Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
w.b.t,
Para
pembaca yang sedang meningkatkan imannya,
Dalam kehidupan kita, kita dan orang
sekeliling amat memerlukan antara satu sama lain. Tolong-menolong sesama kita
amatlah dituntut dalam Islam. Terdapat hadis yang membicarakan tentang
tolong-menolong sesama orang-orang yang beriman.
Mari
kita lihat hadis tersebut.
Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari r.a,
daripada Nabi Muhammad s.a.w, Baginda telah bersabda:
“Orang beriman untuk orang beriman yang lain adalah
seumpama sebuah binaan. Sebahagiannnya memperkuatkan sebahagian yang lain.”
Kemudian Baginda s.a.w mempertautkan di antara
jari-jari Baginda. Nabi s.a.w sedang
duduk, ketika datang seorang lelaki yang ingin bertanya (atau meminta sesuatu)
atau datang seorang yang ingin menuntut sesuatu hajat, Baginda s.a.w pun
menghadap kami dengan wajah Baginda, lalu bersabda:
“Berilah syafaat (kata-kata sokongan), nescaya kamu
diberikan pahala. Allah akan melaksanakan melalui lidah Nabi-Nya apa yang Dia
kehendaki.”
(Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan
An-Nasaie)
Pengajaran Hadis
1) Uslub Dakwah
Daripada tindakan Nabi s.a.w iaitu mempertautkan di
antara jari-jari Baginda untuk memberi perumpamaan pertautan di antara
sebahagian orang-orang yang beriman memperkuatkan yang lain. Di sini kita dapat
faham bahawa sesiapa yang mahu menjelaskan kata-katanya dengan baik, hendaklah
menggambarkan kata-katanya melalui gerak-gerinya. Ini akan memberi kesan yang
lebih baik pada jiwa pendengar.
2) Syafaat untuk menyingkap
kesusahan daripada manusia
Berilah syafaat (kata-kata sokongan) untuk menunaikan
hajat orang yang bertanya atau meminta sesuatu perkara yang baik, bukan perkara
yang buruk, nescaya kamu akan diberikan ganjaran pahala. Ini mungkin boleh jadi
penyebab kebaikan kepada orang yang diberikan syaafat.
3) Kelebihan tolong-menolong
Kelebihan saling
tolong-menolong dan saling menguatkan sesama mereka melalui amalan ini atas
dasar kepentingan dan manfaat mereka seperti yang digambarkan Rasullah s.a.w
iaitu orang beriman untuk orang yang beriman yang lain adalah seperti sebuah
bangunan/binaan.
4) Mengambil berat tentang
golongan yang lemah dan menunaikan hajat mereka.
Pembesar/pemimpin haruslah
mengambil berat kepada orang yang lemah kerana tidak semua orang dapat berjumpa
dengan pemimpin dan memaklumkan hajatnya supaya pemimpin mengetahui keadaan
sebenar dirinya.
Wallahu’alam.
Rujukan:
AL-ADAB (Terjemahan Kitab Himpunan Hadis Daripada
Kitab al-Munkhatab Min as-Sunnah), Pustaka Salam Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment