Tautan Ukhwah

Saturday, July 23, 2011

Kisah Seorang Hamba Allah di Bulan Ramadhan

                                                                   
Assalamualaikum..
Insyaallah, hari ni ana nak share satu kisah yang amat menyentuh jiwa ana..dan kalau boleh biarlah hati kita tersentuh dengan kisah ini. Menangislah sepuasnya, sebak di dada akan terasa..air mata setitis demi setitis akan mengalir di pipimu andai dirimu membaca dan menghayati kisah ini dengan penuh ketulusan hati..


Mari kita halusi kisah ini...
.....................................................................................

Kisah seorang suami yang pada suatu malam berehat di pembaringan di samping isterinya yang amat dikasihi. Tiba-tiba si suami berkata, “Izinkan aku beribadah pada malam ini, wahai isteriku.”

Si isteri menjawab, “Aku sebenarnya merasa senang sekali berada dekat denganmu suamiku, tetapi aku lebih senang melihatmu melakukan apa yang kamu senangi.”

Dengan itu, si suami lalu bangkit mengambil wudu’, lantas mendirikan solat. Dia menangis sepanjang dia berdiri dalam solatnya itu, hingga basah wajahnya dengan linangan air mata.
Dalam rukuk juga dia menangis. Dalam duduk juga dia menangis. Dalam sujudnya juga dia menangis, sehingga basah hamparan bumi disirami airmatanya.

Demikianlah keadaan si suami ini sepanjang malam hingga tiba waktu subuh, sambil diperhatikan oleh isterinya dengan penuh rasa prihatin.

Si suami di dalam kisah ini, saudara-saudara sekalian, tidak lain dan tidak bukan, adalah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., sementara isterinya pula adalah Sayyidatina ‘Aishah r.a.

Sayyidina Bilal r.a. lalu tiba untuk melaungkan azan subuh. Apabila dilihatnya begitu keadaan Nabi menangis dalam solatnya, Bilal r.a. lalu bertanya, “Kenapa kamu menangis begitu sekali, ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampunkan segala dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Nabi s.a.w. menjawab:
Yang bermaksud: “Maka apakah tidak patut untuk aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”Hadith riwayat Ibnu Hibban.

********************************
Subhanallah! Maha Agung Allah yang telah menjadikan hati sanjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., hati yang paling mulia di kalangan sekalian manusia. Hati yang sentiasa merasa malu untuk tidak mengabdikan diri kepada Tuhannya, biarpun dia dikurniakan kemuliaan yang paling besar yang tidak diberikan kepada mana-mana manusia.

Hati yang ingin bersyukur kepada Tuhannya sepanjang masa, biarpun telah dijamin Tuhan tempatnya di dalam syurga. Hati yang tidak pernah rasa cukup untuk merangkul cinta dan pengampunan Tuhannya, biarpun telah dijanjikan pengampunan oleh Allah s.w.t.

Nah! Saudara-saudara sekalian, cuba seterusnya kita bayangkan. Kalaulah begitu keadaan hati Baginda, pengabdian dan kesyukuran Baginda, sepanjang minggu, sepanjang bulan, dan sepanjang tahun, bagaimana pula agaknya ibadah dan amalan Baginda apabila tiba musim ganjaran satu amalan sunnah, sama seperti ganjaran satu amalan wajib dalam musim yang lain? Ganjaran satu amalan wajib pula adalah seperti ganjaran tujuh puluh amalan wajib dalam musim yang lain.

Bagaimana agaknya keadaan Baginda s.a.w. bila tiba musim yang penuh terisi dengan rahmat dan cinta Allah, dengan maghfirah dan pengampunan Allah? Musim di mana dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka?

Bagaimana agaknya keadaan Baginda s.a.w. bila tiba musim terdapat satu malam yang kelebihannya mengatasi seribu bulan?

Tanyalah kepada hati kita ini. Adakah ketibaan Ramadan kita nantikan dengan penuh kecintaan dan kerinduan di dalam hati? Kerana kita merasakan Ramadan ini hadiah Allah untuk kita, lantaran rahmat dan kasih-Nya kepada kita, sehingga dijanjikan pengampunan di atas segala dosa-dosa kita?

Atau apakah Ramadan ini kita anggap sebagai bebanan yang hanya menyusahkan hidup kita? Yang kita tidak nampak sebarang kebaikan pun disebaliknya? Lalu dengan itu hadiah yang ingin Allah beri ini kita sambut dengan rasa benci di dalam hati dan sikap tidak peduli?

**********************************
Tepuk dada anda, tanya iman anda..

Wassalam.

