Bismillah…
Assalamualaikum
w.b.t buat pembaca yang hatinya ingin dekat dengan ALLAH.
Anda
pernah terfikir tak kenapa setiap makayah akan mencari nama yang terbaik buat
anak-anaknya? Namun, hakikatnya sekarang, kita tidak menjadi seperti apa yang
mereka harapkan dari nama itu. Malah, ada yang tidak tahu pun maksud nama
sendiri. Seandainya yang bernama Muhammad itu sendiri tahu betapa sucinya nama
itu, mungkin tidak akan ramai orang yang bernama Muhammad akan hisap dadah,
masuk penjara dan sebagainya.
Pembaca
yang Allah kasih,
Rugilah kita andai nama itu hanya
sekadar nama tanpa membawa manfaat dalam kehidupan kita. Ana bagi contoh maksud
nama ana, “Nabilah” iaitu cerdik. Bagaimana ana nak aplikasikan maksud nama ana
ini sejajar dengan maksudnya. Buat semua yang namanya Nabilah, ini untuk
muhasabah kita bersama.
Nabilah…
Cerdik
kita bukan hanya diukur sejauh mana tahap pengajian,
Namun itu
boleh jadi satu pemacu semangat dalam perjalanan,
Usaha
memahami sesuatu, amalkan ia dan mantapkan iman.
Nabilah…
Cerdikkah
kita tatkala ditimpa ombak ujian?
Putus asa
atau kuatkah hati yang menjadi pilihan?
Letakkkan
pergantungan padaNya, insyaAllah hati aman.
Nabilah…
Cerdikkah
kita mengurus masa yang kian menghempit?
Adakah
dengan timbunan kerja, ibadah kita jadi tersepit?
Jangan
kerana sibukkan dunia, ibadah makin sikit.
Nabilah…
Cerdikkah
kita tatkala menguruskan hati yang semakin sakit?
Apakah
tindakan kita saat tompok-tompok hitam semakin membintik?
Rawatlah
dah jagalah hati sebelum ia makin berpenyakit.
Nabilah…
Cerdikkah
kita tatkala melihat manusia semakin jauh dengan Allah?
Adakah
kita hanya sekadar melihat atau sedang mengambil langkah?
Bantulah
dan sebarkanlah cintaNya sebelum hati mereka terpatah.
Nabilah…
Cerdikkanlah
dirimu dalam menjadi sebenar-benar hambaNya,
Kuatkan
hati, yakin dan percaya pada setiap janjiNya,
Moga kita
semua sentiasa dalam kasih sayangNya dan bertemu di SyurgaNya.
Akhir kalam, carilah maksud nama anda.
Moga anda terinspirasi dan lebih rasa bermakna dalam kehidupan anda. Contoh
lain, nama Syafiqah yang bermaksud kasih sayang. Bagaimana Syafiqah itu menjadi
seorang yang kasih sayang terhadap sekeliling. Orang yang penyayang adalah
seperti mengambil berat, bertolak ansur, tolong-menolong dan macam-macam lagi.
Sedar ataupun tidak, secara langsung Syafiqah akan membawa qudwah yang baik dan
menjadikan Islam itu indah. MashaAllah!
Jadi, lihat nama anda, buatlah sesuatu
dan martabatkanlah Islam itu sendiri. Sama-sama kita muhasabah dan cuba
perbaiki diri. Sekian.
Wallahualam.
13/4/17,
11.58pm,
UKM.
sometimes tak percaya betulke maksud nama 'nabilah' ni sebab macam semua tak benda tak kene dengan maksud
ReplyDelete