Tautan Ukhwah

Saturday, October 23, 2021

Nabilah kembali...



Bismillah...

Alhamdulillah...

Tika ini hati riang seterang mentari

Terasa seolah mimpi

Saat dapat log in kembali blog ini.


Apa khabar semua? Moga-moga baik sahaja dalam jagaanNya. Pastinya saat ini ada yang sedang bercuti bersama keluarga tercinta. Indah, bukan?


Walau di mana jua kita berada, moga kita sentiasa mengingati Allah s.w.t. InsyaAllah, berjumpa lagi kita di lain waktu.

Assalamualaikum.

Sunday, January 5, 2020

Pengalaman 9 Hari di Hospital

Bismillah...
Alhamdulillah...rupanya boleh sign in  kembali blogger ini..setelah setahun mencuba.

2019 telah berlalu...
2020 kini menjelma...

Akhir tahun 2019, Allah memberiku pengalaman yang sangat berharga sepanjang berada di wad.

Malam Ahad, 15/12/19, perutku masih terasa sakit. Sudah 3 hari cirit birit, muntah dan perut terasa mengeras. Usai solat Isyak, sakit makin menjadi. Ku sandarkan badan di dinding. Suamiku suruh bersiap untuk ke hospital.

Sampai sahaja di hospital, nurse nak cek CTG jantung anak. "Keras perut kamu ni", kata seorang nurse. Selepas itu, doktor panggil untuk scan baby katanya. Aku mengikut doktor itu ke bilik scan. Aku diminta baring. Tapi...ku melihat doktor itu asyik membelek kertas CTG ku.. "awak ada contraction". "Em...saya nak cek bawah dulu, boleh?". Aku hanya mengangguk.

Tiba-tiba, "awak dah buka 2cm", kata doktor. Allah, terkejut sangat. Terus kena tahan wad. Maka bermulalah episodku di hospital...Pelbagai ragam manusia ku lihat. Pelbagai hikmah yang ku dapat.



Aku melihat ada orang meraung-raung kesakitan.
Aku melihat ada orang asyik menangis menahan kesakitan.
Aku melihat ada orang termenung menanti hari untuk pembedahan.
Aku melihat ada orang mengusap perut asyik memujuk babynya keluar.
Aku melihat ada orang baring ke kiri sekejap ke kanan mencari posisi yang selesa.
Aku melihat ada orang goyangkan katil menjerit kesakitan.
Aku melihat ada orang ke hulu ke hilir bagi mudah bersalin.
Aku melihat ada orang kerap ke surau merintih pertolongan kepadaNya.

Ya Allah...
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Betapa kentalnya hati seorang ibu.
Betapa tabahnya menghadapi ujian.
Betapa kuatnya seorang ibu.
Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu.

Ayuh, hargailah ibu anda.
Percayalah ibu anda telah melalui saat gentir untuk melahirkanmu.
Maka...
Atas alasan apa lagi untuk kita menyakiti perasaannya?
Renungkanlah...

Siti Nabilah Azman
11.30 pm, 5/1/2020
Ipoh.






Wednesday, November 28, 2018

Pengalaman Membawa Kita Kepada ALLAH s.w.t



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca,
          Setelah sekian lama, diri ini menyepi di dalam blog usang ini, akhirnya kini menjelma semula. Ada sesuatu yang telah memacu hati ini untuk bertinta. Apakah ia?

          Sebentar tadi, diri ini membaca buku Akidah Islamiah karangan Syeikh Sayyid Sabiq. Ada satu ayat yang ku rasakan sangat terkesan:
“Pengalaman manusia dalam kehidupan dunia ini sebenarnya telah membimbingnya untuk mencapai penemuan kepada Allah secara sedar bukan kerana paksaan” (Syeikh Sayyid Sabiq, buku Akidah Islamiah, halaman 78)

PENGALAMAN…
Ya, pengalaman mematangkan kita. Pengalaman telah mengajar kita untuk berlari mendekatiNya. Pengalaman membuat kita semakin merintih padaNya dan berdoa bersungguh-sungguh padaNya.

