Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah..segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ditujukan kepada
junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta insan-insan yang meneruskan perjuangan
baginda.
Tatkala
jari ini bergerak laju menaip..begitulah jua hatiku yang berdegup kencang
sambil menulis. Perasaan hiba tiba-tiba hadir dalam diri ini.
Sebentar
tadi, ku membelek-belek blogku. Ligat berfikir, apakah yang ku ingin lakukan?
Akhirnya, jariku cepat bergerak klik pada musik di blog. Terfikir di benakku,
adakah kau mahu menukar lagu di blog ini? Akhirnya..satu suara hadir
membisikkan YA!
Baru
membuka page musik ini, di carta teratas, keluar satu tajuk lagu, Sollu
Alaikallah-Imam Muda Najdi. Tidak pernah pula ku dengar. Akhirnya, ku menekan
tanda ‘play’.
Allah......
Allah……
Allah…..
Air mata mengalir dengan deras
membasahi pipiku. Sebaknya….Allahurabbi…perasaan apakah ini? Muncul secebis
keinsafan dalam diri ini.
Puas ku mengesat air mata di pipi, namun
seolah-olah ia degil untuk berhenti. Akhirnya, ku menadah tangan, memohon
ampun kepada Allah, banyaknya dosaku terhadap-Nya.
Bagaimana cintaku terhadap
kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Peribadinya yang mulia, sentiasa dekat dengan
Allah. Diriku ini? Masih kurang berzikir..Allah…
Terima kasih Ya Rabb..mungkinkah ini
satu teguran kepadaku..agar banyak mengingati-MU. Zikir adalah satu
ketenangan..
Banyakkan zikir..kurangkan dengar lagu
yang melalaikan. Ya Allah..hinanya diri ini. Apalah gunanya hidup ini tanpa
cinta-MU.
Pembaca yang dirahmati Allah,
Pejamkan
matamu sebentar…sebutlah…ALLAH…ALLAH..ALLAh…sebutlah berulang-kali, sehingga
bergetar hatimu…sebak…akhirnya..titisan mutiara jatuh di pipimu.
Kita
sudah tiada masa untuk lalai. Mati itu pasti. Bertaubatlah…banyakkan amalan,
tingkatkan ibadah..perbaharui niat..banyakkan buat yang berfaedah dan pastikan
ia diredhai Allah.
Akhir
kalam, ku mengharapkan kalian menghayati zikir di blog ini dengan sepenuh hati.
Fikirlah sedalam-dalamnya..apa yang kamu mahukan dalam hidup ini? Ayuh..jadi
solehah!
*Kesat air matamu…bangunlah! Terus mengejar cinta dan
redha-Nya..masih ada masa! Jangan berlengah.
Wallahualam.
ANA BACA STAtus ukhti, ana pulak yang rasa hiba.... Allah! Allah! Allah....
ReplyDeleteAllah yang menyentuh hatimu...bersyukurlah ....Allah masih sygkan enti..ayuh..jadi lebih solehah.
Deletetenang dengar .. trima kasih pkenalkan lagu ni
ReplyDeleteAlhamdulillah..perasaan tenang itu dari Allah..moga kita sentiasa berzikir kepada-Nya.
Delete"jom jadi lebih solehah" (n_n). kulit blog baru cantik.
ReplyDeletejom...moga semangat kita sentiasa ada utk meraih cinta& redha-Nya.
DeletePertama kali jatuh air mata. Terima kasih.
ReplyDelete