Ringkasan Buku " WANITA :
Antara Al Quran dan Realiti Muslimin"
Penulis buku :Rashid Al-Ghanushi
Biodata
penulis
-Presiden Gerakan
An-Nahdhah Islam di Tunisia
Termasuk antara 100
orang yang berpengaruh di dunia
Ringkasan
buku
Penulis
menggariskan di dalam muqaddimah berkenaan uslub penulisan yang diambil. Beliau
sedar akan wujudnya banyak sumber-sumber yang
menerangkan tentang dalil-dalil Al-Quran yang berkaitan dengan wanita. Justeru
, beliau mengambil langkah untuk mengumpulkan kebanyakan dalil-dalil yang
penting di dalam sebuah buku untuk memudahkan rujukan. Selain itu, beliau turut
menggabungkan beberapa pendapat ulama2 yang masyhur berkenaan isu-isu yang
melibatkan wanita sama ada secara langsung atau tidak.
Secara
amnya, penulis suka untuk menjelaskan posisi Islam yang sebenar dalam
menjelaskan status antara jantina. Kita sedar bahawa Islam datang
sebagai sebuah agama yang menyeru kepada kesatuan dan
keadilan. Tiada istilah siapa yang lebih
hebat di sisi Allah S.W.T melainkan dengan amal dan ibadat yang soleh. Islam
meraikan manusia tanpa mengira jenis, jantina
mahupun warna kulit. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah S.W.T di dalam
Surah Al-Hujurat , Ayat 13:
“Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang
paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”
Justeru,
kedudukan wanita di dalam masyarakat seharusnya tidak dipandang remeh dan perlu
ditunaikan haknya sepertimana seorang lelaki. Bahkan taraf wanita di sisi Islam
lebih mulia sehingga didatangkan beberapa surah yang berkaitan dengannya secara
am, dan ada sebuah yang khas tentang wanita , iaitu Surah An-Nisa’.
Puratanya,
terdapat hampir 250 ayat yang disebut di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang
perihal wanita itu sendiri. Sebagai contoh, Ayat 1 Surah An-Nisa’. Tafsirannya,
kita faham bahawa Hawa diciptakan daripada Nabi Adam, dan daripada mereka
membiaklah keturunan manusia itu sendiri sehinggalah ke hari ini. Namun,
terdapat beberapa takwil ulama berkenaan uslub ayat tersebut. Pertama,
dikatakan perkataan ‘min’ atau daripada ini bukan menunjukkan bahawa Hawa
dicipta daripada Nabi Adam, namun apa yang jelas di sini adalah mereka keduanya
diciptakan dari ‘jins’ atau ‘maddah’ wahidah , iaitu jenis yang sama. Kedua,
disebut bahawa asbab ayat ini diturunkan adalah sebagai ‘khithob ‘ atau seruan
kepada sebuah qabilah Arab . Dan yang terakhir, barulah datang pendapat bahawa
Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam.
Begitu
banyak pendapat bahawa seorang hawa diciptakan daripada tulang rusuk, namun
penulis menolak pendapat ini atas dua sebab. Yang pertama kerana tiada dalil
qati'e bahawa penciptaan Hawa adalah daripada tulang rusuk Adam. Kedua kerana
secara logiknya, jika Allah mampu untuk menicptakan Adam daripada tanah, maka
apakah faedah atau keperluan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam.
Dalil yang mengatakan bahawa perempuan dicipta daripada tulang rusuk memang ada daripada Hadis, namun perkataan من yang dimaksudkan bukanlah bermaksud daripada tulang rusuk, akan tetapi sifat perempuan itu seperti tulang rusuk, perlukan kelembutan untuk menyantuninya kerana sifatnya yang lembut. Pun begitu, terdapat keresahan siapakah Abul Basyar (Bapa Manusia) sekiranya Hawa dan Adam sama-sama diciptakan daripada tanah. Penulis berpendapat, ia masih lagi Adam a.s.
Dalil yang mengatakan bahawa perempuan dicipta daripada tulang rusuk memang ada daripada Hadis, namun perkataan من yang dimaksudkan bukanlah bermaksud daripada tulang rusuk, akan tetapi sifat perempuan itu seperti tulang rusuk, perlukan kelembutan untuk menyantuninya kerana sifatnya yang lembut. Pun begitu, terdapat keresahan siapakah Abul Basyar (Bapa Manusia) sekiranya Hawa dan Adam sama-sama diciptakan daripada tanah. Penulis berpendapat, ia masih lagi Adam a.s.
Melalui
tafsiran Surah Al-Hujurat sebentar tadi, tiada tafdhil (kelebihan) yang
diberikan kepada sesuatu jantina melainkan jika dilihat dari sudut amal ibadat
kepada Allah S.W.T.
