Sambutlah cinta ALLAH yang dicurahkan kepada hambaNya.. Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian… Tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan.. Tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan.. Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Tautan Ukhwah
Saturday, February 21, 2015
Awak & Salju
Awak...
Saat detik perkenalan kita,
Indahnya seperti melihat butiran salju,
Yang sarat dengan memori kita.
Awak...
Lupakah kita?
Butiran salju itu nanti akan mencair,
Saat itu...
Mungkin ada titisan air mata mengalir.
Awak...
Salju tidak akan selalu bersama kita,
Ia akan hilang dihangati mentari,
Tapi percayalah..
Mentari itu akan membawa lembaran kisah kita yang baru.
Awak...
Tahukah dikau kenapa salju akan pergi?
Segersang mentari akan bercerita padamu.
Saat itu, kau akan tahu kenapa aku begini,
Biarlah salju ini membantu hatiku berbicara.
Awak...
Ku ukir kenangan kita di sebalik kabus salju,
Samar-samar ia kelihatan,
Namun ia benar wujud di sana,
Ia realiti bukan fantasi.
Awak...
Saat ini rinduku terlalu menebal,
Mengatasi tebalnya salju di jendela sana,
Di sebalik hembusan salju,
Ku selitkan doa dan harapan.
Siti Nabilah Azman
21/2/15
Mu'tah, Jordan.
Tuesday, January 20, 2015
Di Mana Kau MUJAHADAH?
Mujahadah...
Kenapa kau sering lari daripadaku?
Atau aku terlepaskanmu?
Aku amat memerlukanmu,
Kembalilah padaku.
Janganlah menyorok denganku lagi,
Hatiku sesak memikirkanmu,
Aku mahu bersamamu,
Mara bersama ke arahNya.
Tahukah dikau?
Saat kau tiba-tiba hilang menyepi,
Aku tampak bahagia,
Namun hakikatnya aku derita,
Derita dengan dosa yang menggunung.
Aku sedar,
Kau hilang bukan sendiri,
Iman yang membawamu pergi,
Saat Iman lemah,
Kau turut lemah,
Akhirnya, kau lesap!
Benar!
Aku yang sebenarnya lemah,
Membiarkan Iman jatuh tersungkur,
Membiarkan dikau hilang menyepi,
Seolah aku yang merelakan kalian pergi.
Aku mungkin kerap berdoa,
Mengharapkan kau dan Iman terjaga,
Tapi rupanya ikhtiarku rapuh,
Alpa tumbuh dalam fikiranku,
Sehingga aku lupa menangkasnya.
Saat ini,
Aku benar-benar perlukanmu,
Aku semakin kekurangan waktu,
Kematian semakin dekat denganku,
Mati dalam Husnul Khatimah menjadi hajatku.
Tahukah dikau?
Aku tak pernah lelah mengejarmu,
Jika ini mampu menjadi saksi usahaku,
Aku kini bukan hanya meratapi kehilanganmu,
Malah ku kesali dengan lemahnya Iman jua,
Sekerah tenaga ku gunakan untuk menjaga kalian.
Mujahadah...
Jangan kau merajuk lagi denganku,
Marilah bersamaku mara ke arahNya,
Aku tahu Iman perlu bersama kita,
Akan ku usahakan,
Ini harapanku,
Ya Rabbi, saksikanlah perjuangan kisahku bersama Mujahadah dan Iman ini.
Matikanlah aku dalam Husnul Khatimah.
Aamiin.
19/1/15,
11.37pm
Mutah, Jordan.
Thursday, January 8, 2015
Ummu Hani Binti Abi Talib
Ummu Hani merupakan sepupu Rasulullah s.a.w. Nama
sebenarnya Fakhitah Binti Abu Talib. Sebelum ini, namanya Ummu Amr, tetapi
setelah anaknya Amr mati semasa kecil, namanya ditukar ke Ummu Hani.
Semasa jahiliah, Rasulullah pernah meminangnya. Dan ketika
itu jua, ada seorang pemuda bernama Hubairah juga meminangnya. Abu Talib telah
memilih Hubairah menjadi pasangan anaknya itu.