Bila sebut pengalaman yang telah membuat kita semakin mendekatiNya…ku teringat pengalaman DOAku untuk berjumpa dengan jodohku. Ku telah nukilkan kisah Doa ini dalam entri yang sebelum ini.
DOA….
Doa itu senjata orang mukmin,
Doa itu mendekatkan kita dengan Rabb,
Doa itu menyedarkan kita saat teralpa,
Doa itu menguatkan cinta kita pada kekasih Ilahi.

Alhamdulillah, kini suamiku pula yang banyak mengingatkan diri ini tentang Doa. Bukanlah cerita ini untuk menunjuk siapa suamiku, namun ambillah ibrah dan sama-samalah kita perbaiki diri.

Tatkala ku tergesa-gesa ingin memasuki tandas, suamiku menarik tanganku lalu mengingatkanku untuk berdoa dahulu. Allah….alpanya aku.

Tatkala mataku hampir terpejam, suamiku mengajak untuk berdoa sebelum tidur.

Tatkala masuk dalam kereta, suamiku mengajakku menadah tangan untuk berdoa bersama-sama.

Tatkala ku rungsing, suamiku mengingatkanku tentang kuasa Doa.

Tatkala ku sakit, suamiku membaca doa untukku. Lantaran itu, ku belajar untuk sentiasa membaca doa ketika sakit bukan sekadar mengeluh.

          Alhamdulillah, syukur ya Allah atas kurniaaMu seorang insan yang selalu mengingatkanku tentangMu. Jika dahulu pengalamanku belajar DOA bersungguh-sungguh untuk jodoh itu. Sekarang, jodoh ini mengajarku untuk sentiasa berDOA mengingatimu selalu. Benarlah…pengalaman itu sebenarnya membawa kita kepada Allah s.w.t. Akhir kalam, jom ubah cara hidup kita untuk semakin rapat dengan Allah s.w.t, InsyaAllah, moga-moga hidup kita makin berseri dengan cintaNya. Aamiin.
Wallahualam.

8.42 pm,
UKM, Bangi.

Tuesday, March 27, 2018

Ubah cara DOA untuk Jodoh



Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t,
Saat mata ingin tertutup saat membuat tesis, maka berehatlah sebentar dengan menulis di blog ini. Ana masih berhutang dengan beberapa orang tentang pertemuan JODOH. Jadi, insyaAllah, ana tunaikan pada hari ini.

          Sebenarnya definisi Jodoh sangat luas. Jodoh itu bukanlah semata-mata merujuk kepada pasangan sahaja namun juga kepada yang lain. Misalnya, jodoh tempat kerja, jodoh berkerjasama dengan sesebuah organisasi dan pelbagai lagi. Cumanya, pada kali ini ana highlightkan Jodoh dengan pasangan.

          InsyaAllah lagi sebulan bakal menjadi seorang isteri. Mungkin tidak layak lagi ana bercakap tentang jodoh ini. Namun, ada sedikit perkongsian dari kisah hidup ana yang mungkin boleh diambil sebagai ibrah atau teladan. Mana tahu boleh menjadi insipirasi buat anda juga.

2016 – Pada tahun ini, ana berusia 24 tahun. September, 2016 ana mendaftarkan diri sebagai mahasiswa sarjana di UKM. Hujung tahun, ana dimaklumkan adik ana, Firdaus ingin bertunang pada Februari 2017. Ini bermakna, adik ana sudah menemui jodohnya dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Rancangannya, mereka akan berkahwin pada April 2017.

          Hujung tahun 2016, ayah bertanya serius padaku, “Kak dah ada orang?”. Jujur, ana belum ada. Mungkin benar orang cakap ana terlalu memilih. Tapi bagi ana, tidak salah memilih sebab ana bukan sedang mencari seorang lelaki tetapi khalifah. Banyak benda ana perlu pertimbangkan. Maka perbualan kami diteruskan:

Ayah:  “kak serius dak nak kawin?”

Ana: “Eh..mesti la nak kawin”.

Ayah: “kak rancang nak kawin bila?”

Ana: “er…sampai jodoh..kawin la..hehe”.

Ayah: “Kak doa cam mana?”

Ana: “ emm…nabilah doa bagi dapat jumpa jodoh yang baik, soleh…bla..bla..”, ngomelku.

Ayah: “kak tak serius nak kawin!”,

Ana: “Ha? Emmm…” tersentap.

Ayah: “kak dulu masa UPSR, doa cam mana?”

Ana: “doa bagi dapat 5A UPSR”.

Ayah: “ok…kita akan specifickan doa kita, nak dapat 5A. Kita sebut 5A. kenapa kita tak sebut ‘ya Allah..bagi aku lulus pun dah ok’. Kita akan usaha untuk dapatkan 5A tu pulak kan?”

Ana terdiam…berfikir.

Ayah: “So, cuba kak tulih balik, hajat kak nak kawin bila, pastu bagitaw ayah.”

Ok…..ana pun dalam masa beberapa hari…rancang balik semua. Dah sedia, ana pun sembang balik dengan ayah.

Ana: “Ok ayah..dah plan dah. Nabilah ingat…paling lewat nak kawin dalam umur 27 tahun. Taun depan, Nabilah harap dah jumpa seseorang yang orang kata InsyaAllah dengan kita. Tak tunang lagi pun takpa, asalkan memang kedua family dah setuju. So, 26 tunang, kawin 27. Kalau ada rezeki kawin awal lagi pun takpe, lagi Alhamdulillah”.

Ayah: “ok…mulai saat ini, sebut setiap kali dalam doa detail macam yang kak nak tu. Pastu, banyakkan solat hajat, qiamullail dan solat-solat sunat”.

Baiklah…..bermulalah perjalananku dalam usaha mendapatkan JODOH.  Serius, rasa lain. Sebab bila kita dah ubah cara doa kita dan doa spesifik tu, kita rasa sangat bersungguh-sungguh. Dalam masa yang sama, kita juga automatik terislahkan diri kita. Misalnya, qiamullail kita makin terjaga, solat-solat sunat kita jua. Senang cakap, kita juga makin serius dan sungguh-sungguh dalam ibadah kita.

Akhirnya, sebelum masuk 2017, tiba-tiba hadir seorang siswa UKM berhajat padaku. Dia sangat serius dengan hajatnya. Padahal baru ja kenal denganku tapi berani berjumpa dengan ayahku menyatakan hasratnya. Ana? Ana masih belum ada jawapan. Sampaikan ayah tegur..”kak ada tunggu sesiapa? Bukalah hati menerima seseorang, bukan ka kak cakap kat ayah..nak cinta lepas kawin”. Ana terdiam. Ana minta diberi masa dan memesan pada siswa itu jangan terlalu berharap pada ana.

2017 – Hari demi hari, ana masih belum ada jawapan untuknya. Entah kenapa hatiku belum kuat dengannya. Baiklah, ana ambil keputusan akhir Februari, untuk memberi jawapan.

16 Februari 2017 – Tarikh hari lahirku. Malam itu, ada akhowat yang sudah berkahwin hantar msg padaku dan bertanya, ana dah ada orang ke belum. Ana terdiam sejenak dan istighfar. Jujurnya, ana memang merasakan ana belum ada sesiapa lagi malah masih belum memberi jawapan pada siswa itu sebab hati ana masih belum kuat mengatakan dia adalah jodoh ana. Maka ana jawab sepatah ,’belum’. Akhirnya, malam itu ana diberitahu siapakah gerangan syabab yang berhajat pada ana. Ada titisan air mata yang mengalir. Ana minta diberi masa untuk istikharah dan istisyarah dengan keluarga.

          Dalam beberapa hari, ana sudah ada jawapan setelah istikharah dan istisyarah bersama keluarga. Bismillah….ana terima. Jawabku pada akhowat itu. Ini bermakna ana menolak siswa UKM itu. Maafkan ana. Ada air mata mengalir saat ku menjawab ‘ana terima’. Ya Allah, tidak sampai beberapa bulan dari usahaku yang tak seberapa itu, Kau hadirkan si dia.

17/12/2017- Kami tunang.


          Benar. Mungkin ada yang akan cakap..’takpela..dah jodoh hang…’. Namun, ingin ku katakan pada kalian….

DOA itu telah mengajarku mendahulukan cintaNya,
DOA itu telah membuatku rasa sepenuh harapan padaNya,
DOA itu telah mengajarku erti kesabaran yang tiada terhingga,
DOA itu telah merapatkan hubungan aku dan DIA,
DOA itu telah melatihku untuk belajar berjuang,
DOA itu telah menyedarkanku yang sering alpa,
DOA itu telah menyuburkan segenap kekuatan hati,
DOA itu mengingatkanku tentang ikhtiar dan tawakal.

          Jodoh itu perlu diusahakan… teruskan usaha, jangan putus asa. Yang penting, kita perlu selalu rasa ingin perbaiki diri dan berlari meraih cintaNya. Try lah buat macam apa yang ayah ana sarankan buat. Mana tahu, ini jalan yang Allah bagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita. Mempersiapkan kita dengan cintaNya sebelum diberi cinta manusia. Apapun, tahniah untuk semua. Mungkin kisah kita berbeza. Ini kisah ana. Namun, asbab ana menulis adalah kerana terdapat insan-insan yang bertanyakan apa usaha ana untuk jodoh ini. Ini jawapan ana. Mohon doakan ana dan bakal jodoh ana ni. Jemput datang ke walimah kami akhir bulan depan. Sekian dari seorang yang masih sedang islahkan diri.

Sekian.

Siti Nabilah Azman,
27/3/18, 4.51pm
PTSL, UKM.


Saturday, March 24, 2018

Pengalaman temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MRSM sambilan



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar iman anda hari ini? Apa radar perasaan anda tika ini? Apapun radarnya, moga ia kembali pada Allah. InsyaAllah, moga semuanya baik-baik sahaja. Pada entri kali ini, InsyaAllah ana akan berkongsi tentang pengalaman temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MRSM bertaraf sambilan dalam subjek Pendidikan Islam. Moga ia bermanfaat pada semua dan bagi yang akan ditemuduga nanti.

          Nak jadi ceritanya, suatu hari kak Izzah bagi satu gambar iklan jawatan kosong di Perak. Sebenarnya, lagi beberapa hari dah nak tutup permohonannya. Tarikh tutup permohonannya 12 Mac 2018. Resume dan Salinan sijil perlu dihantar kepada pengetua MRSM tersebut. Maka demi untuk sebuah pengalaman dan berfikir akan duduk di Perak selepas ini, maka ku mencuba. Ana post resume dan Salinan sijil-sijil yang telah disahkan pada 8 Mac 2018 (khamis).

          Pada petang 19 Mac 2018 (isnin) ku mendapat dua panggilan dari MRSM Parit. Disebabkan silent handset, maka ku terlepas untuk menjawabnya. Ana pun kol balik no tersebut. Ana dimaklumkan telah dipanggil untuk ditemuduga pada 21 Mac 2018 (rabu) pada jam 10 pagi. Allahurabbi, terlalu singkat masa yang diberi. Ana masih di UKM ketika ini malah masih banyak urusan yang bertimbun. Memikirkan sijil-sijil sebenar masih di Kedah, maka ku kol balik pihak MRSM untuk minta tunda temuduga ke pagi Khamis. “Maaf cik, tak boleh tunda sebab telah disetup”. Baik, ku akur.

          Ku terus menelefon ayah memaklumkan temuduga tersebut. Agak kelam kabut. Ku hanya boleh balik atau ke Perak terus pada malam 20 Mac 2018 (selasa). Kesian makayah, kejap-kejap hantar gambar-gambar baju-bajuku untukku pilih dan mereka akan bawa terus ke Perak. Kiranya, ku terus naik bas ke Perak nanti dan berjumpa dengan mereka di sana. Comel tengok makayah dok matchingkan baju dan tudungku. Bawa fail-fail sijilku. Allah...ya Rabb, aku saksi jasa pengorbanan makayahku terhadap anaknya ini.

          20 Mac 2018- Alhamdulillah ku sampai di Ipoh dah lewat malam. Kesian makayah dok Ipoh tunggu ku sampai dari pukul 8.30 malam-12.30 tengah malam. Syukur ada encik tunang yang menemani dan menyantuni keluargaku memandangkan dia memang asal Ipoh ja. Moga Allah membalas jasamu encik tunang. Setibanya ku sampai, makayah terus membawaku ke homestay di Parit yang memang sudah berdekatan dengan MRSM Parit. Kami sampai di homestay dah nak dekat jam 1.30 pagi.

          21 Mac 2018 (rabu) –Tiba-tiba ku merasa was-was pukul berapa temuduga sebenarnya, maka ku pergi awal. 8.30 pagi dah sampai di pejabat MRSM Parit. Ku mendaftar diri dan katanya awal lagi lalu menyuruhku sarapan dulu. Ketar sebenarnya sebab dok baca pengalaman orang temuduga di MRSM yang macam-macam dikatakan. So, dah membaca sikit dan tawakal je la.

          Pukul 9.45 pagi, ku pergi semula. Ku dapati ada lagi dua calon lain yang sedang menunggu. Seorang lepasan UPSI dan seorang lepasan UIA. Jam dah nak masuk 10.20 pagi, baru aku dipanggil ke bilik temuduga sebagai calon pertama. Allah, berdebar. Ku ketuk bilik dan memberi salam. Tiba-tiba ada seseorang penemuduga yang telah bukakkan pintu.

          Ku diminta fail sijil dan diminta duduk. Bilik yang luas. 2 penemuduga lelaki, 2 penemuduga perempuan. So, semua 4 orang yang akan menemubual ku. Ok, bermulalah…:

1-    Ana diminta perkenalkan diri. So, cerita la sikit tentang latar belakang diri dan akademik.

2-   Mereka tanya tentang latar belakang akademik. Jujurnya, ana bukan seorang yang pandai. SPM biasa-biasa saja. Kemudian, tanya tentang markahku semasa di Jordan. Dan tanya apa komen ana? So, ana cerita sikit tentang perbezaan cara pembelajaran. Dan entah macam mana depa pun taw la ana tengah buat master.

3-   Kena mockteaching. Haha. Patut perasan ada papan putih dan marker dalam bilik. Tajuk spontan depa bagi tanpa ada masa untuk berfikir..hihi..Kena tajuk
“Ahli Sunnah wal Jamaah dan ajaran sesat di Malaysia”. Otak tetiba krik..krik..dok pikiaq nak start dari mana..tapi rasa macam tak dapat perform dengan baik..sebab otak melayang…tak kemas persembahannya. Bersoal jawab pulak tentang Wahabi..Liberalisme…Bid’ah. Kata seorang penemuduga..”budak akan soal jawab macam ini..sebab pemikiran student ke arah isu semasa”.
Terasa kerdilnya diri dan banyak kena muhasabah yang kurang ilmu lagi aku ni.  

4-   Depa tanya tentang pengalaman ku kerja sebelum ni. Disebabkan ku pernah ada dua kali pengalaman jadi guru ganti pendidikan Islam dan home tutor, maka banyak depa tanya. Contoh: di sek ganti dulu, selain mengajar ada tak kena diamanahkan buat kerja lain seperti pengiring ka..penceramah ka.

5-   Depa tanya adakah sanggup jadi warden seandainya depa terima kita? Punya la ketaq sampai terjawab..”sanggup”. Allah…sampai lupa nak kahwin bulan depan. Hmm..pastu depa tanya..disebabkan ku pernah jadi pen.ketua pengawas sekolah, maka automatik pernah jadi ketua asrama. Depa tanya, apakah masalah yang kita nampak dalam asrama sebagai ketua asrama. Kemudian, depa tanya, seandainya depa bagi ana dalam masa dua bulan di sek itu, apa sumbangan dan program yang ana tengok boleh buat untuk bantu student di situ. Berdasarkan pengalaman as ketua asrama dan pen.ketua pengawas dulu, ku pun cerita dan bagi cadangan sampai ada salah seorang penemuduga tanya..”agak-agak cik Nabilah, untuk merealisasikan perancangan dan cadangan Nabilah tu..apa material atau pihak sekolah boleh sediakan?” erk..ana jawab, tak perlu lagi sebab ana nak berjumpa dahulu dengan pimpinan dan melihat apakah masalah sebenarnya dan baru taw nak buat apa kepada mereka.

6-   Tanya hukum hakam feqh. Depa tanya apa pendapatku student muslim and non-muslim dok sedorm?

7-   Diminta cerita sikit tentang MARA dan MRSM Parit. Dan apa pendapatku tentang masalah yang mereka hadapi taun lepas tentang kes buli.

8-   Depa tanya apa pendapat ana tentang penggunaan gajet smartphone sekarang dalam kalangan student? Setuju atau tidak? Dan bagaimana?

9-   Depa tanya dulu persatuan apa? Dan aktif dak? Contoh pernah terlibat tak dengan perkhemahan.

10-Last sekali, minat sungguh tak untuk mengajar?

Akhirnya, setelah 40 minit, baru habis temuduganya. Soalan bertubi-tubi tanpa henti. Dahsyat gak temuduganya. Kita ambik pengalaman. Dan boleh perbaiki diri, betul dak? So, selamatlah bagi yang akan ditemuduga. Jom banyakkan lagi gali ilmu Allah ini. InsyaAllah, ada rezeki, tak ke mana. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bittaufiq. Doakan ana ya.

Siti Nabilah Azman
24/3/18, 3.11pm.
Kajang, Selangor.



Sunday, February 4, 2018

Buat Bahagia Pada Orang Lain, Allah akan bahagiakan kita


Bismillah…
Benar, saat kita cuba bahagiakan org lain, Allah balas sesuatu yg sgt membahagiakan kita tanpa diduga. Ikuti kisah ana di bawah yg mungkin dpt kita muhasabah bersama.

Dua hari lepas, Ana terjumpa dgn seorang ukhti, Musafir dari jauh, Setelah berbicara, baru ku tahu hari itu besdaynya. Ku tanya makan dengan siapa? Dia cakap dia puasa dan sat lagi mkn sorg2. Hatiku terdetik.. Hari bahagianya ini mkn sorg2, sambut sorg2? Allah... Fikiranku sudah tidak lagi bersama tesis,. Tapi beralih pada ukhti tersebut. Aku bermonolog,

"apalah salahnya andai aku cuba buat dia bahagia pada hari bahagianya ini?"

Aku berhajat utk beli kek dan belanja dia makan. Jujur, duit di tanganku, tidak sampai RM10. Ada lagi duitku, tp tertinggal di bilik sewa. Jauh jugak klu aku nak patah balik ambik duit ni. Hmmm..tbe2 ada ja bisikan syaitan yg menghasut..

"uit..hang kan tengah berjimat, xyah la belanja dia"

Huhu. Ditangkis cepat-cepat hasutan itu. Baru teringat, ada satu kad bank ku yg lama tak guna ad duit sikit lagi. Maka, ku bergegas menuju ATM. Hanya RM30 dapat dikeluarkan. Takpela, InsyaAllah cukup. Kedai yang dekat dgn kami banyak dah tutup. Terpksa kami cari kedai lain dan naik grab sbb kami xd kenderaan sendiri. Entah kenapa grab kali ini sungguh mahal. Pujuk hati, takpe. InsyaAllah kheir.

Sampai sana, ku beli kek dan belanja ukhti itu. Jujur, aku pulak yg sebak saat melihat dia senyum. Aku bahagia melihat dia bahagia. Ya Rabb, moga ini dikira ibadah umtukku. Aamiin.

Hari ini..... Allah surprisekan aku dgn dpt hadiah besday awai. Ayah bagi handset. Ya Rabb, jujurnya aku tidak mengharapkan balasan seperti ini. Cukup KAU terima kebaikanku & amalanku. Kali ini, Hatiku sebak kembali. Allah itu benar-benar Maha Adil & Maha Menyayangi. Pernah dengar ini orang cakap macam ni : "The more you give, the more you get".

Jom buat baik.

Siti Nabilah Azman.
3.15pm, 4/2/18,
Lunas,Kedah.


