Assalamualaikum w.b.t,
Apa
khabar iman anda? Moga-moga kita sentiasa meningkatkan ketaqwaan kita dalam
meraih cinta-Nya. Alhamdulillah..Allah beri kelapangan kepada ana untuk menulis
pada kali ini.
Petang
tadi, ana ada usrah fasilitator ngan MakCik Sabariah di rumahnya. Semasa
pengisian dari makcik, kebanyakan dari kami(fc yg memegang usrah adik2), terasa
amat mengantuk. Mungkin terlalu penat. Tapi ku cuba sedaya upaya untuk membuka
mata dan mengambil intipati dalam pengisian.
Sedang
ku berlawan dengan nafsu tidur, tiba-tiba…ku terdengar esakan tangis yang
syahdu. Mataku lantas mencari pemilik esakan tangis tersebut.
Mataku tertumpu
pada wajah makcik Sabariah. Air matanya deras mengalir apabila membicarakan
tentang Rasulullah s.a.w. Allahuakbar!!!! Terasa ada batu yang terjatuh ke
dadaku..
Betapa
Makcik menghalusi sirah Nabi s.a.w sehingga mengalir air matanya yang jelas
kepadaku Makcik amat mencintai Rasulullah s.a.w. Ku terfikir sejenak…menghalusi
jiwa remaja ini..Bagaimana dengan diri ini? Apakah yang ku rasakan dek nama
Rasulullah s.a.w disebut?
Ku
tetap menatap wajah Makcik dengan sepenuh jiwaku..cuba menghalusi apa yang
ingin disampaikan. Banyak perkara yang makcik sentuhkan. Antaranya adalah
bagaimana persiapan manusia untuk mendapatkan syurga-Nya? Jika dibandingkan
dengan pelajar misalnya..bukan mudah untuk mendapatkan ‘A’. Namun, untuk
mendapatkannya, ia memerlukan usaha yang gigih dan tekun. Akhirnya, ramai yang
dapat mengecapinya. Persoalannya, berapa ramai manusia sekarang yang gigih dan
tekun dalam usaha untuk mendapatkan syurga-Nya..cinta-Nya..redha-Nya?
Kata-kata
Makcik amat menusuk kalbu ini. Jiddiyah!!! Kena sentiasa tekun dan gigih dalam
apa jua sekalipun. Kematian tidak menunggu kita….
Selesai
usrah, tangisan makcik terngiang-ngiang di mindaku. Ku tetap mencari tentang
Rasulullah s.a.w dengan lebih mendalam. Walaupun sebenarnya, dalam subjek2ku
ada dipelajari tentang baginda….Ku betul2 nak rasa feeling apabila menyebut
nama Rasulullah s.a.w.
Ku
melayari internet..tiba2…ku terdengar selawat ke atas Nabi. Ku mencari dari
manakah selawat itu kedengaran. Rupa-rupanya dari surau yang berdekatan dengan
asramaku. Setitis demi setitis air mataku mengalir…syahdunya….Ya Rasulullah…Ya
Habiballah…
Bibirku
tersenyum gembira…ku benar2 tersentuh..ku kuatkan memoriku tentang Rasulullah
dengan membaca biografi baginda berulang kali…Ku bahagia dalam kerinduan yang
mendalam terhadap Baginda..
Namun, ku
tahu, tidak cukup untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadap Baginda dengan sekadar
selawat dan menyambut hari kelahiran Baginda, malah lebih dari itu. Sikap dan
peribadi mulia Baginda haruslah diikuti kerana ia memandu manusia ke arah jalan
yang benar, ke arah mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Mencintai
Baginda adalah wajib kerana itu tandanya ada iman dalam diri kita. Ayuh…buktikan
cinta kita kepada Allah & Rasul-Nya…
Muhasabah diri…
Hadis Rasulullah s.a.w: “ Buatlah perhitungan ke atas
dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”.
- Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
- Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
- Apakah ilmu Allah yang telah disebari?
- Kemanakah rezeki Allah telah dibelanjakan?
- Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai
diri?
-Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?
Muhasabahlah diri sendiri wahai diri
Yang akan menutup mata sebentar lagi
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali
Ya Rasulullah, Ya Habibullah..
Tangisanku mengharap syafaatmu
Siapalah aku di sisimu.
Ya Rasulullah, Ya Habibullah..
Wahai kecintaanku,
Kerinduanku semakin membara.
Betapa banyak dosa yang ku bawa nanti..
Semoga tiada kecewa duhai Junjunganku.
Wassalam. Walllahualam.
Siti Nabilah Azman,
1.36 a.m.,6/2/2012
salam maulidur rasul buat nabilah...
ReplyDeleteabuikhwan:
ReplyDeletejazakallahu khairan kathira..
assalamualaikum, boleh tau x nama instrumental website saudari ni....maaf klu bertanya xkene tempat
ReplyDeleteost syurga cinta...google it...
ReplyDelete