Tautan Ukhwah

Sunday, January 29, 2012

Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Masa 1 Minit?

                                                             
Satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit-minit kehidupan kita. Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim dan muslimat.

1 – Dalam 1 minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-Fatihah.
Dikisahkan suatu ketika Rasulullah s.a.w melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgahsana Allah s.w.t. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al-Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah s.a.w melihat seluruh isi Al-Quran. Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?” Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu syurga akan dibuka baginya”. Bayangkan dengan 7 kali bacaan.

2 – Dalam 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas.
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “ Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al-Ikhlas?”. Jibril As menjawab “ Para Malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al-Quran : sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3 – Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) sebanyak 50 kali.

4 – Boleh memohon keampunan dari Allah s.w.t dengan menyebut Astaghfirullah Al-Azim 100 kali.

5 – Boleh menyebut kalimah “Alhamdulillah” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali.

6 – Boleh menyebut Subhan Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa la ila ha ill-Allah, Wa Allahu Akbar sebanyak 18 kali.

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang kita dapat lakukan?


Mungkin semasa memandu?

Mungkin sebelum tidur?

Mungkin semasa duduk?

Mungkin semasa menunggu kawan?

Mungkin semasa tunggu bas?

Mungkin ketika berjalan?


Sesungguhnya Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah-Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati-Nya. Mari manfaatkan masa yang masih ada..jangan sia-siakan..-Muhasabah diri-

Wallahualam.

Friday, January 27, 2012

10 Jenis Tangisan

                                                                               

Menangis adalah kelembutan yang bersarang di hati berpunca dari rasa takut, cemas, sayang, rindu atau sedih yang pengaruhnya memberi kesan pada jiwa hingga bersimbahlah air mata.

          Ibnu Qayim telah meneliti permasalahan tangisan. Dia mengkategorikannya ke dalam jenis-jenis di bawah :

1- Tangisan rahmat dan kasih sayang.

2- Tangisan takut dan belas kasihan.

3- Tangisan cinta dan rindu.

4- Tangisan gembira dan bahagia.

5- Tangisan putus asa.

6- Tangisan kesedihan.

7- Tangisan kelemahan dan ketidakupayaan.

8- Tangisan kemunafikan.

9- Tangisan kepalsuan.

10- Tangisan persetujuan.

                                                   

          Tidakkah anda mengetahui wahai saudaraku, bahawa di antara 7 golongan yang Allah s.w.t lindungi di dalam naungan Allah pada hari di mana tidak ada tempat bernaung terkecuali naungan-Nya, iaitu seorang lelaki yang berzikir kepada Allah di tempat sunyi lalu kedua-dua air matanya dibasahi air mata ?

          Tidakkan anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w yang menjadi makhluk teragung menangis semasa menghadapi beberapa peristiwa. Bukankah kedua-dua mata air baginda selalu bersimbah kerana takut dan khuatir terhadap nasib umatnya setiap kali baginda membaca Al-Quran ?

          Jika anda rasa ingin menangis, maka cubalah menangis! Tangisan tidak mengurangkan kemampuan anda. Bahkan sebaliknya hati anda akan berasa tenang dan perasaan anda akan terasa damai.

“ Ketika seseorang menangis, dia telah mengeluarkan semua beban yang berhimpitan di dalam hatinya, baik itu emosi kesusahan hati ataupun kesedihan jiwa.”


Sumber : Hikmah Terapi Air Mata,  Hasan bin Muhammad Ba’Mu’aibid.

Sunday, January 22, 2012

Luahan Si Sahabat

                                                                 



Ribuan jalan telah kita lewati

Berbagai rintangan telah kita lalui

Penuh wewangian bunga mahupun bertabur duri

Penuh suka mahupun duka di hati



Semua bukanlah sekadar kenangn

Semua bukanlah sekadar renungan

Saat kita dalam kebersamaan

Dalam suka mahupun pengorbanan



Namun, kita telah tahu

Kita tak selamanya bersatu

Menempuh jalan hidup yang bertabur debu

Bertabur dedaunan yang tak pernah tersapu



Saat berpisah harus menyapa

Ku tak ingin kau teteskan air mata

Ku tak ingin kau berduka

Kerana hati kita kan tetap bersama



Sahabatku tercinta!!

Inilah hidup

Kadang kita membuka

Suatu saat kita kan menutup




Sahabatku tercinta!!

Ku ingin kita kembali bersama

Di saat harta tak lagi berguna 

Bukan Atas apa atau dasar apa kita menjadi seorang sahabat

Tapi itu dari hati,,,,,

Ketulusan untuk berbagi dan membagi

Menyejukkan bukan membekukan,,,,

Menghangatkan bukan memberi rasa panas,,,



Sahabat adalah,,,

Seseorang yang paling tahu hal buruk dalam diri kita,,,

Seseorang yang selalu marah saat kita berbuat salah,,,

Seseorang yang selalu berusaha melukiskan senyum dibibir kita

Seseorang yang selalu meminjmkan bahu untuk bersandar



Persahabatan itu ibarat tangan dan mata

Saat tangan terluka mata menangis

Dan saat mata menangis tangan mengusap air mata








Sunday, January 8, 2012

Istighfar Untuk Membersihkan Hati

                                                               

                                           
Assalamualaikum,

Bacalah dengan Bismillahirrahmanirrahim..

