Tautan Ukhwah

Sunday, December 16, 2012

Si Kecil VS Kesabaran

                                                                   

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
          Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ditujukan buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Jangan lupa doa saudara kita di Palestin.

Jom istighfar jap..
Astaghfirullal a’zim….(3x)

Pembaca yang dirahmati Allah,

          Adakah kalian mempunyai adik-adik yang berusia 6 tahun hingga 12 tahun? Jika YA, insyaallah, pasti kalian dapat memahami apa yang ingin ku kongsikan pada kali ini.Jika TIDAK, kalian mungkin juga memahami jika ada sepupu atau anak buah yang berusia seperti ini.

          Untuk pengetahuan semua, diriku ini, tidak adik perempuan, adik-adikku semuanya lelaki. Nah, suatu hari, ku dimaklumkan oleh Ustazah Mariah agar menjadi fasilitator Kem Smart Solat (KSS) di kampusku selama 5 hari berturut-turut dari hari Ahad-Khamis. Pesertanya kanak-kanak berusia 6-12 tahun.

          Alhamdulillah, dapat peluang jadi fc buat adik-adik yang comel ini. Cuma, ada suatu hari yang membuatku terjaga dari lamunan bahawa ‘kelembutan tidak akan tertewas dengan kekerasan’.

*********
Hari Selasa…..

          Hari ini, ku tiada kekuatan untuk menjadi seorang fc yang bersemangat dek kerana dari hari Isnin, ku keracunan makanan. Tak bermaya tubuhku. Namun, ku gagahkan jua untuk bertemu dengan adik-adik kem smart solat.

          Ada suatu ketika, Ustaz memberi kumpulan kepada setiap fc untuk ajar adik-adik hafal seperti tahiyat, doa qunut dan sebagainya. Ku diarahkan untuk menjaga 4 orang adik perempuan yang berusia 7-9 tahun. Bilangannya sedikit agar memudahkan fc menfokuskan kepada peserta dalam hafalannya.

          Ku melangkah menuju ke kumpulanku. Subhanallah, comel-comelnya adik-adik ini. Ku memberi salam, dan duduk di tepi mereka. Belum apa-apa, ada yang dah terbaring. Ku cuba mengajaknya bangun tapi tak diendahkannya. Sungguh ku tiada kekuatan lagi, perut masih sakit. Ku mengalihkan pandangan kepada yang lain.

          Ada pula yang dah simpan semua barang. Katanya, nak balik dah. Allahurabbi..berikan ku kekuatan untuk menjaga mereka. Ada pula yang merajuk kerana ku lambat melayannya..Allah……Cubaan apakah ini? Bagaimana ku harus menjaga mereka berempat serentak? Bagaimana ku harus memastikan hafalan mereka berjalan?



          Otakku ligat berfikir. Akhirnya……

“Adik-adik…jom ikut akak…kita jalan-jalan keluar dewan”, kataku kepada mereka.

Allah…..mereka pantas bangun..dan ku minta mereka membawa buku solat.

Di luar dewan….
“ok adik-adik…buka buku..kita hafal yer?”

Respons tiada…ada yang menguap..ada yang bergaduh…menjaga 4 orang..bagiku menjaga 40 orang..Ya Rabb..berikanku kekuatan..ku masih lemah..sakit dirasa. Ku cuba tahan, agar adik-adik tidak perasan yang ku kurang sihat.

“adik-adik…siapa nak minum air?”

“ Nak ! Nak!..”

“Ustazah..saya pun nak..”(mereka menggelarku ustazah)

Akhirnya..mereka bergaduh.

“Ok..jom ikut akak ke kafe..”

Ku pegang tangan salah seorang daripada mereka.

Tiba-tiba…
Pinggangku diraut oleh adik-adik…
Tanganku dipegang erat…
Subhanallah….
……………………………………..
Tiba di kafe..

“Ustazah..saya nak air kotak..”

Ada pula yang menyahut..”Yer la ustazah..nak jugak..”

“ok..jap..ustazah nak ambil duit..nak p bayar..”

          Setelah beli air kepada mereka, ku mengajak mereka ke ruang depan dewan untuk meneruskan hafalan. Ku membuat gaya agar mereka mudah ikut dan senang hafal. Akhirnya, mereka lakukan dengan baik. Allahuakbar! Terima kasih Allah.

---------------------
Masuk ke dewan..

          Ustaz meminta wakil kumpulan agar tampil ke hadapan untuk menyusun tahiyat yang telah dihafal. Ada adik kumpulanku bangun untuk tampil ke hadapan. Tiba-tiba…..
Satu ciuman singgah di pipiku.

Masyaallah..ku terpana seketika. Akhirnya, 3 adik yang lain datang menghampiriku. Ada yang panjat di belakangku, ada yang di ribaku. Perutku dihimpit..Allahurabbi..sakitnya. Kuatkanlah daku Ya Rabb. Melihat muka mereka, membatalkan  niatku untuk memarahi mereka. Mereka itu permata.

Akhirnya, mereka memohon maaf. Mungkin melihat mukaku yang menahan sakit.

“Ustazah..mintak maaf…”

“Ustazah..nak….”

“nak apa Umairah?”ku bertanya.

“Nak cium ustazah boleh?”

Tersenyum ku bahagia seketika dengan telatah mereka. Mereka duduk sambil memelukku dan ada pula yang bersandar di belakangku. Allah..beginikah perasaan mempunyai anak? Perlu penuh kesabaran dan kasih sayang.

-------------

Ku keluar dewan sekejap kerana ada hal.

Masuk ke dewan. Ada yang buat muka merajuk. Ku tanya kenapa?

“Ustazah p mana? Kenapa tinggal kami?”

Allah…mereka buat ku bahagia seketika.

---------
Semasa mereka berbaris untuk solat, ku melangkah untuk keluar dewan sebentar.

Tiba-tiba  ada satu tangan yang memegang erat tanganku dan meletakkan tanganku di pipi mereka. Allah..sebak ku rasa. Air bertakung di mataku. Sunggah menyentuh jiwaku. Akhirnya, mereka berebut untuk memegang tanganku. Ku cuba berlaku adil.

---------
          Apa yang ingin ku sampaikan adalah perlunya kesabaran untuk mendidik anak-anak permata ini. Mereka inilah yang bakal menjadi pemuda/i harapan ummah. Ingatlah, kelembutan itu tidak akan tewas dengan kekerasan. Hadirkan hatimu dalam sebuah pekerjaan, insyaallah ia akan mudah dengan izin-Nya. Jom menjadi soleh/ah!
                                                              
*ini hanya kisah penulis, ambil apa yang manfaat, buangkan yang tidak elok.

Wallahualam.
         


          

No comments:

Post a Comment