Tautan Ukhwah

Thursday, December 20, 2012

Puisi Buat Ukhtiku Sayang..


                                                                         

Ukhtiku sayang..
Apa khabar dirimu?
Tersenyumku seketika pabila mengenangkanmu,
Pertemuan antara kita penuh bermakna.

Ukhtiku sayang..
Bermulanya kasih dengan terukirnya senyuman,
Senyuman yang bukan dipaksa,
Namun lahir dari hati yang suci.

Ukhtiku sayang..
Walau jarak memisahkan kita,
Hati sentiasa bertaut,
Menguntum kasih di jiwa.

Ukhtiku sayang..
Kehadiranmu melengkapkan diriku sebagai adik,
Meski ku tidak mempunyai kakak,
Namun, kewujudanmu dalam diri ini,
Cukup untuk ku merasakan kasih seorang kakak.

Ukhtiku sayang..
Bicaramu buat ku bahagia,
Gelak tawamu sentiasa ku rindui,
Itulah memori yang menemaniku tatkala merinduimu.

Ukhtiku sayang..
Kau seorang yang periang,
Kau seorang yang ceria,
Kau seorang yang tabah,
Itu yang buat ku kagum denganmu.

Ukhtiku sayang..
Pertemuan singkat antara kita,
Membenihkan ukhwah yang indah,
Inilah hadiah Allah kepadaku.

Ukhtiku sayang..
Ku memohon ampun andai ada mengguriskan hatimu,
Ku pohon agar ikatan ukhwah antara kita berkekalan,
Ku doakan dirimu sentiasa dalam kasih sayang-Nya.



Ukhtiku sayang..
Ketahuilah bahawa ku amat menyayangimu,
Ketahuilah bahawa ku amat merinduimu,
Ketahuilah bahawa ku amat mengasihimu.

Ukhtiku sayang..
Ku harap dikau terus melangkah mengejar redha-Nya,
Ku harap dikau terus bersemangat dalam meraih cinta-Nya,
Ku harap dikau terus menyayangiku sebagai adik,
Meski ku tidak sebaik mana.

*Nukilan ini ku lakarkan sendiri, walau tidak seindah mana, namun ku harap ukhti menerima puisi ini dengan gembira.
Khas ku lakarkan buat ukhti Nurul Wahidah Rosli. Jazakillah atas segala-galanya. Nabilah sayangkan kak Wahidah. ^_^

Sunday, December 16, 2012

Si Kecil VS Kesabaran

                                                                   

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ditujukan buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Jangan lupa doa saudara kita di Palestin.

Jom istighfar jap..
Astaghfirullal a’zim….(3x)

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Adakah kalian mempunyai adik-adik yang berusia 6 tahun hingga 12 tahun? Jika YA, insyaallah, pasti kalian dapat memahami apa yang ingin ku kongsikan pada kali ini.Jika TIDAK, kalian mungkin juga memahami jika ada sepupu atau anak buah yang berusia seperti ini.

          Untuk pengetahuan semua, diriku ini, tidak adik perempuan, adik-adikku semuanya lelaki. Nah, suatu hari, ku dimaklumkan oleh Ustazah Mariah agar menjadi fasilitator Kem Smart Solat (KSS) di kampusku selama 5 hari berturut-turut dari hari Ahad-Khamis. Pesertanya kanak-kanak berusia 6-12 tahun.

          Alhamdulillah, dapat peluang jadi fc buat adik-adik yang comel ini. Cuma, ada suatu hari yang membuatku terjaga dari lamunan bahawa ‘kelembutan tidak akan tertewas dengan kekerasan’.

*********
Hari Selasa…..

          Hari ini, ku tiada kekuatan untuk menjadi seorang fc yang bersemangat dek kerana dari hari Isnin, ku keracunan makanan. Tak bermaya tubuhku. Namun, ku gagahkan jua untuk bertemu dengan adik-adik kem smart solat.

          Ada suatu ketika, Ustaz memberi kumpulan kepada setiap fc untuk ajar adik-adik hafal seperti tahiyat, doa qunut dan sebagainya. Ku diarahkan untuk menjaga 4 orang adik perempuan yang berusia 7-9 tahun. Bilangannya sedikit agar memudahkan fc menfokuskan kepada peserta dalam hafalannya.

          Ku melangkah menuju ke kumpulanku. Subhanallah, comel-comelnya adik-adik ini. Ku memberi salam, dan duduk di tepi mereka. Belum apa-apa, ada yang dah terbaring. Ku cuba mengajaknya bangun tapi tak diendahkannya. Sungguh ku tiada kekuatan lagi, perut masih sakit. Ku mengalihkan pandangan kepada yang lain.

          Ada pula yang dah simpan semua barang. Katanya, nak balik dah. Allahurabbi..berikan ku kekuatan untuk menjaga mereka. Ada pula yang merajuk kerana ku lambat melayannya..Allah……Cubaan apakah ini? Bagaimana ku harus menjaga mereka berempat serentak? Bagaimana ku harus memastikan hafalan mereka berjalan?



          Otakku ligat berfikir. Akhirnya……

“Adik-adik…jom ikut akak…kita jalan-jalan keluar dewan”, kataku kepada mereka.

Allah…..mereka pantas bangun..dan ku minta mereka membawa buku solat.

Di luar dewan….
“ok adik-adik…buka buku..kita hafal yer?”

Respons tiada…ada yang menguap..ada yang bergaduh…menjaga 4 orang..bagiku menjaga 40 orang..Ya Rabb..berikanku kekuatan..ku masih lemah..sakit dirasa. Ku cuba tahan, agar adik-adik tidak perasan yang ku kurang sihat.

“adik-adik…siapa nak minum air?”

“ Nak ! Nak!..”

“Ustazah..saya pun nak..”(mereka menggelarku ustazah)

Akhirnya..mereka bergaduh.

“Ok..jom ikut akak ke kafe..”

Ku pegang tangan salah seorang daripada mereka.

Tiba-tiba…
Pinggangku diraut oleh adik-adik…
Tanganku dipegang erat…
Subhanallah….
……………………………………..
Tiba di kafe..

“Ustazah..saya nak air kotak..”

Ada pula yang menyahut..”Yer la ustazah..nak jugak..”

“ok..jap..ustazah nak ambil duit..nak p bayar..”

          Setelah beli air kepada mereka, ku mengajak mereka ke ruang depan dewan untuk meneruskan hafalan. Ku membuat gaya agar mereka mudah ikut dan senang hafal. Akhirnya, mereka lakukan dengan baik. Allahuakbar! Terima kasih Allah.

---------------------
Masuk ke dewan..

          Ustaz meminta wakil kumpulan agar tampil ke hadapan untuk menyusun tahiyat yang telah dihafal. Ada adik kumpulanku bangun untuk tampil ke hadapan. Tiba-tiba…..
Satu ciuman singgah di pipiku.

Masyaallah..ku terpana seketika. Akhirnya, 3 adik yang lain datang menghampiriku. Ada yang panjat di belakangku, ada yang di ribaku. Perutku dihimpit..Allahurabbi..sakitnya. Kuatkanlah daku Ya Rabb. Melihat muka mereka, membatalkan  niatku untuk memarahi mereka. Mereka itu permata.

Akhirnya, mereka memohon maaf. Mungkin melihat mukaku yang menahan sakit.

“Ustazah..mintak maaf…”

“Ustazah..nak….”

“nak apa Umairah?”ku bertanya.

“Nak cium ustazah boleh?”

Tersenyum ku bahagia seketika dengan telatah mereka. Mereka duduk sambil memelukku dan ada pula yang bersandar di belakangku. Allah..beginikah perasaan mempunyai anak? Perlu penuh kesabaran dan kasih sayang.

-------------

Ku keluar dewan sekejap kerana ada hal.

Masuk ke dewan. Ada yang buat muka merajuk. Ku tanya kenapa?

“Ustazah p mana? Kenapa tinggal kami?”

Allah…mereka buat ku bahagia seketika.

