Tautan Ukhwah

Tuesday, February 28, 2012

Al-Quddus (Maha Suci)

                                                                 
 Bismillahirrahmanirrahim,

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Jumuah, ayat 1:

“Sentiasalah bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, yang Maha Suci, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Assalamualaikum w.b.t,

Pada kali ini, ana tertarik nak berbicara mengenai Al-Quddus (Maha Suci).

Ingat lagi tak kisah pembelahan dada Rasulullah s.a.w oleh Ruhul Amin?

Dah berkerut dahi kita sambil pikir kan?

Tak pe..mari kita ingat kembali kisah ini..

          Rasulullah s.a.w tinggal di rumah Bani Saad dari kecil hingga berumur 5 tahun. Pada umur baginda umur 5 tahun inilah, Allah memerintahkan kepada Ruhul Amin iaitu Jibril untuk menemui Muhammad bin Abdullah dan membelah dadanya, mencuri hatinya dengan rahmat dan mengeringkan dengan cahaya.

          Rasulullah s.a.w selalu pergi ke tempat penggembalaan bersama saudara susuannya. Pada suatu tengah hari, saudaranya itu berlari dalam ketakutan dan menangis sambil berteriak. Saudaranya ini telah mengatakan bahawa Muhammad diambil oleh 2 orang lelaki yang berbaju putih lalu kedua-dua orang itu menelentangkannya dan membelah dadanya.

          Halimah yang mendengar cerita itu amat terkejut dan terus mencari Muhammad. Baginda ditemui sedang duduk di atas tanah, wajahnya pucat dan kedua-dua matanya merah. Haliah terus mencium Muhammad dengan lembut dan kasih sayang.

Halimah bertanya,”Apa yang terjadi?”

Muhammad menjawab,”Ketika sedang memperhatikan kambing biri-biri yang bermain, aku dikejutkan dengan kedatangan 2 orang yang berpakaian putih yang tidak aku kenal. Mula-mula aku menyangka mereka adalah burung yang besar tetapi ternyata aku salah. Salah seorang dari mereka berkata kepada temannya seraya menunjuk kepadaku, ‘Apakah ini anaknya?’ Yang lain menjawab,’Benar’. Aku merasakan ketakutan yang luar biasa lalu mereka membawaku, menidurkanku dan membelah dadaku. Mereka mengambil sesuatu dari dalam dadaku dan membuangnya jauh-jauh. Setelah itu, mereka hilang dalam bayangan.”

*****

Allahuakbar..

Lihatlah betapa Allah mempersiapkan Muhammad sejak kecil dan baginda mewarisi sifat Allah iaitu terpelihara dan sifat kesucian. Kebersihan (hati, batin dan lain-lain) Allah s.w.t ini adalah kesucian yang tidak akan mengalami perubahan, tidak akan tersentuh oleh kekotoran, terus-menerus terpuji serta kekal.

Para pembaca yang dirahmati Allah,

          Mensucikan Allah adalah bentuk ibadah yang paling agung dan merupakan bentuk ibadah seluruh penghuni langit dan bumi. Tidak ada satupun yang ada di alam ini selain jin dan manusia yang kafir, kecuali mereka bertasbih kepada Allah.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra, ayat 44:

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Tak ada satupun melainkan bertasbih dan memuji-Nya. Tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.”

Manusia sebagai makhluk yang mulia diciptakan Allah dengan segenap sifat-sifat kemuliaan sebagai khalifah di muka bumi ini. Jadi, tidak ada lagi alasan yang kuat untuk kita tidak memuliakan Allah dengan tasbih dan zikir al-Quddus ini kerana hakikat yang sesungguhnya dari mensucikan Allah itu adalah mensucikan diri sendiri secara zahir dan batin.

Sebagai ikhtiar, tasbih dan zikir dengan agungkan kesucian Allah melalui nama Quddus ini bererti secara aktif kita sebagai manusia selalu berusaha dan terus menerus berbuat secara ikhlas menebar kebaikan dan menumbuhkan kebaikan itu dalam diri. Tambahan itu, dapat membimbing hati untuk membangun prasangka yang baik.




