Menangis adalah kelembutan yang bersarang di hati
berpunca dari rasa takut, cemas, sayang, rindu atau sedih yang pengaruhnya memberi
kesan pada jiwa hingga bersimbahlah air mata.
Ibnu Qayim
telah meneliti permasalahan tangisan. Dia mengkategorikannya ke dalam
jenis-jenis di bawah :
1- Tangisan rahmat dan kasih sayang.
2- Tangisan takut dan belas kasihan.
3- Tangisan cinta dan rindu.
4- Tangisan gembira dan bahagia.
5- Tangisan putus asa.
6- Tangisan kesedihan.
7- Tangisan kelemahan dan ketidakupayaan.
8- Tangisan kemunafikan.
9- Tangisan kepalsuan.
10- Tangisan persetujuan.
Tidakkah
anda mengetahui wahai saudaraku, bahawa di antara 7 golongan yang Allah s.w.t
lindungi di dalam naungan Allah pada hari di mana tidak ada tempat bernaung
terkecuali naungan-Nya, iaitu seorang lelaki yang berzikir kepada Allah di
tempat sunyi lalu kedua-dua air matanya dibasahi air mata ?
Tidakkan
anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w yang menjadi makhluk teragung menangis
semasa menghadapi beberapa peristiwa. Bukankah kedua-dua mata air baginda
selalu bersimbah kerana takut dan khuatir terhadap nasib umatnya setiap kali
baginda membaca Al-Quran ?
Jika
anda rasa ingin menangis, maka cubalah menangis! Tangisan tidak mengurangkan
kemampuan anda. Bahkan sebaliknya hati anda akan berasa tenang dan perasaan
anda akan terasa damai.
“ Ketika seseorang menangis, dia telah mengeluarkan
semua beban yang berhimpitan di dalam hatinya, baik itu emosi kesusahan hati
ataupun kesedihan jiwa.”
Sumber
: Hikmah Terapi Air Mata, Hasan
bin Muhammad Ba’Mu’aibid.
Assalamualaikum wbt shbt sedakwahku syg.. ^^
ReplyDeleteAir mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka.. Hebatnya penangan air mata ini.. ^^
Jangan kita sia-siakan air mata dengan perkara yang tidak mendekatkan diri kpd Allah, ia kan menjadi rugi bersar!!
Uhibbuki fillah fi dunia wal akhirat.. ^_^
~permata yang dicari~
Waalaikumsalam..
ReplyDeletebtol tue..jazakilah atas perkongsian..
air mata yang berharga adalah air mata taubat..
uhibbuki fillah aidhan..^_^
mmm menangis.air mata pun makhluk Allah...
ReplyDeleteBulan Syurga Firdausi:
ReplyDeleteyer..jazakallah atas perkongsiannya..
Berilah tangisan keinsafan...
ReplyDeleteAnas ra. berkata: Rasulullah saw bersabda di dalam satu khutbahnya: "Andaikata kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kau akan sedikit ketawa dan banyak menangis."
Anas ra. berkata lagi: "Seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak."
alhamdulillah..perkongsian yang menarik..^^
ReplyDeleteabuikhwan :
ReplyDeleteAllahuakbar...jazakallah atas perkonsian ini..sungguh mnyentuh jiwa..-muhasabah-
Falha IbTisam :
ReplyDeleteinsyaallah..mari kita muhasabah diri..moga dirimu jua sntiasa dlm ksh sygNya.
Assalamualaikum wbt...jazakillah atas perkongsian ini,semoga ia bermanfaat buat sesiapa yang membaca dan menyampaikannya.. ^_^
ReplyDeleteWaalaikumslm...
ReplyDeleteamin..moga ia bermanfaat kpd semua...
Assalamualaikum.. Saya Mohon Share Untuk Di Postkan Di Blog Saya..
ReplyDelete~dhani174.blogspot.com~