Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan
Nabi Muhammad s.a.w. Apa khabar imanmu?
*Jangan lupa doa buat sahabat-sahabat kita di Gaza dan
Palestin.
Alhamdulillah,
semalam ku dapat menghadiri Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammadi, di
Kelantan. Antara ahli panelnya, Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi, Amin Idris dan Meyda Safira. Ana dan beberapa
sahabat serumah bertolak ke sana selepas Maghrib.
Setibanya
di sana, ku mendapati stadium telah dipenuhi dengan orang ramai. Maka, kami
cuba mencari tempat yang strategik bagi keselesaan kami sepanjang di sana. Kami
kehairanan kerana melihat orang ramai membawa tikar, padahal kami berlima,
hanya membawa diri dek kerana kami tidak tahu situasi begitu. Jadi, kami terus
duduk di atas rumput-rumput yang sedang menghijau.
Tika
kami berbicara sebelum program dimulakan, tiba-tiba titisan mutiara jatuh ke
bumi. Sahabatku, Siti Mushirah menyuruhku memandang nun di atas sana. Lantas kepalaku
mendongak ke langit. Subhanallah…..cantiknya melihat titisan-titisan mutiara di
sebalik cahaya yang berkilau. Mataku terpana melihat mutiara ini.
Namun,
keadaan menjadi huru-hara gara-gara orang ramai takut kebasahan. Pada mulanya,
ku dan sahabatku ini mahu bangun, namun niat kami terbatal. Kerana apa? Kerana
di tepi kami, ada seorang makcik yang sudah tua dan hanya tersenyum. Kami pelik.
Makcik ni cool jer.
Kata
makcik, “Hujan rahmat ni. Kejap jer..takper..sekali sekala merasai basah
kehujanan.” Allahurabbi..tersentak kami berdua. Maka, kami terus bersama-sama
makcik tersebut walaupaun orang ramai sudah bangun dan mencari tempat
perlindungan. Dalam beberapa minit, hujan berhenti. Alhamdulillah.
Semasa
program sudah dijalankan dalam setengah jam, handphoneku berdering. Ku meneliti
nombor yang tertera di skrin. Berkerut dahiku. Tidak ada simpanan phoneku. Ku
cuba menjawab,
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam…”
“Sape nie?”..
Tiba-tiba ku dengan suara esakkan seorang perempuan. Hatiku
sayu. Siapakah dia?
“Sape nie?”
“Kak Lah…..adik rindu kak nabilah…”
Dari suaranya..ku tahu, dia adalah seorang juniorku di
SMKA baling. Kenapa dia menangis sampai begini.
“Adik..kenapa ni dik?”
“Akak..adik rindukan Kak nabilah..”suaranya samar-samar
kerana dalam keadaan menangis.
Allahurabbi…Hatiku hiba. Mahu bercakap dengan dia
lebih lama, tapi risau mengganggu orang ramai. Mahu saja ku keluar dari tempat
itu, tapi keadaan tak mengizinkanku keluar kerana ramai sangat orang.
“Dik..sabar yer..nanti habis program..akak kol balik.”
Hatiku tidak
senang..kenapa dengan dia? Sambil program, ku msg kepada adik juniorku ini.
“Adik, kenapa ni? Adik ada masalah?”
“Adik rindukan akak..nak jumpa akak..lama tak jumpa
akak..”
Allah..benar…hatiku
tersentuh. Salahku jua..setelah ku mengambil mereka di tempat hatiku, tanpa ku
sedari, ku terabai tanggungjawabku. Kebiasaannya, ku akan ke sekolah bertemu dengan
adik-adik juniorku, tapi tahun ini ku tiada kesempatan.
Adik-adikku sayang…..dengarlah rintihan kakakmu ini..
Adikku sayang,
Tahukah kalian ku amat menyayangi kalian?
Sering saja kalian mencuri masuk dalam mimpiku.
Kakakmu ini sungguh terhibur,
Ketawamu…
Bisikanmu..
Rintihanmu..
Membuatkan diriku amat merindui kalian.
Bukan bermakna kita tidak bersua,
Kakakmu melupai kalian,
TIDAK sama sekali!
Hakikatnya….
Hati kecil kakakmu,
Menderita rindukan kalian,
Terima kasih sudi membahagiakan kakakmu ini.
Insyallah, ada rezeki..
Kita pasti bersua..
Jika tidak di mata, tapi di hati.
Rasailah kehadiranku dalam dirimu,,
Ku harap kalian terus maju…
Bangun…membantu Islam.
Izinkanku sentiasa berada di hatimu.
*********
Ini
hanya kisah si penulis. Moga saja kita dapat membantu adik-adik kita dalam
mengejar redha dan cinta Ilahi. Mereka itu permata. Mengharapkan kasih dari insan
seperti kita. Maka, isikan hati mereka dengan kalamullah. Moga Allah redha
dengan kita.
*Buat adik-adikku sayang…jangan risau kita tidak
bertemu..sedarlah hati kta sudah bertemu. Moga kalian sentiasa dalam kasih
sayang-Nya.
Wallahualam.
rindunya sampai menangis
ReplyDeleteKLIK jauhi malaysia indon beritahu pembantu rumah warganya
a'ah..comey betul...tuan junior nie pun comey..^_^
ReplyDeletesubhanllah :)
ReplyDelete^_^
Delete