                                                                  

Wednesday, July 20, 2011

SeGuDaNG NiKMaT



                                                             

Salam dengan penuh kasih sayang ALLAH,

          Alhamdulillah, dengan izinNya dapat lagi ku coretkan rintihanku sebagai seorang hamba yang hina ini.

Pembaca yang dirahmati ALLAH,
          Setiap orang pasti mempunyai masalah yang perlu ditanggungnya. Tapi sejauh mana kita dapat menerima semua ujian itu dengan penuh terbuka? Semua orang sedia  maklum bahawa setiap kesulitan pasti ada kesenangan. Setelah titisan air mata yang mengalir di pipi, kemudian pasti ada senyuman yang terukir di bibirnya. Begitu juga dengan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan yang melanda pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin percipta kita, Allah s.w.t.

          Hakikatnya, kita mempunyai segudang nikmat yang telah diberikan oleh Allah tanpa kita sedar. Namun, kebanyakan manusia hanya merasai nikmat itu setelah ia hilang daripadanya. Sebagai contoh, apabila kehilangan mata, barulah kita menyedari nikmatNya mata pada kita. Di sini, kita dapat ketahui bahawa Allah itu bersifat Penyayang dan Pemurah. Banyaknya nikmat yang diberikan kepada kita walaupun kita masih membuat perkara yang tidak disukai olehNya.

          Mari kita halusi ayat ini , Allah berfirman :

“Jika kamu menghitung-menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya (menghitungnya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” QS. An Nahl : 18.

“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.

          Jadi, cuba bayangkan jika segala kehidupan di atas muka bumi ini tiba-tiba terhenti seketika? Bagaimanakah keadaan selepas itu dan adakah ia akan kembali seperti biasa? Pasti kita semua dalam terkesima dengan kejadian yang sukar dijangkakan itu. Walaubagaimanapun, di sebalik kejadian itu terdapat pelbagai hikmah yang dapat kita pelajari. Di sinilah kita perlu berfikir siapakah Pencipta kepada seluruh kehidupan di atas muka bumi ini. Siapakah yang mengurniakan segala kurniaan dan nikmat yang tidak terhingga bilangannya kepada seluruh alam?

Mari kita renung sejenak tentang kurniaan nikmat Allah yang telah diberi kepada kita. Allah s.w.t berfirman:

“ dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu zalim dan sangat mengingkari ( nikmat )”. (Ibrahim : 34)

          Jadi, berapa banyak nikmat Allah yang kita dustakan? Dalam Surah Ar-Rahman pun banyak Allah  ingatkan kita tentang pendustaan manusia kepada nikmatNya. Terlalu banyak nikmat Allah berikan kepada kita, tetapi kenapa masih kita melakukan dosa??

          Ana teringat kata Sir Rosdi dalam Kajian Tarbawi bersama fasilitator PESAT, katanya, jika kita melakukan dosa, hati kita akan memberi kesan. Kemudian, kesan dosa tadi, ia akan diterjemahkan oleh muka kita dan akhirnya apabila kita terus melakukan dosa itu, Allah akan buka atau tonjolkan dosa kita di dunia dan akhirat. Ini bermakna aib kita akan terbuka..malu tak???Allahuakbar..Macam mana jika Allah takdirkan apa yang terkandung  hati kita boleh  dilihat oleh orang lain?Bersedia tak?Risau atau tidak apabila orang lain boleh tengok hati kita?Masyaallah..

          Oleh itu, sentiasalah meminta kepada Allah agar ditutupkan aib kita di dunia dan akhirat. Bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah berikan. Kadangkala Allah beri ujian kepada kita agar kita lebih dekat denganNya, Dia ingin kita mengadu kepadaNya dan lebih mengingatiNya. Moga-moga hati kita sentiasa ada cinta yang sepenuhnya terhadap Allah bukan pada yang lain.

          Akhir kalam, ana mohon maaf andai tersalah kata atau terguris hati sepanjang ana menulis. Namun, ana harap kita sama-sama muhasabah diri kita untuk meraih cintaNYa.
Pakai sepatu bulu terkena marah
Berjalan ke plaza terkena getah
Mahalnya waktu, ilmu, dan hidayah
Senantiasa ucapkan Alhamdulillah



Wallahualam.                                           

Tuesday, July 19, 2011

Tautan Hati Antara Kita..

                                                                     


Salam kasih sayang buat pembaca yang sekalian,


          Malam yang hening ini, ingin ku coretkan nukilan ini buat sahabat-sahabat yang kukasihi di KTD.

