Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum
w.b.t,
Apa
khabar iman anda hari ini? Apa radar perasaan anda tika ini? Apapun radarnya,
moga ia kembali pada Allah. InsyaAllah, moga semuanya baik-baik sahaja. Pada
entri kali ini, InsyaAllah ana akan berkongsi tentang pengalaman temuduga
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah MRSM bertaraf sambilan dalam subjek
Pendidikan Islam. Moga ia bermanfaat pada semua dan bagi yang akan ditemuduga
nanti.
Nak jadi ceritanya, suatu hari kak
Izzah bagi satu gambar iklan jawatan kosong di Perak. Sebenarnya, lagi beberapa
hari dah nak tutup permohonannya. Tarikh tutup permohonannya 12 Mac 2018.
Resume dan Salinan sijil perlu dihantar kepada pengetua MRSM tersebut. Maka
demi untuk sebuah pengalaman dan berfikir akan duduk di Perak selepas ini, maka
ku mencuba. Ana post resume dan Salinan sijil-sijil yang telah disahkan pada 8
Mac 2018 (khamis).
Pada petang 19 Mac 2018 (isnin) ku
mendapat dua panggilan dari MRSM Parit. Disebabkan silent handset, maka ku
terlepas untuk menjawabnya. Ana pun kol balik no tersebut. Ana dimaklumkan
telah dipanggil untuk ditemuduga pada 21 Mac 2018 (rabu) pada jam 10 pagi.
Allahurabbi, terlalu singkat masa yang diberi. Ana masih di UKM ketika ini
malah masih banyak urusan yang bertimbun. Memikirkan sijil-sijil sebenar masih
di Kedah, maka ku kol balik pihak MRSM untuk minta tunda temuduga ke pagi
Khamis. “Maaf cik, tak boleh tunda sebab telah disetup”. Baik, ku akur.
Ku terus menelefon ayah memaklumkan
temuduga tersebut. Agak kelam kabut. Ku hanya boleh balik atau ke Perak terus
pada malam 20 Mac 2018 (selasa). Kesian makayah, kejap-kejap hantar
gambar-gambar baju-bajuku untukku pilih dan mereka akan bawa terus ke Perak.
Kiranya, ku terus naik bas ke Perak nanti dan berjumpa dengan mereka di sana.
Comel tengok makayah dok matchingkan baju dan tudungku. Bawa fail-fail sijilku.
Allah...ya Rabb, aku saksi jasa pengorbanan makayahku terhadap anaknya ini.
20 Mac 2018- Alhamdulillah ku sampai
di Ipoh dah lewat malam. Kesian makayah dok Ipoh tunggu ku sampai dari pukul
8.30 malam-12.30 tengah malam. Syukur ada encik tunang yang menemani dan menyantuni
keluargaku memandangkan dia memang asal Ipoh ja. Moga Allah membalas jasamu
encik tunang. Setibanya ku sampai, makayah terus membawaku ke homestay di Parit
yang memang sudah berdekatan dengan MRSM Parit. Kami sampai di homestay dah nak
dekat jam 1.30 pagi.
21 Mac 2018 (rabu) –Tiba-tiba ku
merasa was-was pukul berapa temuduga sebenarnya, maka ku pergi awal. 8.30 pagi
dah sampai di pejabat MRSM Parit. Ku mendaftar diri dan katanya awal lagi lalu
menyuruhku sarapan dulu. Ketar sebenarnya sebab dok baca pengalaman orang
temuduga di MRSM yang macam-macam dikatakan. So, dah membaca sikit dan tawakal
je la.
Pukul 9.45 pagi, ku pergi semula. Ku
dapati ada lagi dua calon lain yang sedang menunggu. Seorang lepasan UPSI dan
seorang lepasan UIA. Jam dah nak masuk 10.20 pagi, baru aku dipanggil ke bilik
temuduga sebagai calon pertama. Allah, berdebar. Ku ketuk bilik dan memberi
salam. Tiba-tiba ada seseorang penemuduga yang telah bukakkan pintu.