Pembentang turut menyelitkan di sini pendapat Ustaz Nouman Ali Khan yang
tegas membantah ‘force marriage’ dalam kalangan wanita. Ini kerana
mengikut kejadian asal, seorang lelaki yang perlu untuk mencari pasangannya, dan
wanita itu sendiri berhak untuk membuat keputusan dan perlu ada ketegasan dalam
pendirian. Pihak keluarga juga tidak boleh sewenangnya menggunakan kuasa
autoriti dan merasa terbeban sekiranya seorang wanita itu belum berkahwin pada
usia yang sepatutnya.
Menyentuh
ayat yang lain, Allah S.W.T menjelaskan setiap kejadian di muka bumi ini
didatangkan secara berpasang-pasangan. Contohnya, malam dan siang, langit dan
bumi juga lelaki dan perempuan. Namun, mengikut pendapat Syed Qutb di dalam
tafsirnya, penciptaan wanita daripada tulang rusuk lelaki adalah salah satu perkara Israiliyat
kerana tidak terdapat dalil yang jelas di dalam Al-Quran mengenai isu ini dan hanya terdapat di dalam
hadis Nabi dan kitab turath Yahudi.
Seterusnya,
melalui ayat Al-Quran ‘wala taziru waziratun wizra ukhra’ ..Allah
menolak pendapat Kristian yang menganggap bahawa mereka harus menanggung dosa
Nabi Adam yang dibuang ke dunia seterusnya turut menolak pendapat bahawa Nabi
Adam dibuang kerana Hawa. Ini kerana mengikut ayat Al-Quran, keduanya dihasut
oleh Syaitan untuk ingkar dengan perintah
Allah S.W.T dan kesalahan bukan terletak
pada Hawa semata-mata. Dalil jelas menunjukkan Nabi Adam,
bersungguh-sungguh memohon taubat kepada Allah S.W.T atas kesalahan yang dibuat
sepertimana di dalam Surah Al-Baqarah,ayat 37. Ibrahnya, sebagai seorang
manusia, kita harus sentiasa memohon ampun atas setiap dosa yang dilakukan kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Pada
misalan yang lain ,kita juga boleh merujuk pada kisah-kisah wanita yang disebut
di dalam Al-Quran seperti kisah isteri Nabi Luth, kisah Asiah, kisah Ratu Saba’
dan kisah isteri Abu Lahab. Namun apa yang lebih tertarik oleh pembentang ialah
kisah Maryam yang padanya terlakar satu surah khusus yakni Surah Maryam. Maryam
merupakan seorang wanita yang dalam sejarah Islam. Beliau yang pada awal
kelahirannya sudah cukup menceritakan keistimewaan yang Allah pilih untuknya.
Diceritakan bahawa ibunya, pada awal mengharapkan kehadiran seorang putera
namun saat lahirnya Maryam , dia yakin bahawa setiap takdir daripada Allah itu
ada hikmah yang tersembunyi. Diberinya nama Maryam yag bermaksud abidah supaya
dia terus menjadi hamba Allah yang taat dan soleh. Sesungguhnya kehadiran
Maryam sebagai seorang puteri adalah lebih mulia berbanding harapan ibunya
untuk mendapatkan sorang anak lelaki seperti ayat Al-Quran, ‘wa laisa
azzakaru kal unsa’. Maryam datang daripada keluarga yang mulia yang disebut
di dalam Al-Quran kisahnya iaitu kisah Ali Imran.
Uniknya persolan yang
timbul di dalam ayat 28 Surah Maryam, berkaitan pertalian antara kisah Nabi
Harun dan kisah Maryam di mana keduanya datang dari zaman dan latar belakang
tempat yang berbeza. Kisah Maryam berlaku sekitar kawasan Palestin manakalan
kisah Nabi Harun di Mesir. Penjelasannya adalah kerana Maryam dan Nabi Harun
merupakan antara nama yang penting dalam kalangan Bani Israel, seterusnya
menjelaskan bagaimana keduanya dinisbahkan pada kedudukan yang satu walaupon
tedapat beberapa perbezaan di situ.
Amnya,
kisah Maryam berkisar bagaimana beliau mampu untuk melahirkan seorang zuriat tanpa
pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Sebagai seorang Islam, kita yakin bahawa
Allah itu Maha Berkuasa, maka Dia mampu untuk menjadikan Nabi Isa tanpa seorang
ayah sepertimana terciptanya Nabi Adam hanya dari segumpal tanah. Maryam agak
tertekan dengan kejadian ini kerana takut memberi fitnah pada diberinya namun
dengan sifat tawakal kepada takdir dan ketentuan Maha Esa, dia akur. Dia dijaga
oleh keluarga saudaranya Nabi Zakaria dan isteri, bersesuaian dengan dalil Al-Quran di dalam
Surah Maryam.
