Tautan Ukhwah

Wednesday, May 1, 2013

Kasihnya MakAyah

                                                                          
                                                           Ayah & mak yg tercinta
Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda.

Astaghfirullahal’azim (3x)


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil

(Al-Israa’): 24.


Pembaca yang dirahmati Allah,

          Ibubapalah orang yang paling dekat dengan kita dari kecil. Namun, dari masa ke semasa, kita semakin jauh dengan ibubapa. Betul atau tidak?

          Tetapi jauh di mata sahaja, dekat di hati. Harapnya begitulah. Tambah-tambah bagi orang yang sekolah menengahnya duduk di asrama, kemudian sambung belajar jauh dari tempat tinggal. Kemudian, kahwin dan akhirnya duduk dengan pasangan masing-masing.

          Pernah tak kita terfikir, berapa banyak masa yang kita telah luangkan kepada ibubapa untuk memberi kasih kita kepada mereka?

Hatiku sering dilanda pilu tatkala memikirkan ia.
                                                        
Mak & Ayah


********

Baru-baru ini..

Em..laparnya..teringin nak makan apa entah..”kataku.

Nak makan mee goreng?” tanya mak.

Nak makan cucur?”tanya ayah pula.

Nak makan laksa?”tanya mak lagi.

“Nak makan roti canai?”tanya ayah pula.

Tersenyumku sendiri. Dalam hati ku bermonolog, ‘Macam aku ni budak-budak pula, walhal dahlah aku ni anak sulung’. Tiba-tiba aku dilanda pilu..

Pernah ku mengambil tahu apa yang makayah ingin makan? Mungkin ada..tapi tak sehebat keprihatinan mereka kepadaku.

Allah…izinkan aku berbakti kepada mereka selagi mereka hidup.

*******

Kak..hari ni, ayah beli ikan keli..satg mak buat ikan keli bakar”, kata ayah kepadaku.

Setelah siap masak..sewaktu makan..

Em..nanti law tengok ikan keli ni, mesti teringat dekat kak..,”kata ayah.

Sebak ku mendengarnya..

*********

Setiap hari Isnin ada pasar malam berdekatan dengan rumahku..

Kak..nak makan apa? Mak nak beli..,”tanya mak kepadaku.

Em..apa-apa pun boleh..”,kataku.

Allahurabbi..sungguh terharu.

*******

Suatu hari..

Kak..tahu tak,masa kat tempat keje, bila mak terfikir kak nak sambung belajar pulak nanti..mak rasa sedih sangat, tapi mak gembira sebab anak mak akan sambung belajar mencari ilmu”, kata mak.

Mulutku terkunci, cuba menghayati apa yang ingin mak sampaikan.

Ayah pun sama kak..bila ayah tengah drive, ayah macam tak boleh terima hakikat nanti kak akan tinggalkan kami..,”kata ayah.

Mataku semakin berkaca.

Tapi apapun, mak redha. Kak sambung belajar kerana Allah. Mak tak risau bila ada kawan-kawan mak cakap law akak mati di sana macam mana? Sebab bagi mak, di mana-mana pun kita akan mati,”kata mak.

Inginku berteriak menangis. Namun, ku pendam agar makayah tidak nampak air mataku jatuh berderai.

*******

Buat makayah yang amat ku kasihi,

          Terima kasih atas segalanya. Maafkan diri ini andai pernah menyakiti hati kalian. Redhalah pemergianku nanti. Doakan anakmu ini agar sentiasa sihat dan berada dalam jagaan-Nya. InsyaAllah, selagi ada waktu kini, anakmu ini akan sentiasa bersama kalian.

Buat teman-temanku,

          Doakan agar temanmu ini selamat ke sana. Doakan agar temanmu ini sentiasa kuat dalam menghadapi ujian yang sedang menanti di hadapan sana. Doakanlah agar urusanku dipermudahkan-Nya. Doa insan sepertimu amat ku harapkan. Insyallah, ku jua akan mendoakan kalian, saling mendoakan, amalan mulia.
                                                                           

Muhasabah sebentar..

Jika sebelum ini, kita kurang mengirim mesej kepada makayah, maka mulai hari ini, hantarlah mesej walau sekali dalam sehari.

Jika sebelum ini, kita kurang mendoakan makayah kita, maka mulai hari ini, berdoalah selalu untuk mereka.

Jika sebelum ini, kita kurang mengambil tahu apa kegemaran mereka, maka mulai hari ini, tanamlah sikap ingin tahu lebih mendalam tentang makayah.

Jika sebelum ini, tidak pernah memberi hadiah kepada mereka, maka mulai hari ini berilah sesuatu walau secebis senyuman.

          Moga Allah meredhai segala amal kita. Aamin.


*Ini hanya kisah penulis yang ingin dikongsi dan diharap kita menyedari betapa ibubapa itu amat menyayangi kita tanpa minta dibalas. Ayuh, sayangi ibubapa.

         

8 comments:

  1. Replies
    1. bila sebut mengenai makayah..selalu mesti kita rasa sedih kan?hmm..moga kita smpt berbakti kpd mereka.

      Delete
  2. hargai ibubapa...teringat akan mak dan bapa lia

    ReplyDelete
  3. =') terharu gitu

    Selamat berjaya di tempat orang.. berjiran dah kita ni.. doakan aku kat sini sama noh =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah,,,dah berjiran..insyaAllah sama2 doa..
      moga Allah mudahkan perjuangan kita ini.

      Delete
  4. sambung belajar... (y) don't stop at the top :)

    ReplyDelete