Tautan Ukhwah

Thursday, August 15, 2013

Al Jabbar (Maha Memaksa)


                                                                  


Bismillahirrahmanirrahim…

“Kemudian Allah menunjukkan kehendaknya ke arah langit yang berupa asap lalu Allah berkata kepadanya dan kepada bumi, ‘Turutilah perintahku, sama ada kamu patuh secara sukarela ataupun terpaksa. Kedua-duanya menjawab, ‘Kami patuh dengan sukarela’.”
(Surah Fussilat, ayat 11)
**********
Pembaca yang dirahmati Allah, tidakkah anda tertanya-tanya mengapa Allah perlu memaksa?

Anand Krishna, seorang tokoh spiritual di Indonesia cuba menjelaskan dalam buku berjudul 99 Nama Allah bagi Orang Modern. Beliau menerangkan :

“Cuba rasakan rahmat Allah di sebalik pemaksaan itu, seperti seorang ibu yang memaksa anaknya bangun pagi dan bersedia ke sekolah. Begitu jugalah dengan Allah yang perlu memaksa kita bangkit daripada tidur yang berpanjangan. Kecelakaan-kecelakaan yang terjadi dalam kehidupan kita, kegagalan-kegagalan yang kita alami, semua itu adalah cubaan Tuhan kepada kita. Keluhan kita hanya membuktikan betapa kita tidak sedar dan terbiasa hidup dalam kegelapan.”

Nampak tak?

Paksaan Allah adalah untuk peringatan supaya manusia menjadi khalifahnya di muka bumi, menyedari tugas dan tanggungjawabnya bukanlah paksaan itu untuk menyakiti hambaNya.

Sebenarnya, sangat mudah bagi Allah s.w.t untuk menjadikan seluruh penduduk dunia ini beriman. Namun, Allah s.w.t tidak berkehendak demikian, Allah s.w.t mengkehendaki adanya cubaa, ujian dalam rangka menguji manusia siapakah yang paling baik amalnya.

Contohnya, pelaku maksiat tiba-tiba termimpikan sesuatu yang dapat menginsafkan dirinya. Mimpi dibakar api neraka dan sebagainya.  Di sini, Allah dengan sifat memaksa-Nya mampu memaksa hamba-hamba yang dikehendaki-Nya untuk beriman.

Allah mengharapkan agar hamba-Nya selalu berada dalam naungan hidayah-Nya maka Allah memaksa hamba-Nya sehingga si hamba benar-benar beriman.

Wallahualam.

Sunday, August 11, 2013

Kursus Bahasa Arab

                                                                         
Kumpulan Ibn Malik

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum meneruskan pembacaan..ayuh sama2 kita istighfar dahulu.

Astaghfirullahal ‘azim (3x)

Apa khabar imanmu?

          Sudah lama ku tak menjenguk blog ini. Bukan tidak mahu, tetapi kekangan masa. Ke mana penulis menghilang?

          Alhamdulillah..alhmdulillah..alhamdulillah. Sebenarnya ku menghadiri Kursus Intensif Arab bagi pelajar yang akan ke Timur Tengah selama sebulan. Agak2 best ke hadiri kursus ini?

          Jujur ku katakan, sejak sekolah menengah lagi, ku memang kurang berminat dengan bahasa arab. Namun, selepas itu, bahasa Arab mula menempah tempat di hatiku. 
Alhamdulillah, dah ada minat lebih terhadap bahasa Arab.

          Sebelum ke kursus, perasaan gelisah hadir sentiasa. Allah izin pula, bila hadir kursus ini, rupanya WAJIB cakap bahasa Arab sepanjang waktu dan masa. 
Allahurabbi..hanya Allah yang tahu perasaan tika itu.

          Setiap perkataan yang nak diucapkan mesti difikirkan terlebih dahulu. Kadang-kadang pula, bila dah tak tahu sangat, guna isyarat je. Kelakar rasanya. Minggu pertama dan kedua, agak rasa beban bila kena bercakap arab sentiasa. Namun, minggu seterusnya..alhmdulillah terasa nikmat sangat.

Kenapa ye?

          Di kursus ini, ku belajar erti bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Allah ni. Mana taknya..kena selalu buka kamus. Bila dah sentiasa macam ni, rasa sweet sangat sebab rasa betul-betul nak belajar.