Hubairah dan Fakhitah akhirnya terpisah kerana Islam. Apabila
mengetahui isterinya memasuki Islam, Hubairah melarikan diri. Ummu Hani ini
amat mementingkan hak anak-anaknya sehingga dia mendapat pujian, “ Sebaik-baik
wanita penunggang unta adalah wanita Quraisy, sangat penyayang terhadap
anak-anaknya”.
Pada hari pembukaan negeri Mekah, ada dua kerabat
suami Ummu Hani dari Bani Makhzum, Al-Harits bin Hisyam dan Zuhair bin Abi
Umayyah bin Al-Mughirah, datang kepada Ummu Hani untuk meminta perlindungan. Namun,
datang Ali Bin Abi Talib mengatakan, “Demi Allah, aku akan membunuh dua orang
tadi!”
Lalu Ummu Hani bergegas ke rumah Rasulullah s.a.w dan
mengadu kepada beliau. Maka baginda pun menjawab, “Aku melindungi orang yang
ada dalam perlindunganmu dan memberi jaminan keamanan pada orang yang ada dalam
jaminan keamananmu”.
Lihatlah betapa dengan kecerdasannya dalam aspek
keimanan, Ummu Hani mampu menyelamatkan dua orang itu. Selain itu, Ummu Hani
juga ada meriwayatkan hadis.
Wallahualam.
Friday, December 26, 2014
Kata-kata adalah Doa
Tokku
Seorang insan yang amat ku
kagumi. Banyak yang ku pelajari daripada insan ini. Satu ayat yang paling ku
suka.."Kata-kata adalah doa".
*********
Saat ku merinduinya, aku
menelefon tok untuk bertanya khabar,
"Asssalamualaikum, tok
sihat?", tanyaku.
"Waaikumussalam,
alhamdulillah, sihat ja..", jawabnya.
Namun, aku curiga. Aku
terdengar batukkannya berulang kali.
"Tok...tak sihat ka? dah
makan ubat?", tanyaku lagi.
"Allah...InsyaAllah.Takdak
apa la. Sihat ja. Nabilah jangan risau. Cikit ja ni", jawabnya dengan
tenang.
Aku terdiam seribu bahasa
memikirkannya.
********
Aku memang kerap tidur bersama
dengan tok. Cucu sulung la katakan. Pernah suatu malam, aku tersedar dan
melihat tok sedang urut kakinya.
"Tok...tok sakit? Nak
Nabilah yang picitkan?", tanyaku.
"InsyaAllah.Tak dak apa
la, lengah ja. Nabilah tidur la. Tok nak tidur dah jugak."
Aku terdiam seribu bahasa
memikirkannya.
*********
Pernah aku dan tok berbincang
tentang kewangan. Aku seolah mengeluh apabila merasakan kewangan tidak cukup
namun ditangkas oleh tok dan seolah memarahiku.
"Jangan cakap tak
cukup..cakap InsyaAllah cukup."
Sekali lagi, aku terdiam seribu
bahasa memikirkannya.
*********
"Tok...Nabilah risau la.
Macam tak ada rezeki ja nak p.."
"Jangan cakap tak dak
rezeki, cakaplah InsyaAllah, moga ada rezeki."
Aku terdiam seketika.
*********
"Pah nak meniaga..tapi
xtaw laku ke dak", luahan makku.
"Awat yang p pikiaq lagu
tu? InsyaAllah, ada. rezeki kita Allah yang pegang",tegas tok menjawabanya
*********
Akhirnya, aku tak mampu pendam
lagi dengan persoalan yang bermain di benak.
"Tok...boleh Nabilah tanya
cikit?"
"Apadia?"
"Kenapa tok selalu sangat
positif dan cakap InsyaAllah? Padahal kadang-kadang memang rasa benda tu tak
boleh, tapi tok dok suruh pikiaq benda baik dan cakap InsyaAllah",
tanyaku.
"Sebab, kita kena yakin
dengan Allah, percaya pada Allah, Allah yang Maha Mengetahui, bila kita cakap,
kita seolah doa pada Allah, jika Allah nak bagi, Allah bagi. Itu kuasa
Dia", jawab tok.
Sambungnya lagi.....
"Kita adalah apa yang kita
cakap dan pikiaq. Law kita pikiaq dan cakap sakit, dok sakit la kita sentiasa.