---------
Semasa mereka berbaris untuk solat, ku melangkah untuk keluar dewan sebentar.

Tiba-tiba  ada satu tangan yang memegang erat tanganku dan meletakkan tanganku di pipi mereka. Allah..sebak ku rasa. Air bertakung di mataku. Sunggah menyentuh jiwaku. Akhirnya, mereka berebut untuk memegang tanganku. Ku cuba berlaku adil.

---------
          Apa yang ingin ku sampaikan adalah perlunya kesabaran untuk mendidik anak-anak permata ini. Mereka inilah yang bakal menjadi pemuda/i harapan ummah. Ingatlah, kelembutan itu tidak akan tewas dengan kekerasan. Hadirkan hatimu dalam sebuah pekerjaan, insyaallah ia akan mudah dengan izin-Nya. Jom menjadi soleh/ah!
                                                              
*ini hanya kisah penulis, ambil apa yang manfaat, buangkan yang tidak elok.

Wallahualam.
         


          

Sunday, December 2, 2012

Buat adik-adikku sayang...


                                                                
Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Apa khabar imanmu?

*Jangan lupa doa buat sahabat-sahabat kita di Gaza dan Palestin.

          Alhamdulillah, semalam ku dapat menghadiri Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammadi, di Kelantan. Antara ahli panelnya, Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi,  Amin Idris dan Meyda Safira. Ana dan beberapa sahabat serumah bertolak ke sana selepas Maghrib. 

                                                  

          Setibanya di sana, ku mendapati stadium telah dipenuhi dengan orang ramai. Maka, kami cuba mencari tempat yang strategik bagi keselesaan kami sepanjang di sana. Kami kehairanan kerana melihat orang ramai membawa tikar, padahal kami berlima, hanya membawa diri dek kerana kami tidak tahu situasi begitu. Jadi, kami terus duduk di atas rumput-rumput yang sedang menghijau.

          Tika kami berbicara sebelum program dimulakan, tiba-tiba titisan mutiara jatuh ke bumi. Sahabatku, Siti Mushirah menyuruhku memandang nun di atas sana. Lantas kepalaku mendongak ke langit. Subhanallah…..cantiknya melihat titisan-titisan mutiara di sebalik cahaya yang berkilau. Mataku terpana melihat mutiara ini.

                                                            

          Namun, keadaan menjadi huru-hara gara-gara orang ramai takut kebasahan. Pada mulanya, ku dan sahabatku ini mahu bangun, namun niat kami terbatal. Kerana apa? Kerana di tepi kami, ada seorang makcik yang sudah tua dan hanya tersenyum. Kami pelik. Makcik ni cool jer.

          Kata makcik, “Hujan rahmat ni. Kejap jer..takper..sekali sekala merasai basah kehujanan.” Allahurabbi..tersentak kami berdua. Maka, kami terus bersama-sama makcik tersebut walaupaun orang ramai sudah bangun dan mencari tempat perlindungan. Dalam beberapa minit, hujan berhenti. Alhamdulillah.

          Semasa program sudah dijalankan dalam setengah jam, handphoneku berdering. Ku meneliti nombor yang tertera di skrin. Berkerut dahiku. Tidak ada simpanan phoneku. Ku cuba menjawab,

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam…”

“Sape nie?”..

Tiba-tiba ku dengan suara esakkan seorang perempuan. Hatiku sayu. Siapakah dia?

“Sape nie?”

“Kak Lah…..adik rindu kak nabilah…”

Dari suaranya..ku tahu, dia adalah seorang juniorku di SMKA baling. Kenapa dia menangis sampai begini.

“Adik..kenapa ni dik?”

“Akak..adik rindukan Kak nabilah..”suaranya samar-samar kerana dalam keadaan menangis.

Allahurabbi…Hatiku hiba. Mahu bercakap dengan dia lebih lama, tapi risau mengganggu orang ramai. Mahu saja ku keluar dari tempat itu, tapi keadaan tak mengizinkanku keluar kerana ramai sangat orang.

