Gambar hiasan
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
kita masih diberi nikmat Iman dan Islam sehingga saat nafas kita kini. Selawat
dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta buat kaum kerabat baginda.
Sebelum meneruskan kalam dan membaca..
Ayuh, kita istighfar sebentar.
Astaghfirullahal’azim..(3x)
Alhamdulillah,
moga-moga kita lebih tenang. Dah baca tajuk entry kali ini? AKU & KUCING?
Kenapa agaknya penulis memilih tajuk ni? Ini sebenarnya adalah berkisar kisah
penulis, namun moga-moga ada ibrahnya ya?
Tergerak
hati ini untuk menulis tajuk kucing gara-gara ada sahabatku yang bertanya
baru-baru ini.
“Nabilah..masih takut dengan kucing lagi ke?”
Takut? Tak
kot..mungkin lebih ke arah geli. Biarlah takut lebih kepada Allah, kan? Ya..memang
dari kecil diri ini geli dengan kucing dengan pelbagai sebab. Namun , tidak
pula ku sanggup melukakannya, sebab Islam pun mengajar umatnya agar menyayangi
haiwan. Malah, Nabi Muhammad s.aw juga amat menyayangi haiwan tambah2 kucing.
Sebab geli dengan kucing:
-
Kucing pernah kejarku dengan bengis.
-
Kucing terkam ku dari arah depan dan sempat pula
bergelut denganku sehingga badanku luka.
-
Kucing pernah cuba untuk gigit tanganku.
-
Kucing liar yang kotor.
-
Kucing menghendap ketika ku mahu tidur.
-
Kucing juga tidur dalam kamarku dan hampir meluluhkan
jantungku sebab kucing menyorok atas almari dan menakutkanku.
Tak munasabah ke alasanku? Ye..memang
la. Kan ada pepatah yang mengatakan kerana nila setitik habis susu sebelanga?
Mungkin tidak patut ku menghukum kucing-kucing lain kerana beberapa kucing yang
telah menfobiakan diri ini. Tetapi, tidak pula ku membenci kucing. Kucing pun
makhluk Allah kan?
Namun,
dari masa ke semasa, diri ini dah boleh control kegelianku pada kucing-kucing.
Antara faktor utamanya..
*********
Dalam satu kem yang ku sertai,
kebetulan ku dan sahabatku, Nurul Shahida Atiqah menjadi fasi dalam kem itu.
Ada satu malamnya adalah Malam
Muhasabah. Malam itu sungguh syahdu..adik-adik menangis teresak-esak. Aku? Gelisah
dan tak dapat focus.
Walaupun pada malam itu, lampu
ditutup, namun dari samar-samar cahaya itu, ku masih dapat melihat telatah
seekor anak kucing yang ligat bermain ke sana dan ke mari.
Dalam hatiku puas ku bermonolog,
“Ya Allah, janganlah biar kucing itu menghampiriku.
Ku tidak mahu malam muhasabah ini terganggu keranaku.”
Semakin lama, anak kucing semakin
menghampiriku. Namun, ku cuba tidak menghiraukannya. Ku duduk bersimpuh pada malam
itu. Bila rasa lengah, ingin ku menukar kedudukanku.
Tiba-tiba berderau hatiku..
Dalam hatiku menjerit, “Kucing!”.
Ingin saja ku
menjerit, namun ku cuba mengawalnya. Rupanya anak kucing itu telah tidur atas
lebihan kain jubahku. Langsung ku tidak sedar anak kucing itu berada dekat
sangat denganku malah atas jubahku pula.
Gambar hiasan
Ku ingin mengejutkan
kucing itu, kerana lengahnya kaki ini. Namun, bila melihat anak kucing itu tidur
dengan nyenyaknya, hati ini jadi tidak sanggup untuk mengejutkannya.
Lama ku memerhatinya.
Hingga terdetik dalam hati, “Sungguh
manja dan comel!”.
Akhirnya,
ku biarkan ia tidur atas lebihan jubahku. Lengah badanku tidak terkira tetapi
tatkala melihat wajah anak kucing yang comel itu, hatiku jadi sayu.
Setelah
tamat malam muhasabah itu, adik-adik bergegas datang bersalaman denganku dan
sahabatku, Shahida. Alhamdulillah, ada seorang adik yang kesian melihatku yang nampak
lenguh lalu diambilnya kucing itu.
*********
Setelah
kejadian ini, ku rasakan yang ku sudah berani sedikit apabila terjumpa kucing.
Anak kucing itu yang telah membuka hatiku untuk mengatakan mereka ini tidaklah
seteruk yang ku sangkakan.
Oleh itu,
buat insan-insan yang sepertiku iaitu gelikan kucing, janganlah ditanam di
dalam hati untuk membenci kucing kerana kucing juga makhluk Allah. Tidak perlu
berkasar dengan kucing selagi ia tidak membahayakan kita. Berilah makan kepada
kucing jika ada lebihan makanan. Moga ada pahala untuknya.
Dan perlu
dijaga, janganlah menjerit tatkala kucing datang menghampiri kita. Kita ini
muslimah, dan jagalah adab seorang muslimah. Kita membawa nama Islam dan
jagalah ia dengan baik.
Cubalah
ambil waktu memerhatikan kucing. Pasti kamu geli hati dan tersenyum. Ye…untuk
membelainya, mungkin kita tidak mampu dan belum sepenuhnya berani tetapi berilah
kasih kita mengikut apa yang kita mampu. Contohnya, memberi kucing makan dan
sebagainya.
Moga-moga
kita yang gelikan kucing ini akan terus menyayanginya dan bukan membencinya. Buat
pembaca yang memang sudah amat sukakan kucing dan sering membelainya, teruskanlah
mengasihaninya. Jom kasihi haiwan terutamanya yang jinak seperti kucing.
Wallahualam.
*Ini adalah kisah penulis, ambillah ibrahnya dan
buanglah yang kurang baik.