          Kemudian, ku rasa kagum melihat sahabat-sahabat yang amat bersungguh-sungguh untuk bercakap dalam Arab walau selalu kami cakap salah. Ustaz dari Sudan & Syria juga bersungguh nak bagi kami faham. Sampai mereka terpaksa berlakon untuk bagi kami faham apa yang mereka cuba sampaikan.

          Di kursus ini juga ku berlajar erti kesabaran. Mana taknya, dah la bulan puasa, pertandingan banyak. Jadi, selalu kena buat latihan. Tapi betul cakap ustaz, ‘biarlah penat/bz di dunia, moga rehat di akhirat’. Allahurabbi..cukup memotivasikan diri ini.

          Dan yang paling osem, ahli2 kumpulanku yang amat buat diri ini rasa bahagia. Siapa mereka?

Hidayu- Orang yang pertama yang ku rapat bila tiba di kursus ini. Ayu ni, happy orangnya. Yang paling lawak, ramai orang ingat kami kenal dah lama, walhal baru kenal kat kursus ini. Hehe..mungkin Nampak kami terlalu rapat. Jujur ku katakan, ku senang setiap kali bersamanya.

Qanitah – seorang yang amat bijak dan ku amat kagum dengannya. Seorang hafizah. Matang orangnya.

Zainab – walaupun zainab ni datang pertengahan kursus ini, tapi zainab banyak membantu kumpulan kami. Ku suka setiap kali mendengarnya bertutur arab. Macam orang arab betul.

Amalina – Seorang yang sentiasa hamasah (bersemangat). Happy selalu. Melihat telatahnya selalu membuatku tersenyum.

Farah – Adik yang comel. Suka sangat bergurau dengannya. Amat ayu orangnya. Suka tengok farah bila Ayu usik padanya.

Adila – seorang yang sweet. Bersungguh-bersungguh dalam sesuatu. Mudah dalam apa jua urusan. Dan pendengar yang setia. ^_^

Fatimah – Seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Bila tak faham je, pasti dialah orang yang nak bagi faham sangat2. Mukanya seolah2 cucu Ustaz Muqtasim dari Sudan.

Zulaiha – seorang yang amat berani jiddan la. Suka melihatnya sebab matang dan macam-macam dia boleh buat. Sebab tu la dia dapat peserta  perempuan terbaik.

Aina – seorang yang amat gigih, tekun dan sentiasa bersikap positif dalam cuba belajar. Tidak pernah mengenal erti jemu.

Anas – Nampak macam diam. Tapi diam ubi berisi tu. Bila dia bercakap, subhanallah..hebat sangat.

Hafiz – Seorang yang menepati waktu dan amat pembersih. Ketua yang amat sporting la. Senang berkerjasama.

Redhuan – seorang yang amat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Sentiasa bertanya untuk mendapatkan ilmu itu. Kagum sangat dengan kegigihannya dalam menuntut ilmu.

Ustaz Muqtasim – ustaz yang amat penyabar dan comel. Sifatnya buat kami semua kagum dengannya.

Ustaz Rahman – Ustaz yang sentiasa bersemangat. Ilmunya cukup banyak walau umurnya masih muda.
         
          Buat semua shbt2ku daurah ini, moga kita semua sentiasa hamasah dalam mempelajari bahasa Arab. Bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Belajarlah kerana Allah. Niat yang baik pasti ada jalan-Nya. Untuk pembaca juga, belajarlah ilmu Allah yang amat luas ini. Moga ia memberi manfaat pada diri, keluarga, masyarakat dan agama.

Wallahualam.

Tuesday, June 25, 2013

Perkara-perkara sunat puasa

                                                                             
 
“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”

(Al-Baqarah : 183)

 

Antara perkara-perkara sunat puasa:

1.     Bersahur dan melewatkannya.

2.    Menyegarakan berbuka puasa apabila sudah yakin jatuh matahari.

3.    Membaca doa semasa berbuka puasa.

4.    Berbuka dengan buah tamar (kurma) ataupun seumpamanya

5.    Mandi junub sebelum terbit fajar.

6.    Mengadakan jamuan berbuka puasa ataupun memperbanyakkan sedekah.

7.    Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, berdoa dan berzikir.

8.    Memperbanyakkan amalan termasuk solat tarawih dan lain-lain.

Tuesday, June 18, 2013

Aku & Kucing ?

                                                                                     
Gambar hiasan
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat Iman dan Islam sehingga saat nafas kita kini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta buat kaum kerabat baginda.

