Tautan Ukhwah

Tuesday, June 7, 2011

Kesan maksiat - Kegelapan hati

                                                             

Salam kasih sayang buat pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,
            Selepas kelas Hfiz Al-Quran tadi, ku tersentuh apabila membaca surah Ar-Rahman. Banyaknya nikmat ALLAH yang kita tidak syukuri sehingga kita sanggup buat maksiat. Apakah maksiat? Maksiat adalah melakukan perkara yang ALLAH tidak suka. Tetapi adakah kita mengambil berat perkara-perkara yang ALLAH tidak suka? Zaman kini, remaja seperti kita lebih mengutamakan apa yang sahabat atau orang sekeliling kita tidak suka dan secara langsung kita akan cuba menghindarinya. Kerana apa? Kerana kita tidak mahu hubungan kita dengan si dia menjadi pudar, pilu dan sengsara. Namun sedar ataupun tidak yang kita banyak melakukan perkara yang ALLAH tidak suka? Siapa ALLAH????  Dia adalah Pemilik Segala Alam ini. Jadi, sanggupkah kita melakukan perkara yang Dia tidak suka?
            Subhanallah, jika kita himpunkan maksiat-maksiat kita, berapa gunung dosa yang telah kita himpunkan? Masyaallah..Senang sungguh kita nak buat maskiat, tapi tahu ke tidak apa kesannya? Sebab tu, kata Sir Rosdi Baharom, orang yang paling bodoh dalam dunia ini adalah orang yang buat maksiat, sedangkan dia tahu ada dua malaikat di sisinya yang sentiasa mencatit amalannya di dunia ini.
            Tahukah kita apa kesan maksiat kepada kita? Antara kesannya ialah berlakunya kegelapan dalam hati manusia. Kegelapan di dalam hati adalah satu hakikat yang dapat dirasai seperti mana dapat dirasakan kegelapan malam yang pekat apabila ia melabuhkan tirainya. Kegelapan di dalam hati akan menjadi seolah kegelapan fizikal yang berlaku pada pemandangannya. Ketaatan adalah cahaya, sementara kemaksiatan adalah kegelapan.
Jika kegelapan menjadi semakin pekat, kebingungannya semakin bertambah sehingga dia terjerumus ke dalam perkara-perkara bid’ah, kesesatan dan perkara-perkara yang memusnahkan tanpa disedarinya. Samalah dengan orang buta yang berjalan berseorangan di tengah kegelapan malam. Kegelapan hati ini akan menjadi semakin kuat sehingga ia naik ke mata, kemudian ke muka, sehinggalah mukanya kelihatan muram pada pandangan orang lain.
Ibnu Abbas r.a berkata; “Kebaikan menyebabkan sinaran keputihan di wajah, cahaya di hati, keluasan di dalam rezeki, kekuatan  pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain. Kejahatan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan di dalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain”
Moga-moga kita sentiasa bermuhasabah diri dan ingatlah tiada apa yang penting selain redhaNya.Wallahualam. Sekian dariku, hamba yang banyak kelemahan.
Sinarilah hati kita..
                                                   
                                   

                                  

                                  

No comments:

Post a Comment