Ku diminta fail sijil dan diminta
duduk. Bilik yang luas. 2 penemuduga lelaki, 2 penemuduga perempuan. So, semua
4 orang yang akan menemubual ku. Ok, bermulalah…:
1-
Ana diminta perkenalkan
diri. So, cerita la sikit tentang latar belakang diri dan akademik.
2-
Mereka tanya tentang latar
belakang akademik. Jujurnya, ana bukan seorang yang pandai. SPM biasa-biasa
saja. Kemudian, tanya tentang markahku semasa di Jordan. Dan tanya apa komen
ana? So, ana cerita sikit tentang perbezaan cara pembelajaran. Dan entah macam
mana depa pun taw la ana tengah buat master.
3-
Kena mockteaching.
Haha. Patut perasan ada papan putih dan marker dalam bilik. Tajuk spontan depa
bagi tanpa ada masa untuk berfikir..hihi..Kena tajuk
“Ahli
Sunnah wal Jamaah dan ajaran sesat di Malaysia”. Otak tetiba krik..krik..dok
pikiaq nak start dari mana..tapi rasa macam tak dapat perform dengan
baik..sebab otak melayang…tak kemas persembahannya. Bersoal jawab pulak tentang
Wahabi..Liberalisme…Bid’ah. Kata seorang penemuduga..”budak akan soal jawab
macam ini..sebab pemikiran student ke arah isu semasa”.
Terasa
kerdilnya diri dan banyak kena muhasabah yang kurang ilmu lagi aku ni.
4-
Depa tanya tentang pengalaman
ku kerja sebelum ni. Disebabkan ku pernah ada dua kali pengalaman jadi guru
ganti pendidikan Islam dan home tutor, maka banyak depa tanya. Contoh: di sek
ganti dulu, selain mengajar ada tak kena diamanahkan buat kerja lain seperti
pengiring ka..penceramah ka.
5-
Depa tanya adakah sanggup
jadi warden seandainya depa terima kita? Punya la ketaq sampai
terjawab..”sanggup”. Allah…sampai lupa nak kahwin bulan depan. Hmm..pastu depa
tanya..disebabkan ku pernah jadi pen.ketua pengawas sekolah, maka automatik
pernah jadi ketua asrama. Depa tanya, apakah masalah yang kita nampak dalam
asrama sebagai ketua asrama. Kemudian, depa tanya, seandainya depa bagi ana
dalam masa dua bulan di sek itu, apa sumbangan dan program yang ana tengok
boleh buat untuk bantu student di situ. Berdasarkan pengalaman as ketua asrama
dan pen.ketua pengawas dulu, ku pun cerita dan bagi cadangan sampai ada salah
seorang penemuduga tanya..”agak-agak cik Nabilah, untuk merealisasikan
perancangan dan cadangan Nabilah tu..apa material atau pihak sekolah boleh
sediakan?” erk..ana jawab, tak perlu lagi sebab ana nak berjumpa dahulu dengan
pimpinan dan melihat apakah masalah sebenarnya dan baru taw nak buat apa kepada
mereka.
6-
Tanya hukum hakam feqh.
Depa tanya apa pendapatku student muslim and non-muslim dok sedorm?
7-
Diminta cerita sikit
tentang MARA dan MRSM Parit. Dan apa pendapatku tentang masalah yang mereka
hadapi taun lepas tentang kes buli.
8-
Depa tanya apa pendapat
ana tentang penggunaan gajet smartphone sekarang dalam kalangan student? Setuju
atau tidak? Dan bagaimana?
9-
Depa tanya dulu persatuan
apa? Dan aktif dak? Contoh pernah terlibat tak dengan perkhemahan.
10-Last
sekali, minat sungguh tak untuk mengajar?
Akhirnya,
setelah 40 minit, baru habis temuduganya. Soalan bertubi-tubi tanpa henti.
Dahsyat gak temuduganya. Kita ambik pengalaman. Dan boleh perbaiki diri, betul
dak? So, selamatlah bagi yang akan ditemuduga. Jom banyakkan lagi gali ilmu
Allah ini. InsyaAllah, ada rezeki, tak ke mana. Allah lebih tahu apa yang
terbaik untuk kita. Bittaufiq. Doakan ana ya.
Siti Nabilah Azman
24/3/18, 3.11pm.
Kajang, Selangor.
No comments:
Post a Comment