Sebelum meneruskan kalam dan membaca..

Ayuh, kita istighfar sebentar.

Astaghfirullahal’azim..(3x)

          Alhamdulillah, moga-moga kita lebih tenang. Dah baca tajuk entry kali ini? AKU & KUCING? Kenapa agaknya penulis memilih tajuk ni? Ini sebenarnya adalah berkisar kisah penulis, namun moga-moga ada ibrahnya ya?

          Tergerak hati ini untuk menulis tajuk kucing gara-gara ada sahabatku yang bertanya baru-baru ini.

“Nabilah..masih takut dengan kucing lagi ke?”

          Takut? Tak kot..mungkin lebih ke arah geli. Biarlah takut lebih kepada Allah, kan? Ya..memang dari kecil diri ini geli dengan kucing dengan pelbagai sebab. Namun , tidak pula ku sanggup melukakannya, sebab Islam pun mengajar umatnya agar menyayangi haiwan. Malah, Nabi Muhammad s.aw juga amat menyayangi haiwan tambah2 kucing.

Sebab geli dengan kucing:

-      Kucing pernah kejarku dengan bengis.

-      Kucing terkam ku dari arah depan dan sempat pula bergelut denganku sehingga badanku luka.

-      Kucing pernah cuba untuk gigit tanganku.

-      Kucing liar yang kotor.

-      Kucing menghendap ketika ku mahu tidur.

-      Kucing juga tidur dalam kamarku dan hampir meluluhkan jantungku sebab kucing menyorok atas almari dan menakutkanku.

Tak munasabah ke alasanku? Ye..memang la. Kan ada pepatah yang mengatakan kerana nila setitik habis susu sebelanga? Mungkin tidak patut ku menghukum kucing-kucing lain kerana beberapa kucing yang telah menfobiakan diri ini. Tetapi, tidak pula ku membenci kucing. Kucing pun makhluk Allah kan?

     Namun, dari masa ke semasa, diri ini dah boleh control kegelianku pada kucing-kucing. Antara faktor utamanya..

*********

Dalam satu kem yang ku sertai, kebetulan ku dan sahabatku, Nurul Shahida Atiqah menjadi fasi dalam kem itu.

Ada satu malamnya adalah Malam Muhasabah. Malam itu sungguh syahdu..adik-adik menangis teresak-esak. Aku? Gelisah dan tak dapat focus.

Walaupun pada malam itu, lampu ditutup, namun dari samar-samar cahaya itu, ku masih dapat melihat telatah seekor anak kucing yang ligat bermain ke sana dan ke mari.

Dalam hatiku puas ku bermonolog,

“Ya Allah, janganlah biar kucing itu menghampiriku. Ku tidak mahu malam muhasabah ini terganggu keranaku.”

Semakin lama, anak kucing semakin menghampiriku. Namun, ku cuba tidak menghiraukannya. Ku duduk bersimpuh pada malam itu. Bila rasa lengah, ingin ku menukar kedudukanku.

Tiba-tiba berderau hatiku..

Dalam hatiku menjerit, “Kucing!”.

Ingin saja ku menjerit, namun ku cuba mengawalnya. Rupanya anak kucing itu telah tidur atas lebihan kain jubahku. Langsung ku tidak sedar anak kucing itu berada dekat sangat denganku malah atas jubahku pula.
                                                           
Gambar hiasan

Ku ingin mengejutkan kucing itu, kerana lengahnya kaki ini. Namun, bila melihat anak kucing itu tidur dengan nyenyaknya, hati ini jadi tidak sanggup untuk mengejutkannya.

Lama ku memerhatinya. Hingga terdetik dalam hati, “Sungguh  manja dan comel!”.

          Akhirnya, ku biarkan ia tidur atas lebihan jubahku. Lengah badanku tidak terkira tetapi tatkala melihat wajah anak kucing yang comel itu, hatiku jadi sayu.

          Setelah tamat malam muhasabah itu, adik-adik bergegas datang bersalaman denganku dan sahabatku, Shahida. Alhamdulillah, ada seorang adik yang kesian melihatku yang nampak lenguh lalu diambilnya kucing itu.

