Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w..b.t,
Alhamdulillah, akhirnya saya dah lalui
Program Penilaian Kompetensi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 di ILIM,
Bangi pada 4 Februari 2017, hari Sabtu. Program ini bagi yang telah lulus ujian on9 yang menguji kita seperti soalan psikologi diri kita, hukum hakam fiqh, aqidah, tajwid dan matematik. Banyak yang saya dapat pelajari dan
muhasabah dari program ini. Sebenarnya, sengaja saya bermula dari bawah agar melihat kemampuan diri dan cuba perbaiki diri. Di sini, saya kongsikan pengalaman saya sepanjang program ini bagi
yang bakal menghadapi program ini nanti atau melihat dari sudut muhasabah kita
dalam bab-bab agama dan bersama ke arahNya.
Pada jam 8.00 pagi, urusetia meminta
kami mengambil sarapan dahulu di di dewan makan. Kemudian, pada jam 8.30 pagi,
bermulalah pendaftaran. Pada kaunter A, kami diminta memberi surat tawaran
program beserta borang profil 1 & 2.
Kemudian, kita akan diberi nombor badan dan wajib memakainya sepanjang
program. Kemudian, bergerak ke kaunter B. Pada kaunter ini, kita akan cabut
undi bagi tajuk pengucapan umum. Alhamdulillah, dapat tajuk ‘Mengingati Mati’.
Antara tajuk lain yang saya ingat daripada kawan-kawan yang lain seperti ‘Ehsan
Dalam Islam’, ‘Kelebihan Berpuasa’, Senyum Membawa Rahmah’, ‘Ekonomi Islam’,
‘Bahayanya Dadah’, dan banyak lagi la.
Di
kaunter C pula, kita diminta untuk memberi Salinan Diploma/Ijazah kita dan
Salinan IC. Akhir sekali, akan ditimbang berat dan tinggi untuk kira BMI dan
ada sesi tangkap gambar. Sepanjang program ini, peserta tidak boleh pakai
blazer/kot dan songkok. Pada jam 10.00 pagi, kami menghadiri taklimat di
Auditorium Syafie.
Pada jam
10.20 pagi, peserta dibahagikan kumpulan bagi ujian qiraah. Kita akan dipanggil
nombor badan dan akan membaca satu halaman yang diminta oleh penilai. Setelah
itu, ditanya beberapa hukum tajwid. Entah kenapa ketika itu saya ketar sangat
sehingga penilai senyum sebab katanya Al-Quranku bergoyang. So, nanti, anda
cool ja ya.
Setelah
habis ujiaan Qiraah, terus kena turun aras bawah, lihat kembali bagi aktiviti
1, kita kena kumpulan berapa dan di mana. Di sini perlu kepada kepantasan kita
dan peka. Aktiviti 1 bermula pada jam 12 tengahari hingga 1 petang. Aktiviti 1,
diberi permasalahan tentang solat jamak dan qasar. Ketika pembentangan,
pelbagai persoalan diajukan dan kadangkala menguji pengetahuan kita tentang
pandangan mazhab-mazhab dalam bab ini.
Pada jam
1.00 petang hingga 2 petang, sesi makan tengahari dan solat zohor. Ketika ini,
ambillah peluang untuk bersedia dengan tajuk pengucapan umum kerana selepas
ini, kita sudah tiada masa untuk membuat persiapan. Aktiviti 2, bermula pada
jam 2.15-3.15 petang. Pada sesi ini, kami diminta membuat kertas kerja tentang
JAWI yang ingin membuat kursus intensif pada guru tahmir. Pembentangan lebih
memfokuskan kepada tentatif program dan kos perbelanjaan program.
Setelah itu,
terus aktiviti ke 3, pada jam 3.20 - 4.20 petang. Pada sesi ini, permasalahan
tentang solat jenazah, rukun solat jenazah dan cara mengkafankan jenazah. Ketika
pembentangan, akan ada persoalan-persoalan dari fc yang akan buat kita rasa
was-was bagi melihat keyakinan kita. Satu lagi nak bagitahu, setiap kali dalam aktiviti, kita tidak boleh pegang atau bawa apa-apa kecuali pen. So, memang semua bergantung kepada ilmu yang kita ada. kemudian, setiap aktiviti, mesti diberi kertas mahjung dan pen, kemudian bentang. Ambillah peluang menulis ka apa ka..dalam perbincangan kerana penilai sentiasa memerhati kita. Pastikan nombor badan kita dapat dilihat oleh penilai. contohnya, ikat bagi tinggi sikit ka, atau pusingkan ke belakang badan ka..buatlah macam mana pun supaya kita dikenali.
Pada jam
4.30 – 5.30 petang, aktiviti terakhir iaitu pengucapan umum. Bagi lelaki disampaikan
dalam khutbah, perempuan disampaikan dalam tazkirah. Cakaplah dengan hati,
insyaAllah ok. Semasa pengucapan umum, tidak boleh memegang sebarang rujukan,
sama ada Al-Quran, buku atau kertas. Pengucapan umum ini selama 5 minit bagi seorang. Pada jam 5.30 – 6.00 petang, taklimat
penutup dan bersurai.
MashaAllah,
terasa kerdilnya diri ini. Masih perlu membaca lagi dan mendalami ilmu agama
lagi. Terasa sangat muhasabah. Jangan pandang sesuatu perkara itu remeh dan
tidak mengambil tahu. Banyak sangat masalah fiqh dan akidah yang perlu kita
dalami dalam rangka membantu diri kita sendiri dan umat Islam. Teringat kata
murabbi, tiada istilah bosan andai kita sibuk mengejar cinta Allah. Teruslah
berada dalam majlis ilmu dan banyak sumber boleh kita pelajari. Asasnya, mahu
atau tidak sahaja.
Satu lagi,
tentang masa depan kita, kita usaha, doa dan tawakal. Selebihnya serah pada
Allah. Andai memang ada rezeki kita, insyaAllah tidak ke mana. Yakin pada Allah
ya? Semoga Berjaya.
5/2/17
10.50 pm,
Kulim, Kedah.
Terima kasih atas perkongsian. Salam kenal ^_^
ReplyDeletesama2...salam perkenalan..:)
Delete