Seorang muslimah yang sentiasa mengingatkan diriku tentang ALLAH. Memberi ku dorongan dan semangat dalam meneruskan perjuangan ini. Dia yang ku maksudkan adalah Siti Atiqah.

Fatin Nabila seorang muslimah yang begitu tabah dek dilanda kesulitan yang hadir dalam hidupnya. Sedih melanda namun senyum di bibir tetap terukir. Moga dirimu sentiasa kuat dalam hadapi liku-liku kehidupan ini.

          “Dah beli tiket ke nabilah?”kata sahabatku Shahida Atiqah. Ku sentiasa tersenyum dengan pertanyaannya. Kami memang suka balik utara. Kenangan manis antara kita tidak dapat ku lupakan.Dan dialah juga insan yang pertama ku kenali di KTD.

          “ Nabilah, bagi pinggang jap..”kata sahabatku. Terkedu aku dengan permintaannya. Berkerut dahiku dengan penuh pertanyaan di dada. Akhirnya, sahabatku itu sedar dengan sikapku lantas dia memberi senyuman yang manis terhadapku. Dialah Nur Sabiha, sahabatku dari Terengganu dan inilah kisah permulaan perkenalan kami.

          Sewaktu dalam kelas Arab, kata ustaz Ali Hin, “kamu nie kembar la..”. Kembar???siapa kembarku? Rupa-rupanya yang dimaksudkan oleh ustaz ialah Salimah. Dia asyik senyum je. Kadangkala dengan senyumannya mampu membuat ku tersenyum jua. Jazakillah sahabatku.

          Terkenang daku waktu Masir, rasa keseorangan. Namun, sedang ku berdiri dalam surau di Jeram Mengaji, ada seseorang yang menyapaku. Soalnya, “em..dari mana?banyak x beg?”.Ku senyum jer dan menjawab pertanyaannya. Rasa bahagia sangat berkenalan dengannya. Insan itu adalah Farah hana balqis.

          Dalam kesibukan waktu Masir dulu, tiba-tiba ada seseorang meminta untuk melihat kad pengenalanku. Anehnya ku rasa lalu ku bertanya kepadanya. Rupa-rupanya, dia tidak percaya yang diriku sama umur dengannya. Subhanallah..Insan yang ku kasihi itu ialah Fatin Husna. Ku amat suka dengan telatahnya. Sungguh mengusik hati ini.

          Dalam berkongsi suka dan duka, ku tenang bersamanya. Mudah berbiacara, memahami situasiku dan sentiasa memberi respons yang baik setiapkaliku bercerita. Sayang kamu, Fathin Nurfauzana.

          Petah bercakap, lantang bersuara. Suaranya pasti memberi impak yang baik kepada kami semua. Namanya Syuhada Safurah yang berasal dari Perak.

          Kelantan tempat asalnya, menjadi kebanggaan kepadanya. Pandai mengusik hati ini dan membuatkan ku sentiasa senang berada di sisinya. Senyumanmu amat bermakna bagiku, wahai kak Siti Nurul Nasyawwarah.

          Setiap orang ada warna kegemarannya,maka ku juga ada warna pilihan. Namun, apa yang menarik adalah ada seseorang yang berkongsi warna denganku. Bukan setakat itu, bahkan ada lagi persamaan antara kami. Orang itu ialah kak Azlin.

          Taekwando adalah seni mempertahankan diri yang ku minati. Pasangan ku tika sesi latihan taekwando adalah Fatasya. Apabila ku bersamanya, ku rasa lebih yakin untuk meneruskan latihan itu. Dia juga pendiam tetapi otaknya bergeliga.

          Suaranya apabila berbicara amat membuat orang tertarik. Dia berbicara dengan penuh semangat dan penuh intonasi. Nurul Iman, mengambil kos komunikasi di sini. Pengambilannya dalam kos itu memang bersesuaian dengan personalitinya.

          Pink menyerlah, cantik berseri. Warna yang diminati oleh Hayati, kos komunikasi. Jika sebut jer warna pink, mesti terbayang Yati. Sikapnya yang berdikari member teladan kepadaku. Dia berasal dari Johor..Orang kata bahasa Johor nie, lembut sgt..^_^

          Masa sem 2, ku selalu ziarah bilik A8 sebab ada banyak makanan. Hehehe..Tapi yang paling rajin ku rasa, adalah kak Rabiatul Adawiyah. Sporting, dan memang kak yang senang bagi pertolongan kepada adik-adiknya. Rindu sangat dekat kak ni.

