Tautan Ukhwah

Monday, May 23, 2011

Malukah kita kepadaNya???

                                    
Salam kasih sayang dariku buat semua pembaca yang budiman.
          Alhamdulillah, malam ini, ALLAH memberi peluang kepadaku untuk menulis kalam di blog ini. Kali ini, ku ingin berkongsi satu perasaan yang amat indah yang pernah ku alami.
          Pernah satu ketika di satu majlis tazkirah di SMKAB dulu(hari jumaat), aku dipanggil untuk memberi sebarang tazkirah di hadapan. Dalam fikiranku kosong, lidah kelu, tergamam bila dipanggil. Entah apa la yang aku boleh bicarakan di hadapan pelajar2 puteri ini. Langkah demi langkah kakiku menuju di hadapan mereka. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim…ku mulakan kalam..
          Selepas 15 minit kemudian, aku tamatkan tazkirahku dengan salam terakhir. Subhanallah..Masyaallah..di manakah semua idea ku berkalam tadi???Air mataku mengalir jatuh ke bumi ALLAH. Setiap kali ku berbicara, bukanlah dirancang, malah ia datang dari ALLAH.
          Lama-kelamaan, ramai yang bertanyakan kepadaku, adakah aku membuat sebarang persiapan sebelum bercakap? Sejujurnya TIDAK!!! Air mataku bertakung di kelopak mataku, menahan sebak. Aku sendiri tidak pasti apa yang terjadi.
          Akhirnya, air mataku jatuh jua apabila ku sedari bahawa ini semua adalah bantuan ALLAH. Setiap kali ku hendak mula bicara, pasti semangat ku untuk berkata-kata meningkat mendadak. Ku betul2 menjiwai apa yang ku lafazkan.  Sehingga kini, aku berlarutan jadi begini.
          Allahuakbar!!! Malunya aku padaMU. Walaupun diriku banyak dosa, namun Kau tetap menolongku untuk sampaikan dakwah ini. Kadangkala ku rasa amat hina diri ini padaMU. Siapakan aku di sisiMU?
          Di sini, ku ingin menyedarkan kita bahawa ALLAH ITU bersifat Ar-Rahim terhadap hambaNya. Sepatutnya kita malu kepadaNya, kerana walaupun kita kadangkala lupa kepadaNya, namun ALLAH tetap menolong kita dalam kehidupan kita. Misalnya, bagaimana kita dapat bernyawa pada hari ini jika DIA tidak memberikan? Bagaimana kita dapat melihat ibuayah, sahabat2, alam yang indah jika tidak DIA memberikan? Bagaimana kita mampu memberi senyuman yang manis buat sahabat kita andai bukan DIA yang memberikan?
          Allahuakbar! Banyaknya yang kita lupa..sedarkah kita???Tiada sempurna manusia kecuali Rasulullah s.a.w. Apa yang kita cari di dunia ini jika tidak redha ALLAH.  Jadi di sini, ku mengajak semua pembaca, sedarlah bahawa semua bantuan datang dariNya. Cintailah ALLAH dengan sepenuh hati, pasti jiwamu tenang. Insyaallah. Wallahualam.
                       
                     Alangkah indahnya jika hati kita seindah pemandangn ini..

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt,

    tahniah sahabatku, satu perkongsian yang
    membina, insyaAllah.

    Teruskan perjuangan ini.. love you fillah^.^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..
    syukran shbtku atas sokongnmu..

    ReplyDelete