Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang,
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar
semua? Moga sentiasa dalam sentiasa kasih sayangNya.
Pembaca yang dirahmati Allah,
Pernah
atau tidak, orang bertanyakan status anda sekarang? Pasti ada kan? Apa
jawapanmu? Jika di muka buku, kita dapat lihat ramai yang bertukar status. Ada yang
in relationship, single, engaged dan sebagainya.
Perasan
atau tidak, itu yang kita nampak dan mereka nampak. Berapa ramai yang sedar status
kita sebagai seorang HAMBA?
Lamaku merenung..otak
bergeligat fikir, hatiku diketuk bertubi-tubi. Status as HAMBA???
Alhamdulillah bagi yang sedar..dan bagi yang baru
sedar..apakah perasaanmu?
Ingatkah kamu ayat cintaNya dari surah Adz-Dzaariyat,
ayat 56:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah-Ku”
Hamba….
Adakah
kita benar hambaNya???
Menangis
hati ini.
Hamba..
Adakah
hidupku kini benar-benar seperti hamba-Nya?
Ya
Rabbi..
Sungguh
hatiku pilu..
Mengenangkan
kehidupan harianku..
Pembaca
yang masih setia dalam melangkah mengejar redhaNya,
Bukalah mata hatimu. Jika kita dah
habiskan banyak novel-novel hatta novel islamik, berapa banyak pula kita dah
habiskan surat cintaNya (AL- QURAN)?
Jika kita cakap, Allah adalah
segala-galanya, kenapa kita sentiasa kecewa bila tidak dapat apa yang kita
hajat? Lupakah kamu? Allah tidak akan memberikan apa yang kita mahu, tetapi
Allah akan beri apa yang kita perlu.
Jika kita cakap, kita nak masuk
Syurga, apa yang kita dah buat untuknya??? Sungguh-sungguhkah kita??
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 207:
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambaNya”.
Adakah kita ini sanggup berkorban
untuk mendapatkan redhaNya? Adakah sebelum kita melakukan sesuatu, kita akan
terfikir, adakah apa yang akan ku lakukan ini akan mendapat redha-Nya? Adakah kita
sanggup untuk meninggalkan apa yang Allah tidak suka demi redhaNya?
Pembaca
yang hatinya milik Allah,
Sekarang ini, pejamkan matamu sebentar
dan berulang kalilah menyebut nama ALLAH. Lakukan sehingga kamu merasakan
sesuatu..buatlah sekarang.
Dah
buat? Apa yang kamu rasa?
“Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila disebutkan nama Allah,
akan bergetar hati mereka. Apabila dibacakan ayat-ayatnya (Al-Quran), maka akan
bertambah keimanannya.”
(Surah Al-Anfal : ayat 2)
Marilah kita
sentiasa bermuhasabah. Jangan berhenti melangkah. Teruskan melangkah mengejar
cinta dan redha-Nya. Mari jadi HAMBA.
*buat
yang masih bertanya tentang statusku..
Statusku:
Hamba-Nya.
Wallahualam.
Nabilahh.:(
ReplyDeletesihat ke kat sna? take care nabilah. jaga diri, jga kesihatan. ye.
rindu nabilah :)