          Tika ku dalam kesusahan, dia datang menghulurkan bantuan. Ku terharu dengan jasanya yang begitu suci. Ku pernah dihantar oleh ibubapanya ke stesen bas. Kenangan yang tidak dapat ku lupakan. Moga Allah permudahkan urusanmu, Shafiza.

          Siswi yang sangat bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dia lakukan. Semangat kentalnya membuatkan ku suka berbicara dengannya. Senyumannya tidak pernah lekang di bibirnya apabila bersua dengan sahabatnya. Teruslah dengan sikapmu, Siti Munsyirah.

          Dalam PESAT khusus sem lepas, ku ditakdirkan berkumpulan dengan Naiematun Saadah. Meriah sangat. Kalau tanpa dia, sunyi sepi jer pesat kami. Dia suka berkongsi pengalaman, cerita dan macam-macam lagi. Pengalaman mematangkan kita.

          Aniqah adalah sahabat yang satu kumpulan denganku ketika Masir. Keayuannya amat memberi ku inspirasi. Dia juga mempunyai lesung pipit sepertiku…^_^.Dengan izin ALLAH, kami disatukan lagi dengan satu PESAT. Moga ukhwah kita berkekalan.

          Masuknya sem 2, aku ditakdirkan satu bilik dengan kak Hartini. Dia selalu bawa makanan dari rumahnya seperti keropok goreng dan macam-macam lagi. Ku suka dengar dia berkecek Kelantan..sedap sangat2..

          Dalam batch kami, jika ada antara kami yang ingin meminjam motor untuk perkara yang perlu, kami boleh pinjam kat Amirah. Subhanallah..banyak pahala yang dia dapat dari kebajikannya. Moga Allah sentiasa membantunya dalam apa jua urusan.

          Sahabat baik kak Tini adalah kak Yana. Walaupun ku jarang berkomunikasi dengan kak Yana, namun dari jauh ku memerhati gerak gerinya. Terselit sifat-sifat mahmudah dalam dirinya. Alhamdulillah..

          Sekarang ini, subjek hadis1, diambil oleh Ustzah Zuriyah. Adiknya adalah bersama kami iatu nama famousnya, Kak Ngah. Kecek Qlatenya amat mempesonakanku. Sungguh unik ALLAH ciptakan bahasa  untuk manusia. Kak Ngah seorang yang penyayang & happy go lucky.

Sahabat-sahabatku…

Itulah kenangan kita bersama yang tidak dapat ku lupakan. Suka duka yang kita lalui bersama. Ukhwah kita bersama..

“ Ukhwah itu bkn pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya”
( Imam Ghazali )

Doa untuk hati kita bersatu,




  Moga hati-hati kita sentiasa bersatu..

                                                                                    
 kemudian..

                                                           
         
Akhir kalam..ku ingin luahkan yang nbilah sayang sangat kat korang semua. Moga ukhwah kita berkekalan & disaluti iman didalamnya. Insyaallah..

Wassalam.
         
         
         

          

Sunday, July 17, 2011

Dunia Bukan Matlamat Terakhir

                                        
Salam kasih sayang buat pembaca sekalian,
           Pernah tak berfikir ke manakah kita selepas ini? Adakah cara kehidupan kita untuk menuju apa yang kita nak pergi? Subhanallah..
“Sungguh sangat menghairankan bagi orang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi, kemudian ia masih sibuk dengan dunia ini sebagai tempat tipuan dan sementara.”
( Hukamak )

          Kadangkala kita sibuk sangat dengan kehidupan dunia kita. Tambahan pula, kita sebagai pelajar banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Kerja kursus dirasakan bertimbun-timbun sehingga menenggelamkan kita. Rasa terlalu beban seolah-olah membawa batu-bata yang berlori-lori.

          Namun, kadangkala kita ketawa riang hingga lupakan dunia. Kehidupan rasa bahagia dengan nikmat dunia. Banyak buat benda tidak berfaedah seperti main game, tengok filem-filem yang boleh mengundang kemaksiatan diri dan macam-macam lagi. Allahuakbar..

          Ada satu hadis yang berbunyi, “ Dunia bagaikan penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya, dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini bagaikan syurga bagi orang kafir, sedangkan kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya.”

          Kita sebenarnya tahu apa kenikmatan syurga namun apa yang kita lakukan untuk memasukinya? Manusia kini lebih rela rasa nikmat dengan NAFSU, tapi IMAN darurat. Sanggup langgar perintah ALLAH, untuk merasai nikmat ALLAH.

Kata Lukman Al-Hakim,
“ Dunia ini adalah lautan yang dalam dan telah banyak manusia yang tenggelam di dalamnya, oleh kerana itu sediakanlah perahu untuk belayar di atasnya, perahu tersebut ialah taqwa kepada ALLAH.”