Atas
keistimewaan dan mukjizat yang ada padanya, wujud beberapa pendapat yang
mempersoalkan tentang kenabian seorang wanita di dalam Islam atau
‘nubuwwatinnisa’. Antara bukti akan kebenaran ini, adalah ayat Al-Quran, Surah
Ali Imran yang ke-42, di mana Allah S.W.T menjelaskan bahawa Dia menjadikan
Maryam dari zat yang suci dan memuliakannya dari sekalian wanita sama ada pada
zaman tersebut atau seluruh zaman. Selain itu, Allah juga memuliakan
Maryam dengan menurunkan kepadanya wahyu
dengan perantaraan Jibril , seterusnya mengangkat tarafnya seperti Nabi-nabi
yang lain. Maryam juga dipilih melahirkan seorang Nabi yang mulia tanpa seorang
bapa.
Namun,
terdapat beberapa pendapat lain yang menolak persoalan ini. Antara hujah yang
dikemukakan adalah dalil Al-Quran Surah Yusuf ayat yang ke 109. Ayat ini jelas
menyebut bahawa Allah memilih kaum lelaki sebagai seorang Nabi dan Rasul. Ibnu
Tayyimah pula dari satu sisi, secara kontranya menyebut bahawa kalimah Ar-rijal
ini bukan merujuk kepada lelaki kerana lelaki dirujuk sebagai az-zukur manalaka
ar-rijal di sini adalah sifat kelakian. Selain itu, pendapat mengenai
perjumpaan dengan Jibril juga ditolak, sahabat Nabi sendiri pernah bertemu dengan Jibril namun tidaklah diangkat
sebagai seorang nabi.Tambahan,ibu Nabi Ishak juga diberi mukjizat untuk
mengandung walaupun pada usia yang tua. Kesimpulannya , tidak dinafikan bahawa
kedudukan Maryam di sisi Allah S.W.T itu sangat mulia dan walaupun sekiranya
benar dia diutuskan sebagai nabi, mungkin beliau diutuskan sebagai Nabi tanpa
risalah namun tetap ditaklifkan untuk melahirkan seorang Nabi yang mulia. Wallahu
A’lam.
Kini
,zahir pada kita bahawa wanita itu bukanlah sejenis yang makhluk yang lemah
tanpa sebarang keistimewaan,yang hanya perlu akur pada setiap tindak tanduk
lelaki sambil membiarkan diri dipandang remeh. Allah S.W.T sendiri mengakui
akan kehebatan wanita sehingga beberapa kali menyebut tentangnya di dalam kitab
suci Al-Quran. Melalui ibrah di dalam Surah Yusu, wanita ini sejenis makhluk
yang mempunyai keinginan yang tinggi dan
sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat yang diingini. Kisah Ratu
Balqis juga membongkar kepada kita akan kebolehan seorang wanita sebagai
seorang pemimpin yang hebat bukan sahaja pada keluarga malah pada Negara.
Propaganda
mengenai 9 nafsu dan 1 akal juga bukanlah sesuatu yang perlu dipandang sensitif kerana kita
perlu yakin bahawa setiap manusia itu dianugerahkan kelebihan yang tersendiri
dan kita tidak boleh menghukum seseorang atas kelemahannya untuk cemerlang
dalam bidang-bidang yang tertentu sepertimana orang lain. Bukti Al-Quran, ayat
ke 14 dalam Surah Ali Imran yang membuktikan wanita sebagai salah satu fitnah
dunia juga perlu dijadikan sebagai satu motivasi untuk kita menzahirkan diri
sebagai seorang muslimah solehah yang disebut sebagai salah satu perhiasan
dunia oleh Rasulullah S.A.W. Kita yakin pada zaman ini, bukan sahaja wanita
yang terdedah kepada fitnah malah kaum lelaki juga tidak lari dari
tohmahan-tohmahan dunia yang semakin berbisa dan menular.
Konklusinya,
kedudukan wanita di dalam Islam adalah salah satu bukti bahawa Islam adalah
satu agama yang syumul, adil dan mulia. Wanita mungkin sinonim dengan sifat
yang lemah namun padanya ada kekuatan emosi dan spiritual yang kuat tanpa dapat
kita duga had sempadannya.
Sekian. Wallahualam.
Penulis Ringkasan: Ibtisam
Binti Alauddin
Editor : Siti Nabilah Binti Azman
Editor : Siti Nabilah Binti Azman
Pembentang buku: Siti Nur
Hashinah Binti Rostam
No comments:
Post a Comment