Law kita pikiaq tak dak duit dan selalu dok sebut tak dak duit, tak dak duit la
kita. Law kita selalu dok pikiaq negatif, tu yang selalu tak boleh buat. Kita
kena lawan. Kena selalu pikiaq baik dan ingat Allah, InsyaAllah ok. Ingat,
kata-kata tu doa".
Nah! Gedebuk batu jatuh kena
muka. Rasa tamparan yang hebat. Positifnya tok. Patut la hidupnya selalu ceria
walau macam-macam ujian yang ku lihat menghinggapinya. Tenang tok
menghadapinya. Satu inspirasi buatku.
Pengajaran yang ku kutip:
1) Jangan cepat mengeluh.
2) Buang fikiran negatif dan
jadi orang positif.
3) Yakin pada Allah.
4) Lawan dengan benda-benda
remeh yang mengganggu kita untuk melangkah laju kepada Allah.
5) Cakaplah dengan perkataan
yang baik.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Barangsiapa beriman kepada
ALLAH dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.”
(HR. Bukhari-Muslim)
6) Kata-kata adalah Doa.
Moga jadi inspirasi buat semua.
^_^
*Teruskan doa buat saudara mara
kita yang diuji dengan banjir. Dan bila kita berbincang tentangnya, cakaplah
yang baik-baik. kata-kata itu doa. ^_^
Wallahualam.
Siti Nabilah Azman,
24/12/14, 5.50pm,
Mu'tah, Jordan.
Saturday, December 20, 2014
Warkah SAHABAT
Bismillahirrahmanirrahim...
Tatkala diri mendahagakan kata-kata tentang sahabat, ku menghubungi seseorang dan mengharapkan sedikit kata-kata. Akhirnya, warkah SAHABAT ku terima.
*******
Pesannya Saidina Ali,
“Selemah-lemah manusia adalah
mereka yang tidak dapat mencari sahabat,
adapun mereka yang lebih lemah
lagi ialah apabila mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Nah, penting bukan kita punya
sahabat. Namun andai sudah mendapat seorang sahabat, haruslah sebaiknya
diikat. Tali ikatannya pula bukanlah dengan tali kejian dan mencari kesalahan,
tetapi seharusnya dengan talian keikhlasan tanpa mengharap balasan.
Namun begitu, dalam membenih
tautan ukhwah persahabatan ini, tujuan akhirnya nanti biarlah jitu iaitu
mardhatillah. Lumrahnya persahabatan diselangi perselisihan faham. Tetapi masih
asalkan benihnya Tuhan, siramannya iman dan bajanya kesetiaan, kan tetap
merimbun pohonan kasih sayang.
Tegurlah andai terlihat salah,
berlapanglah andai pendapat bercanggah. Ibaratnya persahabatan itu
seakan-akan rerumput lalang. Tidak peduli ditebas mahupun dipangkas, selama
mana turunnya embun dan hujan dari langit, maka selama itu pulalah akan terus
ia tumbuh mencengkam bumi. Begitu pula kita manusia, tidak peduli sehebat mana
pertelingkahan, sekeruh manapun campuran perasaan, asalkan diturunkan air
kesucian Islam dalam hati, selagi itu ia akan tumbuh lagi dan lagi.
Ukhwah dan persahabatan
misalannya tasbih, punya awalnya tiada akhirnya, dan dicipta untuk
mengingatiNYA. Salam, sapa dan senyuman, moga ia akan terus membahagiakan.
^_^
*jzkk buatmu atas perkongsian
tentang SAHABAT ini. Ringkas dan padat tapi cukup mendalam maksudnya.
Wednesday, December 10, 2014
Al-Khaliq (Maha Pencipta)
AL-KHALIQ (MAHA PENCIPTA)
“Kemudian Kami ciptakan air benih itu
menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami
balut tulang- tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami
bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan
dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.”
(Surah Al-Mu’minun, ayat 14)
Allah
itu Maha Pencipta.
Semuanya
Allah yang cipta.
Semuanya
dari Allah s.w.t.
Kini…
Ilmu pengetahuan kini telah berkembang luas dan juga
telah melampaui batas bagi manusia. Teori-teori sains yang materalis telah
mengatakan pada pemahamannya adalah “Apakah alam semesta ini wujud dengan
sendirinya atau memang ada yang menciptakan?” Inilah idea yang dilontarkan
oleh kaum materalis yang tidak percaya pada kewujudan Allah s.w.t.