“Dik..sabar yer..nanti habis program..akak kol balik.”

          Hatiku tidak senang..kenapa dengan dia? Sambil program, ku msg kepada adik juniorku ini.

“Adik, kenapa ni? Adik ada masalah?”

“Adik rindukan akak..nak jumpa akak..lama tak jumpa akak..”

          Allah..benar…hatiku tersentuh. Salahku jua..setelah ku mengambil mereka di tempat hatiku, tanpa ku sedari, ku terabai tanggungjawabku. Kebiasaannya, ku akan ke sekolah bertemu dengan adik-adik juniorku, tapi tahun ini ku tiada kesempatan.

Adik-adikku sayang…..dengarlah rintihan kakakmu ini..

Adikku sayang,
Tahukah kalian ku amat menyayangi kalian?
Sering saja kalian mencuri masuk dalam mimpiku.
Kakakmu ini sungguh terhibur,
Ketawamu…
Bisikanmu..
Rintihanmu..
Membuatkan diriku amat merindui kalian.
Bukan bermakna kita tidak bersua,
Kakakmu melupai kalian,
TIDAK sama sekali!
Hakikatnya….
Hati kecil kakakmu,
Menderita rindukan kalian,
Terima kasih sudi membahagiakan kakakmu ini.
Insyallah, ada rezeki..
Kita pasti bersua..
Jika tidak di mata, tapi di hati.
Rasailah kehadiranku dalam dirimu,,
Ku harap kalian terus maju…
Bangun…membantu Islam.
Izinkanku sentiasa berada di hatimu.
*********
          Ini hanya kisah si penulis. Moga saja kita dapat membantu adik-adik kita dalam mengejar redha dan cinta Ilahi. Mereka itu permata. Mengharapkan kasih dari insan seperti kita. Maka, isikan hati mereka dengan kalamullah. Moga Allah redha dengan kita.

*Buat adik-adikku sayang…jangan risau kita tidak bertemu..sedarlah hati kta sudah bertemu. Moga kalian sentiasa dalam kasih sayang-Nya.

Wallahualam. 

Thursday, November 29, 2012

Solla Alaikallah..

                                                                                 

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta insan-insan yang meneruskan perjuangan baginda.

          Tatkala jari ini bergerak laju menaip..begitulah jua hatiku yang berdegup kencang sambil menulis. Perasaan hiba tiba-tiba hadir dalam diri ini.

          Sebentar tadi, ku membelek-belek blogku. Ligat berfikir, apakah yang ku ingin lakukan? Akhirnya, jariku cepat bergerak klik pada musik di blog. Terfikir di benakku, adakah kau mahu menukar lagu di blog ini? Akhirnya..satu suara hadir membisikkan YA!

          Baru membuka page musik ini, di carta teratas, keluar satu tajuk lagu, Sollu Alaikallah-Imam Muda Najdi. Tidak pernah pula ku dengar. Akhirnya, ku menekan tanda ‘play’.

Allah......
Allah……
Allah…..

 Air mata mengalir dengan deras membasahi pipiku. Sebaknya….Allahurabbi…perasaan apakah ini? Muncul secebis keinsafan dalam diri ini.

Puas ku mengesat air mata di pipi, namun seolah-olah ia degil untuk berhenti. Akhirnya, ku menadah tangan, memohon ampun kepada Allah, banyaknya dosaku terhadap-Nya.     

Bagaimana cintaku terhadap kekasih-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Peribadinya yang mulia, sentiasa dekat dengan Allah. Diriku ini? Masih kurang berzikir..Allah…

Terima kasih Ya Rabb..mungkinkah ini satu teguran kepadaku..agar banyak mengingati-MU. Zikir adalah satu ketenangan..

Banyakkan zikir..kurangkan dengar lagu yang melalaikan. Ya Allah..hinanya diri ini. Apalah gunanya hidup ini tanpa cinta-MU.

Pembaca yang dirahmati Allah,
          Pejamkan matamu sebentar…sebutlah…ALLAH…ALLAH..ALLAh…sebutlah berulang-kali, sehingga bergetar hatimu…sebak…akhirnya..titisan mutiara jatuh di pipimu.

