Tautan Ukhwah

Tuesday, November 12, 2013

Aku Seorang Pelajar di Jordan


                                 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Ketika jari enak menaip, hatiku kini merasai pelbagai perasaan. Inilah perasaan yang Allah hadirkan tika ini. Sukar untuk diceritakan, hanya yang mengalami pasti mengetahuinya.

          Kini, ku berada di bumi Anbiya, Jordan. Kadangkala memang masih sukar untuk percaya yang kini sudah berada di sini. Namun, inilah realiti bukan fantasi lagi.

          Semakin hari, kita semakin meningkat dewasa. Malah ujian yang datang kepada kita bukanlah seperti dulu. Pelbagai bentuk ujian yang datang. Namun, bagaimana kita cuba untuk menerimanya dengan baik?

Firman Allah s.w.t, dalam Surah Ankabut, ayat 2 & 3:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.”


          Bermulanya pada awal pagi, mujahadah bangun dari selimut yang enak. Merasai air yang sejuk, imanku sedikit goyah. Namun, haruskah ku terus membiarkan bisikan syaitan padaku menang? 

          Berjalan untuk menaiki coaster juga dapat membuat hati ini terhibur. Bila bercakap,  kepulan-kepulan asap mula keluar dari mulutku. Sungguh bahagia. 

                                                          



          Namun, bahagia itu diuji. Ketika dalam kelas, mata, fikiran cuba untuk ditumpukan pada lecturer (disebut doktor). Kadang-kadang, rasa pening apabila langsung tidak faham apa yang doktor katakan dalam kelas. Mula hati ini bermonolog:

“Allah..adakah kerana dosa-dosaku, maka dihijabkan untuk memahami ilmu ini?”


          Baru-baru ini, ada imtihan awal (exam pertama). Markah yang dapat tidaklah seperti dibayangkan. Sungguh menguji keimanan. Namun, bagaimana untuk mengawal perasaan ini? Haruskah daku terus di hanyut kesedihan? Ya. Memang benar. Sistem belajar di sini, jauh berbeza dengan Malaysia. Jika di Malaysia, pembentangan, assignment, kerja kursus dan lain-lain boleh membantu markah subjek itu. Namun, di sini hanyalah peperiksaan semata-mata. Di sinilah pergantungan kepada Allah itu amat diperlukan. 

          Kemudian, ada doktor yang perlu dibuat bahas ( sedikit tugasan) bagi subjeknya. Perlu digunakan kitab turas/ qadim (kitab lama). Allahurabbi. Beberapa kali, bukuku ditolak. Pernah ku dan sahabat merenung lama kitab-kitab di maktabah (library). Di sinilah kesabaran teruji. Rasa ingin berputus asa kerap kali menjenguk di hatiku, namun ku tepis ia dengan:

Firman Allah s.w.t, dalam Surah Yusuf, ayat 87:

“..Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”.

          Hari ini, sekali lagi ku dan sahabat-sahabatku (Salimah dan Hani) diuji. Rasa ingin saja air mata ini mengalir. Tika ujian itu datang, kaki ini rasa ingin rebah di situ juga. Namun, lahir rasa kagumku dengan sahabat-sahabatku yang masih kental. Maka, ku kuatkan langkah menghadapinya. 

Firman Allah s.w.t, dalam Surah Ali Imraan, ayat 139:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.

                                                          


Ketika ku pulang dari universiti tadi, lemah rasa langkahku ini. Mencorak langkah sambil muhasabah dengan ujian pada hari ini.  Semakin lama melangkah, semakin hilang langkahku. Ku dongakkan kepala ke langit. Subhanallah. Ku pandang orang sekeliling, pelbagai keadaan yang ku lihat. Allahurabbi. Akhirnya ku bermonolog:

“Nabilah..bukankah kau seorang pelajar? Yang menuntut jauh di sini demi menimba ilmu Allah yang luas itu? Mudah sangatkah untukmu mengalah? Ini baru permulaan..masih banyak ujian yang menunggumu di hadapan sana..”


Akhirnya, bibirku mengukir senyuman… langkahku semakin gagah. Ya! Akulah seorang pelajar!!! Terus belajar..bukan hanya belajar di universiti, namun belajar menerima segalanya daripada Allah. Inilah tarbiah dari Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.^_^

*buat shbt2ku, jangan sedih2 lagi. Jom teruskan langkah mengejar cinta dan redha-Nya. Allah itu Maha Penyayang.^_^

6 comments:

  1. Wah dah jadi jordanian la ni =p

    selamat berjaya. doa2kan aku sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakallah..insyaAllah..saling mendoakan.

      Delete
  2. Teruskan garap ilmu yang ada disana, bawa pulang ke Malaysia untuk manfaat ummah!

    ReplyDelete