Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
untuk setiap perkara. Apapun keadaan kita sekarang..bersyukurlah kita kepada
Allah yang Amat Pengasih kepada hamba-Nya.
Firman
Allah s.w.t dalam surah An Nahl,ayat 18:
“Jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya
kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah
benar-benar maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tika ini, detik ini…jariku laju
memulakan gerak-gerinya. Mataku terpana melihat setiap huruf-huruf di keyboard
yang seolah-olah tersenyum melihat jariku memulakan langkah. Bibirku mengukir
sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan oleh diriku sendiri.
Pembaca
yang dirahmati Allah,
Pernahkah kalian rasa terlalu gembira
pada satu ketika? Mesti pernah kan? Pernah terfikir tak kenapa kita terlalu
rasa bahagia?
Krik..krik..krik..krik…^_^
Saat ini…jujur..bibirku mudah untuk
ukirkan sebuah senyuman. Malah jauh sudut hatiku, seolah-olah ada sesuatu yang
membuat ia rasa seperti seolah-olah amat “bahagia”.
Lama-kelamaan, diri ini makin
pasti..yang diriku mungkin dalam keadaan bahagia. Apa yang buat ku rasa makin
pasti?
“Nabilah…nak tanya cikit..ada apa-apa ka yg berlaku? Akak
tengok..nabilah semakin happy je?”
“Akak…seronok tengok akak..akak nampak bahagia sangat…kenapa?”
“Kak Nabilah….serius adik cakap..akak nampak
berseri-seri sebab akhir-akhir ini..akak nampak happy..sentiasa senyum..n
ceria..”
“Nabilah…ana nak tanya cikit ni…nabilah ok ka? Ada apa-apa
nak share? Tengok nabilah cam happy semacam je..”
Krik..Kriik..Krikk…
Sebenarnya…jauh di sudut hatiku jua
tertanya-tanya…
Betulkah
aku nampak seolah-olah terlalu bahagia? Kenapa? Puas ku mencari jawapan….
Ku
terfikir…
Ku
juga ada ujian…
Ku
juga ada masalah…
Ku
juga ada kisah sendiri…
Namun..nampak
seolah-olah aku bahagia..???
Akhirnya……ku
tersenyum…..
Buat
kakak2, adik2, kawan2 yang asyik tanya soalan yang sama..jujur..nabilah tiada
jawapan untuk itu..tapi….inilah luahan hatiku..:
Bukan Nabilah tiada masalah, cuma bibir ini cuba juga
ukirkan sebuah senyuman untuk semua. Teringat kata Prof Muhaya, katanya..kita
akan beri apa yang kita ada untuk orang lain..jika kita ada sedih yang
mendalam, sedih itulah yang akan kita beri pada orang yang berjumpa dengan
kita. Jika kita ada marah, marah kitalah yang akan dapat pada orang yang datang
kepada kita. Jadi…try the best untuk beri apa yang kita ada pada orang
ada..especially ‘perasaan” kerana perasaan itu satu benda yang rumit.
Senyum itu penawar hatiku. Sebab? Dengan
senyuman itu seolah-olah buat kita rasa….”saya seorang yang kuat dan tabah..”.
Nabilah tiada apa-apa untuk beri pada
orang lain. Moga dengan senyumanku dapat buat kalian bahagia…(sebak pulak).
Nabilah
mungkin tidak sentiasa bersama kalian jika kalian menghadapi masalah. Namun,
harapnya..dengan senyuman nabilah..keadaan Nabilah yang tampak seolah bahagia
ini mampu buat kalian juga bahagia walaupun sebentar.
Bahagia Nabilah ini juga kerana….Nabilah
rasa bahagia mengenali kalian. Kalian? Ye….korang semua yang pernah hadir dalam
hidupku….mungkin setiap orang mempunyai sikap sendiri. Tetapi ia cukup buat
Nabilah bahagia..kalian adalah anugerah Allah buat Nabilah.
Ada orang tanya…kenapa still senyum?
Hang xdak perasaan ka? Xdak terasa ngan orang ka? ^_^…..Perasaan itu….semuanya
daripada Allah. Terasa? Confirm la pernah. Tapi haruskah Nabilah terus bermasam
muka dan terus menerus dengan perasaan itu. Bak kata orang..”jika kita boleh
menerima kebaikan seseorang..kenapa kita tidak boleh menerima kelemahan
seseorang itu?” (Nabilah harap kalian juga dapat menerima kekurangan diri
ini..(sebaaak)
Soalan yang paling cepu emas…”Nabilah…..entah2 hang bahagia ni..sebab dah jumpa
seseorang yang menawan hati hang eik?”
Emm..jawapan
soalan ini..maaf. Nabilah tiada jawapan untuknya. Perasaan ini sukar dijangka. Mohon
doa semua, ye? ^_^
Menerima lamaran Jordan ini juga
terutamanya yang membuatku rasa bahagia. Banyak yang ku pelajari dan ku temui.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Akhir sekali, yang paling buat ku
bahagia..apabila teringatkan ALLAH yang Amat Maha Pengasih..Maha Pemurah. Allah
tidak pernah meninggalkan kita, tetapi kita yang selalu tinggalkan Allah.
Perasan tak? Walau kita pernah buat yang Allah tidak suka..tetapi Allah itu
Maha Pengampun. Lantas, Allah masih membantu kita dalam urusan hari ini.
Astaghfirullahal’azim…
Hanya setakat ini coretan dariku. Mungkin
ada yang terfikir..apa benda la coretan macam ni kan? Hehe..tergerak nak
tulis..sebab serius, ramai yang tanya tentang seolah2..Nabilah ni nampak “bahagia”.
Jawapan yang rigid, Nabilah sendiri tak
pasti. Apapun, harap kita semua bahagia dalam kasih sayangNya. Sayang kalian
kerana Allah!
Jom
teruskanlah langkah mengejar cinta dna redha-Nya.
Wallahualam.
*hanya
sekadar coretan hidup penulis. Yang baik ambillah, yang tidak baik..mohon
tegurannya dan jangan contohi ye?
Disebalik kehidupan ini sebenarnya bahagia tetap ada jika kita memilih untuk bahagia. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan meninggalkan derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.
ReplyDeleteAllahurabbi..betul tu ustaz. jazakallahn atas ingatannya.
Delete