Ayuh…..tebarkan kebaikan…

Ayuh…..sucikan hati kita…

Ayuh…jadi generasi perindu Syurga..

Ayuh…menggapai redhaNya..

Ayuh…mengejar cintaNya..

Wallahualam.

Thursday, February 23, 2012

Ayuh..Ziarah Orang Sakit

                                                             

Bismillahirrahmanirrahim,

Penulis membuka kalam dengan sebuah hadis Riwayat Muslim,no 2658.

          Tsauban (hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w) meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia berada di taman syurga sehingga dia kembali.”

          Jabir bin Abdillah juga ada mengatakan, “Aku mendengar Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa menziarahi orang sakit, maka dia telah menyelam di dalam rahmat, hingga ketika dia duduk, maka dia tenang di dalamnya.”

Pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

          Jika kita lihat hadis di atas, ia menerangkan keutamaan menziarahi orang sakit dan pahala yang akan diperolehi oleh si penziarah.

Apakah manfaat menziarahi orang sakit?

1- Mententeramkan hati si pesakit.
Apabila kita menziarahi pesakit, ucaplah kata-kata semangat buatnya agar dia lebih rasa untuk berusaha sembuh dengan kuasa-Nya. Namun, setengah dari kita, ada yang tidak memberi harapan kepada pesakit. Misalnya, orang itu baru sahaja kemalangan dan kakinya luka teruk. Tapi si penziarah cakap begini kepada pesakit..”emm..dh xde harapan dah kaki awak nie..mesti kena potong punya la..”
Allah…kita buat pesakit lebih rasa takut dan hilang harapannya untuk sembuh walaupun hakikatnya, mungkin kakinya terpaksa dipotong untuk keselamatan diri pesakit. Tetapi kita as penziarah tidak perlu bercakap sebegitu, malah kita sepatutnya memberi pesakit harapan dan mendoakannya.

                                                              

2-Mengambil tahu apa yang diperlukannya.
Seharusnya kita mengambil tahu apa yang diperlukan pesakit. Mungkin ketika menziarahinya, pesakit lapar atau dahaga…Kita boleh sediakan makanan kepada pesakit. Namun, kadang-kadang terbalik..pesakit pulak yang bangun dan sediakan juadah kepada kita. Allah….Kesian pesakit itu.

3- Mengambil pengajaran dari penderitaan yang dialaminya.
Apabila kita melihat orang yang tengah sakit, kita boleh bermuhasabah seketika. Kadangkala apabila sakit, ibadah pun berkurang dan perlukan semangat yang kuat untuk melakukan ibadah dalam keadaan sakit. Cuba bayangkan jika kita berada di tempatnya? Sanggup ke tidak? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segalanya.

          Konklusinya di sini, menziarahi orang sakit mempunyai banyak manfaatnya. Namun, harus diingat, menziarahi orang yang sedang sakit juga mempunyai adab-adab yang perlu dijaga. Janganlah kita merasa berat untuk menziarahi orang yang sakit..Ayuh, rajinkan diri kita untuk mendapatkan manfaat dari menziarahi orang sakit. Tapi….jangan pula setelah balik dari melawat orang sakit, kita yang terover sakit….atau pura2… atau berlakon…semata2 nak sakit..hmmm….jangan jadi cam tue yer..

Wallahulam.

Tuesday, February 14, 2012

Jiwa Bahagia

                                                             

Untuk mendapatkan jiwa yang bahagia dalam mengubatinya ada 4 perkara :

1) Berani kepada kebenaran dan takut kepada kesalahan.

2) Tahu rahsia dari pengalaman kehidupan.

3) Pandai menjaga kehormatan batin.

4) Adil walaupun pada diri sendiri.

(Hukamak)

Monday, February 6, 2012

Mencari Kerinduan Dalam Tangisan Air Mata

                                                                               

Assalamualaikum w.b.t,

          Apa khabar iman anda? Moga-moga kita sentiasa meningkatkan ketaqwaan kita dalam meraih cinta-Nya. Alhamdulillah..Allah beri kelapangan kepada ana untuk menulis pada kali ini.

