Tautan Ukhwah

Tuesday, February 28, 2012

Al-Quddus (Maha Suci)

                                                                 
 Bismillahirrahmanirrahim,

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Jumuah, ayat 1:

“Sentiasalah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, yang Maha Suci, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Assalamualaikum w.b.t,

Pada kali ini, ana tertarik nak berbicara mengenai Al-Quddus (Maha Suci).

Ingat lagi tak kisah pembelahan dada Rasulullah s.a.w oleh Ruhul Amin?

Dah berkerut dahi kita sambil pikir kan?

Tak pe..mari kita ingat kembali kisah ini..

          Rasulullah s.a.w tinggal di rumah Bani Saad dari kecil hingga berumur 5 tahun. Pada umur baginda umur 5 tahun inilah, Allah memerintahkan kepada Ruhul Amin iaitu Jibril untuk menemui Muhammad bin Abdullah dan membelah dadanya, mencuri hatinya dengan rahmat dan mengeringkan dengan cahaya.

          Rasulullah s.a.w selalu pergi ke tempat penggembalaan bersama saudara susuannya. Pada suatu tengah hari, saudaranya itu berlari dalam ketakutan dan menangis sambil berteriak. Saudaranya ini telah mengatakan bahawa Muhammad diambil oleh 2 orang lelaki yang berbaju putih lalu kedua-dua orang itu menelentangkannya dan membelah dadanya.

          Halimah yang mendengar cerita itu amat terkejut dan terus mencari Muhammad. Baginda ditemui sedang duduk di atas tanah, wajahnya pucat dan kedua-dua matanya merah. Haliah terus mencium Muhammad dengan lembut dan kasih sayang.

Halimah bertanya,”Apa yang terjadi?”

Muhammad menjawab,”Ketika sedang memperhatikan kambing biri-biri yang bermain, aku dikejutkan dengan kedatangan 2 orang yang berpakaian putih yang tidak aku kenal. Mula-mula aku menyangka mereka adalah burung yang besar tetapi ternyata aku salah. Salah seorang dari mereka berkata kepada temannya seraya menunjuk kepadaku, ‘Apakah ini anaknya?’ Yang lain menjawab,’Benar’. Aku merasakan ketakutan yang luar biasa lalu mereka membawaku, menidurkanku dan membelah dadaku. Mereka mengambil sesuatu dari dalam dadaku dan membuangnya jauh-jauh. Setelah itu, mereka hilang dalam bayangan.”

*****

Allahuakbar..

Lihatlah betapa Allah mempersiapkan Muhammad sejak kecil dan baginda mewarisi sifat Allah iaitu terpelihara dan sifat kesucian. Kebersihan (hati, batin dan lain-lain) Allah s.w.t ini adalah kesucian yang tidak akan mengalami perubahan, tidak akan tersentuh oleh kekotoran, terus-menerus terpuji serta kekal.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

          Mensucikan Allah adalah bentuk ibadah yang paling agung dan merupakan bentuk ibadah seluruh penghuni langit dan bumi. Tidak ada satupun yang ada di alam ini selain jin dan manusia yang kafir, kecuali mereka bertasbih kepada Allah.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra, ayat 44:

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Tak ada satupun melainkan bertasbih dan memuji-Nya. Tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Manusia sebagai makhluk yang mulia diciptakan Allah dengan segenap sifat-sifat kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi ini. Jadi, tidak ada lagi alasan yang kuat untuk kita tidak memuliakan Allah dengan tasbih dan zikir al-Quddus ini kerana hakikat yang sesungguhnya dari mensucikan Allah itu adalah mensucikan diri sendiri secara zahir dan batin.

Sebagai ikhtiar, tasbih dan zikir dengan agungkan kesucian Allah melalui nama Quddus ini bererti secara aktif kita sebagai manusia selalu berusaha dan terus menerus berbuat secara ikhlas menebar kebaikan dan menumbuhkan kebaikan itu dalam diri. Tambahan itu, dapat membimbing hati untuk membangun prasangka yang baik.




Ayuh…..tebarkan kebaikan…

Ayuh…..sucikan hati kita…

Ayuh…jadi generasi perindu Syurga..

Ayuh…menggapai redhaNya..

Ayuh…mengejar cintaNya..

Wallahualam.

8 comments:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Nampak sangat fatin dah lama x buka blog.. Dah 2 hari Nabilah hadirkan tajuk baru.. Alhamdulillah, fatin berpeluang menatap karya sahabat sefikrah ini.. ^^

    Dada kita tidak boleh dibelah macam Nabi untuk cuci hatinya..
    Apa yg kita boleh buat ialah sentiasa bertasbih pada Allah bg menyucikan hati.. =)

    Mg kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan membersihkan hati dr sifat mazmumah, Wallahu'alam.. ^^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. wafa zinnirah92:

    waalaikumslm..

    xper la ftn...insyaallah..sama2 kita menyucikan diri...

    jazakillah atas ziarahnya..^_^

    ReplyDelete
  3. salam wbr,suka entry ni..moga ttp istiqamah berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  4. Ameer Faris Azman:

    wasalam..jazakallah sudi ziarah di blog usang ini...

    Insyaallah..cube utk istiqamah..

    ReplyDelete
  5. Faidhatul Arfah :

    syukran..^_^,mog ada manfaatnya..

    ReplyDelete