Biodata Balqis
·
Ratu
Balqis atau Bal’amah adalah hasil pernikahan Raja Basyrakh, yang bergelar Hadzhadz
dengan wanita dari bangsa jin.
·
Balqis
menjadi orang ketujuh-belas yang memerintah kerajaan Saba’. Ratu Balqis
mewarisi takhta daripada ayahnya.
·
Memerintah
kerajaan besar iaitu negeri Saba’ dan Ma’rib pada masa kehidupan Nabi Sulaiman
AS. Firman Allah s.w.t dalam Surah Saba’, ayat 15:
“Sungguh, bagi kaum Saba’ ada tanda (kebesaran
Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu di dua buah kebuh di sebelah kiri..”.
·
Walaupun
ada yang mengingkari apabila Balqis menjadi pemimpin, namun kerana kecerdikan
Balqis, mereka tewas dan Balqis memimpin negaranya dengan aman damai.
·
Kebesaran
Ratu Balqis
Firman
Allah s.w.t dalam Surah An-Naml ayat 23:
“Sungguh, ku dapati ada seorang perempuan yang
memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki
singgahsana yang besar.”
Kisah Ratu Balqis tersebut dikhabarkan
oleh Alquran dalam Surah an-Naml ayat 16 sampai 44.
Peribadi
Balqis
1. Menerima anugerah agung dari Allah. (Surah An-Naml:24)
2. Menyebut surat yang ditulis Atas Nama Allah
sebagai surat yang mulia. (Surah An-Naml:29-30)
3. Pemimpin yang berjiwa demokratik dan mengutamakan
prinsip musyawarah. (Surah An-Naml:32)
4. Daya ingatan yang kuat. Mampu mengenali seluruh
kelengkapan kerajaannya dan mampu menangkap tujuan pertanyaan Nabi Sulaiman.
(Surah An-Naml:42)
5. Menerima kebenaran dari Allah. (Surah An-Naml:44)
6. Pemimpin yang mampu mensejahterakan anak
negerinya. (Surah Saba’:15)
Sumbangan
Balqis
ü Pemimpin yang meraikan suara orang bawahannya
sebelum bertindak untuk menyelamatkan negara.
ü Negarawan yang bijaksana. Berusaha merumuskan
langkah-langkah untuk menyelamatkan anak negerinya. (Surah An-Naml :34-35)
ü Balqis telah menyelamatkan negaranya dengan
berkata kepada Nabi Sulaiman, bahawa mereka menyerah diri. (Surah An-Naml :42)
ü Demi melindungi rakyatnya menjadi budak yang hina,
Ratu Balqis mengirim utusan kepada Sulaiman sambil membawa hadiah. (Surah
An-Naml:34-35)
ü Ikon Kepimpinan Sepanjang Zaman. Kaum wanita tidak
selamanya lemah dan tertindas.
Pengajaran
dari kisah Balqis
v Pemimpin harus berjiwa demokratik.
Contoh: Ketika Balqis menerima
surat kiriman Nabi Sulaiman yang mengandungi seruan supaya dia tunduk kepada
Allah, dia dengan pantas mengumpulkan para pegawainya untuk bermusyawarah bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi anak negerinya. (Surah An-Naml:32)
v Pemimpin harus berjiwa negarawan.
Contoh: Balqis ingin
menyelamatkan anak negerinya dengan mendatangi Nabi Sulaiman dan berkata
menyerah diri dan inilah bukti Balqis telah menyelamatkan rakyatnya dari
kebinasaan. (Surah An-Naml:42)
v Pemimpin harus memiliki iman yang teguh.
Contoh: Dia mahu dan mampu
beriman setelah melihat bukti kebesaran Allah. (Surah An-Naml:44)
Rujukan
1)
Al Quran
Karim
2) Pemuda
Pemudi Hebat Yang Tersurat Dalam Al-Quran, Misbah Em Majidy, JUNDI Resources.
No comments:
Post a Comment