          Alhamdulillah, terima kasih Allah, I love U, Allah…atas semua nikmat yang Kau berikan kepadaku. Namun, ku masih banyak melakukan dosa kepadaMu. Kerap ku tangisi dengan sikapku…Acapkali istighfar disebut di bibirku…

Istighfar Untuk Membersihkan Hati

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Dari Agharr al-Muzni r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya masuk kotoran ke dalam hatiku, dan sesungguhnya aku mohon ampun kerana Allah seratus kali setiap hari.”
(HR. Muslim)

          Mengenai ‘kotoran hati’ yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, para ulama dan ahli ma’rifat menjabarkannya dengan berbagai penjelasan. Salah satunya adalah perubahan yang terjadi dalam hati dan munculnya sedikit kekurangtawajuhan (konsterasi dan ingat) kepada Allah s.w.t. dalam diri Rasulullah s.a.w disebabkan kesibukan baginda dalam mengatur urusan dakwah, jihad dan kepentingan umat lainnya sehingga perubahan seperti ini digambarkan oleh baginda sebagai kotoran.

          Walaupun kesibukan dalam mengurus kepentingan umat, urusan dakwah dan jihad tetap merupakan ibadah yang besar. Namun kurang perhatian baginda kepada Rabbnya serta terpengaruhnya hati baginda oleh perkara-perkara tersebut digambarkan oleh baginda sebagai kotoran hati, dan untuk menghilangkannya baginda sentiasa beristighfar setiap hari minima 70 hingga 100 kali.

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Maka, bagaimana pula pentingnya orang seperti kita yang setiap saat selalu berlumuran noda dan dosa agar beristighfar sebanyak mungkin setiap hari. Bahkan beristighfar setiap hari itu adalah kewajipan yang harus sentiasa dilakukan.
Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya seorang mukmin apabila melakukan suatu dosa, maka lekatlah satu titik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat dan meminta ampun, maka hatinya kembali menjadi bersih, jika (tidak bertaubat dan beristighfar,bahkan) ia menambah dosa, maka bertambahlah titik hitam itu, sehingga menutup hatinya. Demikianlah titik hitam yang disebutkan oleh Allah s.w.t. sebagai ruang (kegelapan) dalam firman-Nya yang bermaksud: “ Sesekali tidaklah begitu, bahkan apa yang mereka perbuat itu telah menggelapkan hati mereka.”
(HR. Ahmad dan Tirmizi)

          Dari hadis riwayat Agharr Al-Muzni ini dapat diketahui bahwa maksudnya kotoran hati itu disebabkan perhatian kepada selain Allah s.w.t sedangkan dari hadis riwayat Abu Hurairah diketahui bahawa hati menjadi gelap disebabkan perbuatan dosa. Untuk menghilangkan kotoran dan kegelapan hati inilah Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada kita agar beristighfar sebanyak-banyaknya. Oleh kerana itu, bila saja dosa terjadi, maka cepat-cepatlah kita beristighfar.

          Sedangkan orang-orang yang tidak beristighfar, maka hati mereka menjadi gelap dan berkarat sehingga sampai tidak merasakan keinginan beramal baik dan hilangnya perasaan ini merupakan kebinasaan. Bergaul dan berjumpa dengan ramai manusia, terutama orang-orang fasiq dan jahat adalah penyebab rosaknya hati.

          Oleh kerana itu, jika duduk bergaul dengan mereka, baik dalam perjalanan, lingkungan tempat tinggal, tempat kerja dan sebagainya, hendaklah membanyakkan istighfar sehingga kesan buruk dalam diri dan perkumpulan mereka hilang serta tidak berpengaruh terhadap hati kita.  

          Marilah kita bertaubat. Kembali bertaubat adalah satu kemajuan, bukan satu kemunduran. Marilah juga kita perbanyakkan istighfar..Moga-moga semangat kita untuk mendapatkan cinta Allah tidak rapuh. Amin.

Wallahualam.





Friday, January 6, 2012

Sumayyah binti Khabath

                                                             

Sumayyah binti Khabath adalah seorang sahabat & pengikut Rasulullah s.a.w. Dia adalah ibu dari sahabat Ammar Ibnu Yasir & merupakan wanita pertama yang syahid dalam Islam. Kaum Musyrik Mekah membawa Sumayyah beserta anak dan suaminya ke padang pasir gersang yang amat panas.

            Mereka diseksa dengan pelbagai bentuk seksaan yang amat pedih dan keji. Saat itu, Rasulullah s.a.w melewati Ammar dan ibubapanya. Sementara mereka menyeksanya di padang pasir Mekah, Rasulullah s.a.w berdoa,

“ Semoga kesabaran ditetapkan kepada keluarga Yasir, sesungguhnya tempt yang dijanjikan buat kamu adalah syurga”.