Sunday, December 10, 2017

Surat Untuk Adikku, Firdaus



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t,
Saat ini mungkin ada yang sedang dibuai mimpi. Namun, aku masih melayang dengan perasaanku sebentar tadi. Saat mana menanti hidangan, telefonku bordering. Suara adikku mula kedengaran. Entah kenapa, ketika bercakap dengannya hari ini, jiwa ini sebak. Seolah ada selautan kerinduan yang bakal melepasi tembok mata.

Dialah adikku yang aku sangat kasihi,

Aku tiada abang, tapi dia buatku rasa seperti ada seorang abang.

Dulu, setiap kali mak ligan kami dengan hanger, sorang akan masuk tandas, sorang masuk bilik air.

Dulu, kami sama-sama meniaga acar limau. Naik basikal berdua. Aku memang malu bab-bab ni, maka dia bagi salam, aku tolong jual.

Dulu, saat mana mak pergi bekerja, kami masak bersama.

Dulu, saat aku sakit, dialah yang masak nasi dan goreng telur dan beri aku makan.

Dulu, saat dia berkeinginan sesuatu, dia sangat berdikari. Dia bekerja diam-diam tanpa pengetahuan makayah.

Kadangkala dia sakit, kakinya berdarah, aku sangat risau. Aku ingin memaklumkan kepada makayah. Dia menghalang. Katanya, tidak mahu makayah risau.

Kadangkala aku lihat dia marah pada adik-adik andai cakap kasar dengan makayah.
Dalam diam, ku tahu, dia sedang merancang sesuatu untuk keluarganya ini.

Kami memang terlalu rapat, sampaikan adik yang bongsu sangat cemburu. Kadangkala bila kami sharing masalah dalam bilik. Adik yang bongsu ketika itu masih kecil, katanya…”kak dan abang ni..kawin ka? Selalu berdua”.

Saat mana aku akan pergi Jordan..pesanku..tolong jaga makayah bila kak takdak di sini. Dan ku akui, dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dengan pelbagai dugaan telah meimpa keluarga kami.

Kemudian, ku sambung pengajian master di UKM. Suatu hari, aku dapat tahu, dia mahu berkahwin. Jujur, tika itu perasaanku berbaur. Ada sedih bercampur bahagia.

Saat mana dia melafazkan akad nikah…ada titisan air mataku jatuh. Adikku sudah bertukar status. Alhamdulillah. Sedikit rasa terkilan, aku tak dapat membantu dari segi kewangan ketika itu. Aku hanya mampu sumbangkan tenaga untuk persiapan majlisnya.

Duhai adikku Firdaus,
Perjalanan hidup kita masih berbaki,
Kaulah adik yang terbaik pernah ku rasai,
Akak bahagia memiliki adik sepertimu.

Duhai adikku Firdaus,
Sebenarnya dalam diam ku mengagumi,
Akak bukanlah yang terbaik,
Tapi akak berusaha menjadi akak yang terbaik untuk kalian.

Duhai adikku Firdaus,
Akak tahu kadangkala ada beban yang merantaimu,
Namun, akak tahu kau kuat menghadapinya,
Bukankah akak selalu mengingatkanmu tentang Syurga Firdaus?

Duhai adikku Firdaus,
Mungkin saat ini,
Masa telah meragut masa kita bersama,
Namun kasih kita tidak akan terbatas dek waktu.

Duhai adikku Firdaus,

Pada malam yang syahdu ini,
Saat batas malam menjamah sang fajar,
Ku nukilkan surat untukmu duhai adik.
Moga kau terus kuat dalam hadapi onak duri ini,
Moga perkahwinan yang telah dibina bahagia hingga Jannah,
Moga juga kau menjadi insan yang berguna dan bermanfaat pada orang lain.

Mohon jangan sebak baca nukilan ini.
Ini sahaja yang mampu ku nukilkan malam ni.
Mana tahu andai akak dah tiada di dunia ini,
Nukilan ini akan menjadi pengubat rindumu padaku.

Yang ikhlas menyayangimu,
Siti Nabilah Azman,
1.10 am, 10/12/17

UKM, Bangi.