          Kita sudah tiada masa untuk lalai. Mati itu pasti. Bertaubatlah…banyakkan amalan, tingkatkan ibadah..perbaharui niat..banyakkan buat yang berfaedah dan pastikan ia diredhai Allah.

          Akhir kalam, ku mengharapkan kalian menghayati zikir di blog ini dengan sepenuh hati. Fikirlah sedalam-dalamnya..apa yang kamu mahukan dalam hidup ini? Ayuh..jadi solehah!

*Kesat air matamu…bangunlah! Terus mengejar cinta dan redha-Nya..masih ada masa! Jangan berlengah.

Wallahualam.

Wednesday, November 28, 2012

Zainab Bint Jahsy

                                                                     
Assalamualaikum w.b.t,

          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w., keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat. Amin ya ilahal’alamin.

Pembaca yang dirahmati Allah s.w.t,

          Kenal tak siapa Zainab binti Jahsy? Ingat-ingat lupa eik? La ba’sa…mari kita ingat kembali…

Siapa Zainab binti Jahsy?

*      Merupakan isteri Rasulullah s.a.w.
*      Sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w, namanya adalah Barrah. Seteleh berkahwin dengan Rasulullah s.a.w menjadi Zainab.
*      Dilahirkan di Mekah 20 puluh tahun sebelum kenabian.
*      Ayahnya, Jahsy bin Ri’ab – tergolong pemimpin yang dermawan dan berakhlak baik.
*      Cantik.
*      Dibesarkan di tengah keluarga yang terhormat.
*      Digelar perempuan Quraisy yang cantik.
*      Meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah.

**********
Bukankah Zainab bin Jahsy berkahwin dengan Zaid?
Yer…

Siapa Zaid?
Zaid merupakan anak angkat Rasulullah s.a.w. Orang yang pertama memeluk Islam dari kalangan hamba.

             Rasulullah s.a.w telah meminang Zainab binti Jashy untuk Zaid bin Haritsah. Pada permulaannya, Zainab membenci Zaid dan menentang untuk berkahwin dengannya. Menurut mereka, bagaimana mungkin seorang gadis cantik terhormat berkahwin dengan seorang hamba? Rasulullah s.a.w menasihati mereka berdua dan menerangkan kedudukan Zaid di hati baginda, sehingga turunlah ayat kepada mereka:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusann mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”
(Al-Ahzab:36)

             Akhirnya mereka berkahwin atas pelaksanaan perintah Allah walaupun Zainab tidak menyukai Zaid. Perkahwinan itu bertujuan untuk menghilangkan tradisi jahiliah yang senang membanggakan diri dan keturunan.

             Di hadapan Zaid, Zainab selalu membangga-banggakan dirinya sehingga menyakiti hati Zaid. Setiap kali itu, Zaid berusaha menenangkan diri dan bersabar, namun tingkah laku Zainab sudah tidak dapat dikendalikan, akhirnya terjadilah talak.

*********
Perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w..

             Ayat 37 dalam Surah Al-Ahzab adalah merupakan perintah Allah agar Nabi Muhammad s.a.w. mengahwini Zainab dengan tujuan meluruskan pemahaman keliru tentang kedudukan anak angkat.

*********
Peribadi Zainab binti Jashy:-

ü  Seorang wanita solehah.
ü  Bertakwa dan tulus imannya.
ü  Bekerja menggunakan kedua belah tangannya, menyamak kulit dan menyedekahkannya di jalan Allah.- rajin sedekah
ü  Rajin qiam.
ü  Gemar berpuasa.

**********
             Allahurabbi..begitulah sedikit kisah tentang Zainab Binti Jashy. Seorang wanita muslimah yang gemar beribadah. Bagaimana pula dengan kita? Banyakkah ibadah kita? Allah…mari muhasabah. Perbaharui niat, tingkatkan amalan. Moga terus istiqamah dalam mengejar cinta dan redha-Nya. Amin..

Wallahualam.