Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi
Muhammad s.a.w yang telah membimbing umat manusia ke jalan yang benar dalam
mencari keredhaan Allah s.w.t.
Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Boleh
tak ku ingin tanya sesuatu kepadamu? Apakah perasaanmu yang hadir dalam hatimu
kini?
Sedih?
Gembira?
Takut?
Marah?
Sedih?
Sunyi?
Tahukah kalian bahawa semua perasaan
ini daripada Allah? Kadangkala, perasaan itu hadir tanpa diduga. Sedang
bergembira, tetapi dilanda kesedihan. Hati ini ibarat empangan, akan ada sumber
air daripada pelbagai aliran.
Subhanallah….Maha Suci Allah. Pemilik hati
ini. Raikanlah setiap perasaan itu seadanya. Apapun jua perasaan yang hadir
ini, semuanya datang daripada Allah.
Allahurabbi..Kadangkala kita sering
mempersoalkan kenapa Allah menghadirkan sesuatu perasaan yang kita rasa, kita
tidak menyukainya..padahal Allah itu Maha Mengetahui. Seharusnya kita banyakkan
zikrullah agar kita dapat mengawal setiap perasaan kita itu. Allah berfirman
dalam surah Al-Ahzab, ayat 41 & 42:
“Wahai orang-orang yang beriman,
berzikirlah kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah
kepadaNya di waktu pagi dan petang.”
Hamba yang dikasihi Allah,
Ayuh..tingkatkan
diri kita. Serahkan cinta suci kita kepada-Nya, nescaya akan hadir perasaan
yang indah kepada kita. Mantapkan ibadah, tingkatkan iman. Moga dapat meraih cinta
& redha-Nya.
Wallahualam.
insyaAllah, sama-sama kita mendekatkan diri lagi kepada Allah SWT
ReplyDeleteInsyaallah..moga Allah redha dengan kita.
Delete