Sumayyah binti Khabath adalah seorang sahabat & pengikut Rasulullah
s.a.w. Dia adalah ibu dari sahabat Ammar Ibnu Yasir & merupakan wanita
pertama yang syahid dalam Islam. Kaum Musyrik Mekah membawa Sumayyah beserta
anak dan suaminya ke padang pasir gersang yang amat panas.
Mereka diseksa dengan
pelbagai bentuk seksaan yang amat pedih dan keji. Saat itu, Rasulullah s.a.w
melewati Ammar dan ibubapanya. Sementara mereka menyeksanya di padang pasir
Mekah, Rasulullah s.a.w berdoa,
“ Semoga kesabaran ditetapkan kepada keluarga Yasir, sesungguhnya tempt
yang dijanjikan buat kamu adalah syurga”.
Ammar dan bapanya
menebus seksaan dengan mengucapkan kalimah kufur, sementara hati keduanya tetap
pada keimanan. Allah s.w.t. telah memaafkan keduanya dengan firman-Nya dalam
Surah An-Nahl ayat 106 yang bermaksud:
“ ….kecuali orang-orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang
dalam keimanan….”
Lain halnya dengan
Sumayyah yang tetap berpegang teguh pada kesabarannya dengan risiko menjalani
pelbagai seksaan. Dia menolak untuk mengucapkan kalimah kufur dan kaum musyrik
Mekah membunuhnya. Abu Jahal menghujamkan mata tombak ke dadanya dan akhirnya,
Sumayyah tercatat sebagai wanita pertama yang syahid dalam Islam.
Lirik lagu Sumayyah-Hijaz
dalam
diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…
padang pasir menjadi saksi ketabahan
keluarga itu
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah…..
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah…..
sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…
darahmu menjadi sumbu pelita iman
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah…
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah…
sumayyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteSahabatku sayang, jazakillah atas perkongsian ini..
Jom kita jadi seperti Sumayyah, teguh dgn pendiriannya.. ^_^
~permata yang dicari~
Allahurabbi.....kekuatan & kemanisan iman....
ReplyDeletewafazinnirah92:
ReplyDeletewaalaikumuslm..
jom sama2 teguhkan iman...
moga Allah mudhkn segalanya..
Bulan Syurga Firdausi:
ReplyDeleteyer..marilah kita sma2 mntpkan iman kita...
iman adalah sebaik2 nikmat dlm khidupan ini.