Tautan Ukhwah

Thursday, February 23, 2012

Ayuh..Ziarah Orang Sakit

                                                             

Bismillahirrahmanirrahim,

Penulis membuka kalam dengan sebuah hadis Riwayat Muslim,no 2658.

          Tsauban (hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w) meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia berada di taman syurga sehingga dia kembali.”

          Jabir bin Abdillah juga ada mengatakan, “Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia telah menyelam di dalam rahmat, hingga ketika dia duduk, maka dia tenang di dalamnya.”

Pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

          Jika kita lihat hadis di atas, ia menerangkan keutamaan menziarahi orang sakit dan pahala yang akan diperolehi oleh si penziarah.

Apakah manfaat menziarahi orang sakit?

1- Mententeramkan hati si pesakit.
Apabila kita menziarahi pesakit, ucaplah kata-kata semangat buatnya agar dia lebih rasa untuk berusaha sembuh dengan kuasa-Nya. Namun, setengah dari kita, ada yang tidak memberi harapan kepada pesakit. Misalnya, orang itu baru sahaja kemalangan dan kakinya luka teruk. Tapi si penziarah cakap begini kepada pesakit..”emm..dh xde harapan dah kaki awak nie..mesti kena potong punya la..”
Allah…kita buat pesakit lebih rasa takut dan hilang harapannya untuk sembuh walaupun hakikatnya, mungkin kakinya terpaksa dipotong untuk keselamatan diri pesakit. Tetapi kita as penziarah tidak perlu bercakap sebegitu, malah kita sepatutnya memberi pesakit harapan dan mendoakannya.

                                                              

2-Mengambil tahu apa yang diperlukannya.
Seharusnya kita mengambil tahu apa yang diperlukan pesakit. Mungkin ketika menziarahinya, pesakit lapar atau dahaga…Kita boleh sediakan makanan kepada pesakit. Namun, kadang-kadang terbalik..pesakit pulak yang bangun dan sediakan juadah kepada kita. Allah….Kesian pesakit itu.

3- Mengambil pengajaran dari penderitaan yang dialaminya.
Apabila kita melihat orang yang tengah sakit, kita boleh bermuhasabah seketika. Kadangkala apabila sakit, ibadah pun berkurang dan perlukan semangat yang kuat untuk melakukan ibadah dalam keadaan sakit. Cuba bayangkan jika kita berada di tempatnya? Sanggup ke tidak? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segalanya.

          Konklusinya di sini, menziarahi orang sakit mempunyai banyak manfaatnya. Namun, harus diingat, menziarahi orang yang sedang sakit juga mempunyai adab-adab yang perlu dijaga. Janganlah kita merasa berat untuk menziarahi orang yang sakit..Ayuh, rajinkan diri kita untuk mendapatkan manfaat dari menziarahi orang sakit. Tapi….jangan pula setelah balik dari melawat orang sakit, kita yang terover sakit….atau pura2… atau berlakon…semata2 nak sakit..hmmm….jangan jadi cam tue yer..

Wallahulam.

3 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih nabilah sudi berkongsi setelah lam menyepi..^_^

    Lepas ni, akan rasa lbh semangat nak ziarah orang sakit agar kita boleh ambil pengajaran darinya dan sentiasa ingat kt Allah.. =)

    Syafakillah buat semua yang Allah beri ujian kesakitan.. Penghapus dosa..

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. wafazinnirah92:

    hehe..nnti nk ziarah org skit..ajak nbilah skali yer...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah perkongsian yg menarik
    btw jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa.semoga mendapat manfaatnya~ :)
    http://e-storebasyirah.blogspot.com/p/pembukaan-e-store-basyirah.html

    ReplyDelete