Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar diri dan imanmu?
Jom istighfar jap..astaghfirullahal’azim (3x)
Pembaca yang dirahmati Allah,
Untuk
kali ini, jom kita santai sambil menghalusi kisah teladan yang menyentuh jiwa
ini.
*********
Dari Ismail
bin Abdullah Al-Khuzaa’i berkata:
“Pada suatu hari seorang lelaki tiba dari Mahlabah (di
Basrah) si zaman kerajaan Baraamikah untuk satu keperluan. Ketika selesai
urusannya dia menuju ke Bashrah bersama anak kecil dan hambanya ketika mereka
sampai di sungai Dajlah mereka melihat seorang pemuda yang berada di tepi
sungai tersebut. Dia mengenakan Jubah Wol dan membawa tongkat dan beg tangan,
maka dia meminta pada nelayan agar mengajak pemuda itu ke Bashrah dan akan
dibelanjai.”
Syeikh
itu berasa kasihan pada pemuda itu lalu berkata kepada nelayan itu:
“Tempatnya dekat, bawalah dia ke tempat yang teduh.”
Maka dia mengajaknya. Pada waktu siang, Syeikh itu
mengajak pemuda itu makan bersamanya tetapi semua ajakannya ditolak.
Akhirnya,
apabila didesak terus, pemuda itu makan bersama. Setelah selesai makan, pemuda
itu mahu pergi namun Syeikh itu menawarkan minuman botol. Pemuda itu menjawab,
“Aku lebih suka engkau berikan aku sesuatu yang
menyihatkan”.
Syeikh itu berkata, “Kami telah berikan engkau sesuatu
yang membuatmu sihat, duduklah bersamaku.”
Kemudian,
Syeikh itu memanggil hambanya dan mengeluarkan ganja lantas menghisapnya. Hamba
itu pun menyanyi dengan merdu. Syeikh itu berkata: “Wahai pemuda! Bolehkah
engkau menyanyi sepertinya?”
Maka dia bacakan firman Allah dalam surah Al-An’am
ayat 77-78:
“Katakanlah kesenangan dunia ini sangat sebentar dan
akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak dianiaya
sedikitpun, di mana saja kamu berada kematian akan mendapatkanmu,walaupun kamu
berada di benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Pemuda itu membacakan ayat suci tersebut dengan suara
yang merdu, tanpa disedari Syeikh itu melemparkan gelas minumannya seraya
berkata:
“Aku menyaksikan bahawasanya suara ini lebih baik dari
apa yang ku dengar! Apakah masih ada lagi! Pemuda itu berkata: “Ya!” Lalu
dibacakan firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 29:
“Dan katakanlah! Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu,
maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan barangsiapa yang
ingin kafir biarlah ia kafir. Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang
zalim itu neraka, yang gelojaknya mengepung mereka dan jika mereka meminta
minum nescaya mereka akan diberi minuman dengan air seperti besi yang mendidih
yang menghanguskan muka, itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat
yang paling buruk.”
Maka ayat
tadi menyentuh hatinya maka dia buang semua botol minumannya kemudian berkata :
Pemuda itu menjawab: “Ya!” lalu dia bacakan firman
Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 53 yang berbunyi:
“Katakanlah! Hai hamba-hambaku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.”
Maka
Syeikh itu menjerit dengan kuat hingga tidak sedarkan diri, mereka semua
melihatnya namun Syeikh itu telah tiada. Perahu mereka telah mendekati Basrah,
melihat kejadian itu para penduduk Basrah menjerit dan mengerumuninya, Syeikh
itu adalah orang yang terkenal di Basrah, maka dia di bawa ke rumahnya.
Aku
belum pernah melihat kerumunan jenazah seramai ini, diceritakan bahawa hamba
perempuan yang suka menyanyi itu melantunkan, bait-bait syair dan selalu bangun
malam dan berpuasa menjelang 40 hari dari kematiannya suatu hari hamba itu
membaca firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29.
Setelah
itu hamba tersebut meninggal dunia.
*********
Pembaca yang setia,
Lihatlah
bagaimana Syeikh dan hambanya itu masih sempat bertaubat sebelum meninggal
dunia. Hatinya terketuk mendengar ayat-ayatNya. Beruntungnya bagi mereka yang
sempat bertaubat. Kita? Adakah kita ini tidak merasa apa-apa mendengar
ayat-ayat cinta-Nya? Masih berterusan melakukan perkara yang Allah tidak suka
dan masih tidak mengendahkan ancaman-Nya?
Ayuh..teruskan
langkahmu mengejar cinta-Nya. Jika tersasar, cari jalan dan teruskan usaha
untuk terus berada di jalan yang benar. Bertaubatlah. Jangan rasa dengan buat
kesalahan besar baru nak bertaubat, bertaubatlah tiap-tiap hari kerana mungkin
ada yang kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian kita, betul tak?
Wahai pembaca
yang penulis kasihi, jadilah hamba Allah yang sebenar-benarnya. Kita mungkin
pernah melakukan kesilapan, tapi jangan terus mengalah. Bangkit dengan
bertaubat dan banyakkan melakukan ibadah. Jom jadi perindu Syurga!
Wallahualam.
*Sumber cerita dirujuk pada buku BIMBINGAN TAUBAT,
Mohd Abdul Wahab.
No comments:
Post a Comment