hrgai sgt..
syg kamu krnNya..
salam....
ReplyDeletewah...terharu yatt bace kt ats uh...nk nangs pn de...tbe2 teringat lak detik2 cm 2...YA ALLAH rindu cgt3 suasana 2 kn nabilah...hope ALLAH kekalkan persahabatan kita ini sehingga ke akhir hayat ye...n hope persahabatan ni diredhai ALLAH...aminnnn...:)
waalaikumusalam..
ReplyDeletenbilah rindu sgt yati..
yer..moga ukhwah kita kekal..
moga dirimu sentiasa dlm ksh syg ALLAH..
assalam ..
ReplyDeletetharu nyer baca...manrik sgt..
truskan penulisan nyer ekk..
smga ukhwwah kita berkekalan dan bersam dgn redha nyer...
wslm..insyaallah..^_^
ReplyDeleteuhibbuki fillah..