Bismillah...
Alhamdulillah...rupanya boleh sign in kembali blogger ini..setelah setahun mencuba.
2019 telah berlalu...
2020 kini menjelma...
Akhir tahun 2019, Allah memberiku pengalaman yang sangat berharga sepanjang berada di wad.
Malam Ahad, 15/12/19, perutku masih terasa sakit. Sudah 3 hari cirit birit, muntah dan perut terasa mengeras. Usai solat Isyak, sakit makin menjadi. Ku sandarkan badan di dinding. Suamiku suruh bersiap untuk ke hospital.
Sampai sahaja di hospital, nurse nak cek CTG jantung anak. "Keras perut kamu ni", kata seorang nurse. Selepas itu, doktor panggil untuk scan baby katanya. Aku mengikut doktor itu ke bilik scan. Aku diminta baring. Tapi...ku melihat doktor itu asyik membelek kertas CTG ku.. "awak ada contraction". "Em...saya nak cek bawah dulu, boleh?". Aku hanya mengangguk.
Tiba-tiba, "awak dah buka 2cm", kata doktor. Allah, terkejut sangat. Terus kena tahan wad. Maka bermulalah episodku di hospital...Pelbagai ragam manusia ku lihat. Pelbagai hikmah yang ku dapat.
Aku melihat ada orang meraung-raung kesakitan.
Aku melihat ada orang asyik menangis menahan kesakitan.
Aku melihat ada orang termenung menanti hari untuk pembedahan.
Aku melihat ada orang mengusap perut asyik memujuk babynya keluar.
Aku melihat ada orang baring ke kiri sekejap ke kanan mencari posisi yang selesa.
Aku melihat ada orang goyangkan katil menjerit kesakitan.
Aku melihat ada orang ke hulu ke hilir bagi mudah bersalin.
Aku melihat ada orang kerap ke surau merintih pertolongan kepadaNya.
Ya Allah...
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Betapa kentalnya hati seorang ibu.
Betapa tabahnya menghadapi ujian.
Betapa kuatnya seorang ibu.
Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu.
Ayuh, hargailah ibu anda.
Percayalah ibu anda telah melalui saat gentir untuk melahirkanmu.
Maka...
Atas alasan apa lagi untuk kita menyakiti perasaannya?
Renungkanlah...
Siti Nabilah Azman
11.30 pm, 5/1/2020
Ipoh.
Alhamdulillah.. moga baik2 sahaja
ReplyDelete