Akhirnya, pada tahun 1996, seekor kambing biri-biri
yang bernama Dolly telah dilahirkan
hasil pengklonan dari sel dewasa. Ini dianggap sebagai kejayaan pertama dalam
bidang sains pengklonan. Dr. Harry Griffin telah membela hasil penciptaannya
dan menyatakan bahawa ini dapat membantu menghasilkan pelbagai tindakan baru terhadap
sejumlah penyakit.
Pada tahun 1998, Dolly melahirkan anak biri-biri
betina yang diberi nama Bonnie. Pada tahun 1999, Dolly melahirkan 3 anaknya
namun setelah itu Dolly menghidap penyakit arthritis. Akhirnya, meninggal pada
tahun 2003.
Namun, kata Dr Harry Griffin, jangkitan penyakit itu
biasa bagi biri-biri yang telah tua. Seolah-olah
menutup kelemahan yang ada pada klon itu.
Lihatlah, betapa manusia sering lupa bahawa Allah yang
telah menciptakan segalanya. Mencipta itu adalah menghadirkan sesuatu yang
tidak ada menjadi ada, sedangkan manusia hanya mencipta atau mereka-reka
sesuatu.
Sebenarnya, ilmu pengetahuan dan teknologi
menurut pandangan Al-Qur’an mengundang kita untuk melihat sekian banyak
ayat Al-Qur’an yang berbicara tentang alam raya. Menurut ulama terdapat 750
ayat Al-Qur’an yang menjelaskan tentang alam beserta fenomenanya dan
memerintahkan manusia untuk mengetahui dan memanfaatkannya.
Wallahualam.
Sunday, November 23, 2014
Check List Sebelum Tidur
Bismillah…
Jom check list sebelum tidur.
ü
BERWUDHUK
Hadis dari Al-Barra’ bin Azib r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Apabila engkau hendak tidur, berwudhuklah sebagaimana
wudhuk ketika hendak solat.”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
ü
SOLAT SUNAT
Nabi
Muhammad juga menyarankan umat Muslim utuk menunaikan Solat Sunat Witir sebelum tidur, sebagaimana yang
tercatat dalam Hadis berikut yang bermaksud:
"Rasulullah
SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering menganggu manusia ketika tidur. Oleh itu,
umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan Solat Witir setiap kali sebelum
tidur".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
ü
BACA SURAH AL-MULK
Dari Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Satu surat dalam Al-quran (yang
terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafaat (dengan
izin Allah s.w.t) bagi orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan ertinya)
sehingga Allah mengampuni (dosa-dosa)nya, (iaitu surat Al-Mulk): “Maha
Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa
atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.”
(HR. Abu Dawud no. 1400,
At-Tirmidzi no. 2891, Ibnu Majah no. 3786, Ahmad 2:299, dan Al-Hakim no. 2075
dan 3838, dinyatakan shahih oleh Imam Al-Hakim dan disepakati oleh Imam
Adz-Dzahabi, serta dinyatakan hasan oleh imam At-Tirmidzi dan syaikh Al-Albani).
ü
MEMBERSIHKAN TEMPAT TIDUR
Dianjurkan pula untuk mengibaskan
kain pada tempat tidur sebanyak tiga kali sebelum berbaring. Anjuran ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Abu Hurairah r.a bahawasanya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seorang dari kamu akan
tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya
itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu apa yang ada di atasnya…”.
Di dalam riwayat yang lain dijelaskan
bahwa jumlah kibasan yang dianjurkan adalah sebanyak tiga kali.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
ü
BACA DOA
"Daripada
Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada
setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup
dan membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah An-Naas, kemudian baginda
menyapukan tangannya ke seluruh badan yang dapat disapunya dari kepala dan
mukanya dan bahagian depan daripada tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak
tiga kali."
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
ü
MUHASABAH
Sangat dianjurkan bagi setiap Muslim untuk koreksi
diri sebelum tidur. Merenung kembali segala perbuatan yang telah kita lakukan
sepanjang hari. Jika kita dapati, perbuatan itu baik, maka pujilah Allah s.w.t
dan jika sebaliknya, maka segeralah memohon ampun pada Allah s.w.t. Banyakkan
istighfar.
Jom islahkan diri. Terus mara melangkah menuju ke
arahNya. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)