*********

          Setelah kejadian ini, ku rasakan yang ku sudah berani sedikit apabila terjumpa kucing. Anak kucing itu yang telah membuka hatiku untuk mengatakan mereka ini tidaklah seteruk yang ku sangkakan.
                                                               

          Oleh itu, buat insan-insan yang sepertiku iaitu gelikan kucing, janganlah ditanam di dalam hati untuk membenci kucing kerana kucing juga makhluk Allah. Tidak perlu berkasar dengan kucing selagi ia tidak membahayakan kita. Berilah makan kepada kucing jika ada lebihan makanan. Moga ada pahala untuknya.

          Dan perlu dijaga, janganlah menjerit tatkala kucing datang menghampiri kita. Kita ini muslimah, dan jagalah adab seorang muslimah. Kita membawa nama Islam dan jagalah ia dengan baik.

          Cubalah ambil waktu memerhatikan kucing. Pasti kamu geli hati dan tersenyum. Ye…untuk membelainya, mungkin kita tidak mampu dan belum sepenuhnya berani tetapi berilah kasih kita mengikut apa yang kita mampu. Contohnya, memberi kucing makan dan sebagainya.

          Moga-moga kita yang gelikan kucing ini akan terus menyayanginya dan bukan membencinya. Buat pembaca yang memang sudah amat sukakan kucing dan sering membelainya, teruskanlah mengasihaninya. Jom kasihi haiwan terutamanya yang jinak seperti kucing.
                                                        
Wallahualam.

*Ini adalah kisah penulis, ambillah ibrahnya dan buanglah yang kurang baik.

Wednesday, June 12, 2013

Syarat Sah Solat Berjemaah

                                                                            
Solat Jemaah

Ertinya: solat beramai-ramai iaitu sekurang-kurangnya seorang imam dan seorang makmum.


Syarat sah solat jemaah:

1.      Makmum perlu berniat mengikut imam, tetapi imam itu tidak disyaratkan niat menjadi imam.

2.      Makmum mengemudiankan kedudukan, bacaan dan perbuatan daripada imam.

3.      Makmum perlu mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain sama ada dengan melihat atau mendengar imam ataupun melihat makmum di hadapannya.

4.      Makmum perlu mengetahui dan yakin akan sah solat imamnya.

5.      Imam dan makmum perlu berada dalam satu bangunan. Sekiranya kedua-duanya ataupun salah seorang berada di luar bangunan ataupun di tanah ladang, maka disyaratkan jarak antara kedua-duanya tidak melebihi 300 hasta.

6.      Solat makmum perlu seragam ataupun sama dengan solat imam daripada segi caranya.

7.      Makmum tidak boleh menyalahi imam dalam melakukan ataupun meninggalkan perkara-perkara sunat.

8.      Makmum tidak boleh mengikut imam yang kurang daripadanya seperti imam itu tidak tahu membaca (‘ummi), perempuan dan sebagainya.

9.      Makmum tidak boleh mengikuti orang yang menjadi makmum kepada imam yang lain.

10.  Makmum tidak boleh ketinggalan daripada imamnya dan rukun dengan sengaja ataupun tiga rukun dengan uzur ataupun mendahului dua rukun daripada imam dengan sengaja.

*Sumber daripada Fikah harian, Dato’ Dr.Haron Din.

Monday, June 10, 2013

3 Waktu Aurat Berkunjung

                                       

Assalamualaikum w.b.t,

            Apa khabar imanmu? Moga-moga sentiasa ada muhasabah dalam diri agar kita sentiasa berwaspada dengan bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa menggoda.

InsyaAllah, kali ini ingin saya berkongsi tentang waktu-waktu aurat berkunjung. Memandangkan masih ramai dalam kalangan masayarakat kita yang tidak mengambil berat tentang waktu berkunjung ini. Jom refresh balik minda kita.

Allah s.w.t berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) iaitu; sebelum solat Subuh, ketika kamu menanggalkan pakaianmu di tengah hari dan sesudah solat Isyak.”

(An-Nuur : 58)

 

            Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada orang-orang mukmin agar melarang para pembantu dan juga anak-anak yang belum baligh untuk masuk ke ruangan mereka pada 3 waktu iaitu:

1-      Sebelum solat Subuh

2-      Pada waktu rehat tengahari

3-      Sesudah solat Isyak

 

Kenapa?

Kerana pada waktu-waktu ini adalah waktu yang biasanya digunakan untuk tidur, rehat dan lain-lain lagi.  Oleh itu, ada larangan untuk masuk ke ruangan pada waktu ini kecuali dengan izin.