          Jadi, marilah kita bangkit dari dunia yang fana ini. Kejarlah cintaNya, sambutlah cintaNya..Buktikan cinta kita kepadaNya dengan melakukan perkara-perkara yang disukai olehNya dan tinggalkan apa yang tidak disuka olehNya. Moga-moga dalam hati kita sentiasa adaNya. Marilah kita sentiasa bermuhasabah diri. Timbulkan persoalan seperti “apa yang ku lakukan untuk dapat cintaNya?, apa yang ku buat untuk memasuki syurgaNya?, adakah ku takut dengan azab-azab yang pedih yang telah ALLAH sebut dalam Al-quran & hadis?” Moga terselit sedikit keinsafan buat kita..

Wassalam.

                                           
                                                     

          

Friday, July 8, 2011

Keimanan yang terluka..

                                         
Salam kasih sayang buat semua pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,
        Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dengan rahmatNya dapat juga ku menulis dalam blog ini. Sebenarnya, tika ini, ku risau untuk menulis apa-apa pun tajuk kerana ku khuatir apa yang ku tulis, apa yang ku dakwahkan tidak ku laksanakan. Namun, sekarang ini ku ingin luah apa yang ku rasa tika ini, moga-moga pembaca sekalian mendapat iktibar daripadanya. Insyaallah.

        Semakin lama ku rasakan ada tidak kena dengan sikapku. Ku cepat mengalah, sedih, keliru, dan seolah-olah ku terawang-awang dengan semua masalahku, padahal semua orang ada masalah. Di mana Siti Nabilah Azman yang dulu???Jika dulu, apabila ku ditimpa masalah, akan kubisikkan kepada diri ini “ sabarlah wahai nabilah..kerana ujian yang datang kepada dirimu mengikut kadar keimananmu”.

        Tika ini juga ku sering tertewas dengan bisikan-bisikan syaitan yang tidak pernah jemu menarik manusia untuk bersama-samanya masuk ke neraka. Di mana mujahadahku???Apabila ku bertaubat, ia hanya tahan sebentar, dan ku akan mengulangi kesilapanku lagi. Allahuakbar!!!  Limaza??? Taubatku tidak sempurna..

        Bila ku semakin mengejar cinta ALLAH, semakin banyak pula cinta Adam yang mengejarku. Sehinggakan semalam, masih ada lagi kaum ada yang bertanya..” anti, sudikan anti menjadi zaujah ana?” Allahuakbar!!! Dugaan apakah ini ya Allah? Padahal sebelum ini ku terpaksa menolak lamaran yang lain. Apa yang ada pada diriku? Hinanya ku rasa diri ini. Banyak lagi tanggungjawabku yang belum selesai.

Kemuncak terjaga dari alpa
        Lama ku terdiam memikirkan apa yang tidak kena dengan diriku. Ku memejam mata sambil fikiranku ligat berfikir apa yang berlaku dengan diriku. Akhirnya, hatiku berbisik kepadaku,..”nabilah..imanmu lemah..imanmu sudah terluka..”

        Ku tersentak. Perlahan-lahan ku membuka mata dan akhirnya ada air yang mengalir di pipiku. Ku teresak-esak menangis penyesalan. Jika sebelum ini, telingaku berdarah..cepat-cepat ku sapukan ubat untuknya. Sekarang ini, imanku luka..apa yang harus ku lakukan??? Langkahku terlalu rapuh dalam perjuangan ini. Ku khuatir cintaku tidak sempurna kepadaNya, tetapi jauh dari sudut hatiku ku ingin KAU yang bertakhta di di hatiku.

        Ku akan segera merawat imanku ini. Jika tidak ia semakin parah dan mungkin kritikal. Ku xingin melihat imanku masuk ICU. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ku sedar imanku terluka dan perlu segera dirawat. Bagaimana pula iman anda? Marilah kita menyucikan hati kita agariman kita semakin mantap.

Rasulullah bersabda maksudnya :
“ Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati”
( Hadis Riwayat Al-Imam Muslim )

        Jadi, jelaslah kepada kita bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji. Akhir kalam, ku ingin memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang menulis tajuk ini. Tajuk ini khas ku tujukan untuk diriku agar lebih dekat kepadaNYa dan menggapai redhaNya. Tidak ada manusia yang tidak pernah membuat silap dan kita perlu bertaubat. Ku harap moga hati kalian tersentuh dengan luahan hati ini dan cubalah berfikir tentang iman anda. Moga kita semua sentiasa dlm kasih sayangNya.

Wassalam.