Tautan Ukhwah

Sunday, January 8, 2012

Istighfar Untuk Membersihkan Hati

                                                               

                                           
Assalamualaikum,

Bacalah dengan Bismillahirrahmanirrahim..

          Alhamdulillah, terima kasih Allah, I love U, Allah…atas semua nikmat yang Kau berikan kepadaku. Namun, ku masih banyak melakukan dosa kepadaMu. Kerap ku tangisi dengan sikapku…Acapkali istighfar disebut di bibirku…

Istighfar Untuk Membersihkan Hati

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Dari Agharr al-Muzni r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya masuk kotoran ke dalam hatiku, dan sesungguhnya aku mohon ampun kerana Allah seratus kali setiap hari.”
(HR. Muslim)

          Mengenai ‘kotoran hati’ yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, para ulama dan ahli ma’rifat menjabarkannya dengan berbagai penjelasan. Salah satunya adalah perubahan yang terjadi dalam hati dan munculnya sedikit kekurangtawajuhan (konsterasi dan ingat) kepada Allah s.w.t. dalam diri Rasulullah s.a.w disebabkan kesibukan baginda dalam mengatur urusan dakwah, jihad dan kepentingan umat lainnya sehingga perubahan seperti ini digambarkan oleh baginda sebagai kotoran.

          Walaupun kesibukan dalam mengurus kepentingan umat, urusan dakwah dan jihad tetap merupakan ibadah yang besar. Namun kurang perhatian baginda kepada Rabbnya serta terpengaruhnya hati baginda oleh perkara-perkara tersebut digambarkan oleh baginda sebagai kotoran hati, dan untuk menghilangkannya baginda sentiasa beristighfar setiap hari minima 70 hingga 100 kali.

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Maka, bagaimana pula pentingnya orang seperti kita yang setiap saat selalu berlumuran noda dan dosa agar beristighfar sebanyak mungkin setiap hari. Bahkan beristighfar setiap hari itu adalah kewajipan yang harus sentiasa dilakukan.
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya seorang mukmin apabila melakukan suatu dosa, maka lekatlah satu titik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat dan meminta ampun, maka hatinya kembali menjadi bersih, jika (tidak bertaubat dan beristighfar,bahkan) ia menambah dosa, maka bertambahlah titik hitam itu, sehingga menutup hatinya. Demikianlah titik hitam yang disebutkan oleh Allah s.w.t. sebagai ruang (kegelapan) dalam firman-Nya yang bermaksud: “ Sesekali tidaklah begitu, bahkan apa yang mereka perbuat itu telah menggelapkan hati mereka.”
(HR. Ahmad dan Tirmizi)

          Dari hadis riwayat Agharr Al-Muzni ini dapat diketahui bahwa maksudnya kotoran hati itu disebabkan perhatian kepada selain Allah s.w.t sedangkan dari hadis riwayat Abu Hurairah diketahui bahawa hati menjadi gelap disebabkan perbuatan dosa. Untuk menghilangkan kotoran dan kegelapan hati inilah Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada kita agar beristighfar sebanyak-banyaknya. Oleh kerana itu, bila saja dosa terjadi, maka cepat-cepatlah kita beristighfar.

          Sedangkan orang-orang yang tidak beristighfar, maka hati mereka menjadi gelap dan berkarat sehingga sampai tidak merasakan keinginan beramal baik dan hilangnya perasaan ini merupakan kebinasaan. Bergaul dan berjumpa dengan ramai manusia, terutama orang-orang fasiq dan jahat adalah penyebab rosaknya hati.

          Oleh kerana itu, jika duduk bergaul dengan mereka, baik dalam perjalanan, lingkungan tempat tinggal, tempat kerja dan sebagainya, hendaklah membanyakkan istighfar sehingga kesan buruk dalam diri dan perkumpulan mereka hilang serta tidak berpengaruh terhadap hati kita.  

          Marilah kita bertaubat. Kembali bertaubat adalah satu kemajuan, bukan satu kemunduran. Marilah juga kita perbanyakkan istighfar..Moga-moga semangat kita untuk mendapatkan cinta Allah tidak rapuh. Amin.

Wallahualam.





7 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Alhadulillah, terima kasih Allah, I love You Allah..

    Jazakillah Nabilah ku sayang, kerana me'refresh'kan balik apa yang dapat tadi..

    Manusia ini perlu saling diperingatkan agar hatinya bersih dari noda yang menggelap dan mematikan hati..

    Jom kita sentiasa memastikan hati kita sentiasa hendakkan kebaikan kerana itu adalah tanda hati yang bersih dari noda(dosa)..

    Minta izin pada Allah untuk memiliki hati yang bersih.. =)

    uhibbuki fillah ya Nabilah..=)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. wafa zinnirah92:
    Waalaikumslm shbtku syg..
    jazakillah sdui ziarah di post ni...
    moga2 hati kita bersih dr noda..nak Allah syg pada kita, tinggalkan dosa..
    uhibbuki aidhon..^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..terima kasih atas ilmu yg baru ni :)

    ReplyDelete
  4. Bulan Syurga Firdausi:

    Alhamdulillah..terima kasih ya Allah..I love u Allah..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...same2..
    singgah ziarah awk :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Alhamdulilah..Terima Kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengetahuan.

    Semoga ALLAH memberkati mu. Aminnn...

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas information serba sedikit untuk di kongsi...Alhamdulillah..

    ReplyDelete