          Petang tadi, ana ada usrah fasilitator ngan MakCik Sabariah di rumahnya. Semasa pengisian dari makcik, kebanyakan dari kami(fc yg memegang usrah adik2), terasa amat mengantuk. Mungkin terlalu penat. Tapi ku cuba sedaya upaya untuk membuka mata dan mengambil intipati dalam pengisian.

          Sedang ku berlawan dengan nafsu tidur, tiba-tiba…ku terdengar esakan tangis yang syahdu. Mataku lantas mencari pemilik esakan tangis tersebut.

          Mataku tertumpu pada wajah makcik Sabariah. Air matanya deras mengalir apabila membicarakan tentang Rasulullah s.a.w. Allahuakbar!!!! Terasa ada batu yang terjatuh ke dadaku..

          Betapa Makcik menghalusi sirah Nabi s.a.w sehingga mengalir air matanya yang jelas kepadaku Makcik amat mencintai Rasulullah s.a.w. Ku terfikir sejenak…menghalusi jiwa remaja ini..Bagaimana dengan diri ini? Apakah yang ku rasakan dek nama Rasulullah s.a.w disebut?

          Ku tetap menatap wajah Makcik dengan sepenuh jiwaku..cuba menghalusi apa yang ingin disampaikan. Banyak perkara yang makcik sentuhkan. Antaranya adalah bagaimana persiapan manusia untuk mendapatkan syurga-Nya? Jika dibandingkan dengan pelajar misalnya..bukan mudah untuk mendapatkan ‘A’. Namun, untuk mendapatkannya, ia memerlukan usaha yang gigih dan tekun. Akhirnya, ramai yang dapat mengecapinya. Persoalannya, berapa ramai manusia sekarang yang gigih dan tekun dalam usaha untuk mendapatkan syurga-Nya..cinta-Nya..redha-Nya?

          Kata-kata Makcik amat menusuk kalbu ini. Jiddiyah!!! Kena sentiasa tekun dan gigih dalam apa jua sekalipun. Kematian tidak menunggu kita….

          Selesai usrah, tangisan makcik terngiang-ngiang di mindaku. Ku tetap mencari tentang Rasulullah s.a.w dengan lebih mendalam. Walaupun sebenarnya, dalam subjek2ku ada dipelajari tentang baginda….Ku betul2 nak rasa feeling apabila menyebut nama Rasulullah s.a.w.

          Ku melayari internet..tiba2…ku terdengar selawat ke atas Nabi. Ku mencari dari manakah selawat itu kedengaran. Rupa-rupanya dari surau yang berdekatan dengan asramaku. Setitis demi setitis air mataku mengalir…syahdunya….Ya Rasulullah…Ya Habiballah…

          Bibirku tersenyum gembira…ku benar2 tersentuh..ku kuatkan memoriku tentang Rasulullah dengan membaca biografi baginda berulang kali…Ku bahagia dalam kerinduan yang mendalam terhadap Baginda..

          Namun, ku tahu, tidak cukup untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadap Baginda dengan sekadar selawat dan menyambut hari kelahiran Baginda, malah lebih dari itu. Sikap dan peribadi mulia Baginda haruslah diikuti kerana ia memandu manusia ke arah jalan yang benar, ke arah mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

          Mencintai Baginda adalah wajib kerana itu tandanya ada iman dalam diri kita. Ayuh…buktikan cinta kita kepada Allah & Rasul-Nya…

Muhasabah diri…

Hadis Rasulullah s.a.w: “ Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”.

- Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?

- Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?

- Apakah ilmu Allah yang telah disebari?

- Kemanakah rezeki Allah telah dibelanjakan?

- Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?

-Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri
Yang akan menutup mata sebentar lagi
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali

Ya Rasulullah, Ya Habibullah..
Tangisanku mengharap syafaatmu
Siapalah aku di sisimu.

Ya Rasulullah, Ya Habibullah..
Wahai kecintaanku,
Kerinduanku semakin membara.

Betapa banyak dosa yang ku bawa nanti..
Semoga tiada kecewa duhai Junjunganku.

Wassalam. Walllahualam.
Siti Nabilah Azman,
1.36 a.m.,6/2/2012