           

            Kebiasaannya, pada waktu-waktu begini, tuan rumah sendiri tidak mempunyai sebarang persiapan untuk menerima tetamu. Hal ini kerana pada waktu-waktu sebegini akan mengganggu rehatnya melainkan tetamu itu memaklumkan akan kehadirannya pada waktu-waktu ini.

            Apabila tidak ada persiapan, berkemungkinan besar, aib tuan rumah akan terkeluar. Secara misalnya, ketika waktu tengahari, ada anak perempuan si tuan rumah yang sedang tidur di hadapan ruang tamu. Maka, di sini, akan ternampak aurat si anak tadi. Contoh lain, ada baju-baju yang baru diangkat di ampaian dan belum sempat dilipat dan disimpan. Tidakkah memalukan apabila tetamu melihat baju bertimbun dalam rumah tuan rumah?

            Oleh itu, jika kita ingin berkunjung saudara mara, maka seeloknya memaklumkan kepada tuan rumah agar mereka bersedia . Bukanlah bermakna kita ingin dilayan bak puteri ketika tiba di sana, tetapi kita tidak mahu aib tuan rumah sekeluarga terbuka.

            Akhir kalam, carilah masa untuk berkunjung saudara mara, sahabat-sahabat dan orang terdekat agar ikatan silaturrahim antara kita bertambah erat diikat pula dengan kasih sayang yang terbina. Carilah masa yang sesuai untuk berkunjung. Risau-risau ingin mengikat silaturrahim akhirnya menjadi masam muka antara satu sama lain. Ayuh, kuatkan iman, mantapkan ukhwah!

Wallahualam.

Saturday, June 1, 2013

Beratkah Ujian ini?

                                                                         
Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar imanmu?

Masihkah seteguh batu karang di lautan?

          Alhamdulillah, kita masih diberi nikmat iman dan Islam. Masih bernyawa..maka bersyukurlah.

Kali ini, penulis ingin bertanya kepada pembaca, pernahkah merasa berat dengan ujian yang datang bertubi-tubi terhadapmu?

Apa yang kamu lakukan?

Menangis?

Muram?
Sayu?
Pilu?

Membaca Al-Quran?

Doa?

          Setiap manusia pasti akan diuji oleh-Nya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

 

Sekadar perkongsian…

Ku juga insan biasa, yang banyak kekurangan. Baru-baru ini, diri ini merasakan amat berat ujian yang Allah berikan kepadaku. Setiap hari ku cuba bersabar dan cuba mengukirkan senyuman buat insan sekeliling.

Semakin hari, ku merasakan ujian itu terlalu berat. Akhirnya..ku menangis teresak-esak bersendirian. Tidak ku sangka, ada yang mendengar esakkanku ini. Seorang kakak yang amat baik menegurku.

“Kenapa ni nabilah?”

“Takda apa-apa..nabilah ok je.maaf.”

“Kenapa ni..nabilah terasa dengan akak?”

“Taklah..maaf..xd ape2..mungkin diri ini yang terlalu sensitif”.

“Nabilah..hidup ini banyak ujian yang akan datang. Akak pun ada banyak masalah, kadang-kadang rasa give up gak..tapi ini kan bukti Allah sayangkan kita?”
                                                                         

Setelah itu, kakak ini telah menceritakan masalahnya kepadaku.

Allah……..Allah……..Allah…

“Ujiannya lebih berat daripadaku”, monologku sendirian.

Akhirnya..ku usap air mata yang jatuh berderai.

Ku gagahkan langkah..membina kekuatan diri.

Astaghfirullahal’azim..

 

          Ku rasa sungguh menyesal. Mengapa diri ini terlalu lemah dalam hadapi ujian-Nya? Walhal kakak ini mendapat ujian yang lebih berat daripadaku. Apalah sangat ujian ku ini jika nak dibandingkan dengan dia?

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”.

 

Buat pembaca yang penulis kasihi,

          Ayuh, kita bina kekuatan diri. Kuatkan ibadah, mantapkan iman. Hadapi ujian dengan penuh ketenangan. Benar..Apabila kita dekat dengan Allah, semua masalah akan menjadi mudah. Jangan terlalu sedih, menangis.

“Janganlah terlalu sedih akan masalah hari ini, sehingga lupa akan kebahagiaan esok. Kerana mungkin esok Allah akan hadirkan kegembiraan sebagai hadiah ketabahanmu hari ini.”

 Wassalam.