            Ammar dan bapanya menebus seksaan dengan mengucapkan kalimah kufur, sementara hati keduanya tetap pada keimanan. Allah s.w.t. telah memaafkan keduanya dengan firman-Nya dalam Surah An-Nahl ayat 106 yang bermaksud:

“ ….kecuali orang-orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dalam keimanan….”

            Lain halnya dengan Sumayyah yang tetap berpegang teguh pada kesabarannya dengan risiko menjalani pelbagai seksaan. Dia menolak untuk mengucapkan kalimah kufur dan kaum musyrik Mekah membunuhnya. Abu Jahal menghujamkan mata tombak ke dadanya dan akhirnya, Sumayyah tercatat sebagai wanita pertama yang syahid dalam Islam.

Lirik lagu Sumayyah-Hijaz
dalam diri selembut sutera kau miliki iman yang teguh
kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dgn berani
walaupun jasadmu milik tuan tetapi hatimu milik Tuhan…
padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
tika suami dan anak dibaring menghadap mentari
disuruh memilih iman atau kekufuran
samar jahiliah atau sinaran akidah…..
sabarlah keluarga yasir
bagimu syurga disana
dan kau pun tegar memilih syurga
walau terpaksa mengoban nyawa
lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
namun iman didadamu sedikit tidak berubah…
darahmu menjadi sumbu pelita iman
sumayyah kaulah lambang wanita solehah
tangan yang disangka lembut menghayun buaian
menggoncang dunia mencipta sejarah…
sumayyah kau dibunuh didunia sementara
untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
kaulah wanita terbaik
sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah…

Sunday, January 1, 2012

Tebarkan Salam

                                                                 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

          Bagaimana iman anda sekarang? Adakah ia semakin meningkat atau menurun? Ada perubahan tidak? Apapun jawapannya terdapat dalam diri anda sendiri. Jangan biarkan iman kita terkubur dalam kemaksiatan kita, bertaubatlah sebelum terlambat.

Pembaca yang dikasihi Allah,

          Dalam kehidupan ini, banyak rintangan yang datang. Kadangkala otak berfikir akan tenggelam dalam mehnah berduri yang penuh berbisa, hati pula sedang berbisik-bisik mencari tenaga untuk timbul dengan kekuatan bagi menghadapi mehnah berduri itu. Tapi semuanya terasa indah apabila meletakkan semua pergantungan kepada-Nya.

          Apabila kita diuji sesuatu oleh-Nya, janganlah kita menerbitkan masalah kita dengan bermasam muka, tidak menegur orang sekeliling sehingga menampakkan yang kita kurang bersabar dan tidak dapat menerima ujian dari Allah.

          Tetapi bagi kita yang melihat orang sedemikian, seeloknya marilah kita menegur dulu dengan memberi salam dan senyuman. Berkemungkinan si dia akan menjawabnya dan membalas senyuman kita. Maka, insyaallah emosinya sedikit banyak akan berubah ke arah positif.

 Salam maksudnya mengigatkan  (zikir) Allah dan mengigatkan diri. Ungkapan kasih sayang antara sesama Muslim adalah doa yang istimewa dan pernyataan atau pemberitahuan yang ‘anda aman daripada bahaya tangan dan lidahku’. Mulai sekarang, jangan berpisah dengan ucapan “Assalamualaikum” sebab kelebihannya sangat hebat. Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Salam adalah salah satu asma (nama) Allah yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah. Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam”. ( Musnad Al-Bazar, Al Mu’jam Al-Kabir oleh AT Tabrani).

Sabda Nabi: “Orang2 yg mendahului salam terlepas daripada sifat sombong, bongkak, dan tinggi diri”.

Sabda Rasulullah s.a.w:”Wahai manusia, sampaikanlah salam, berikanlah salam dan solatlah diwaktu malam, diwaktu org2 lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”.

Sabda Rasulullah s.a.w:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh dilihat di luar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia”.

Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, utk siapakah kamar2 itu?”

Sabda Rasulullah s.a.w: “ Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan, bagi org yg memberi makan, bagi org yg selalu berpuasa, bagi org yg mengerjakan solat malam ketika org lain tidur”.

Bertanya pula sahabat: “Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu Ya Rasulullah?”

Sabda Rasulullah s.a.w:”Akan aku terangkan kepada kamu semua”

1- Barangsiapa bertemu dengan saudaranya (semua org Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2- Barangsiapa yg memberi makan ahli keluarga/anak isterinya hingga kenyang, maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

3- Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal ( selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4- Barangsiapa solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.
                                              
Sabda Rasulullah s.a.w:”Barangsiapa yang berbicara sebelum salam, maka janganlah kamu jawab”.

Ibnu Abas ra berkata:”Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: “ Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya.”

Adab memberi dan menjawab salam:

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap2 sesuatu”. (An-Nisa:86)

Pembaca yang budiman,

          Akhir kalam, ingatlah tidak ada kebaikan kepada Allah melainkan melalui kebaikan sesama manusia. Memberi salam kepada orang lain mengundang kesejahteraan daripada Allah.

Wallahualam.