Bismillahirrahmanirrahim...
Tatkala diri mendahagakan kata-kata tentang sahabat, ku menghubungi seseorang dan mengharapkan sedikit kata-kata. Akhirnya, warkah SAHABAT ku terima.
*******
Pesannya Saidina Ali,
“Selemah-lemah manusia adalah
mereka yang tidak dapat mencari sahabat,
adapun mereka yang lebih lemah
lagi ialah apabila mensia-siakan sahabat yang telah dicari.
Nah, penting bukan kita punya
sahabat. Namun andai sudah mendapat seorang sahabat, haruslah sebaiknya
diikat. Tali ikatannya pula bukanlah dengan tali kejian dan mencari kesalahan,
tetapi seharusnya dengan talian keikhlasan tanpa mengharap balasan.
Namun begitu, dalam membenih
tautan ukhwah persahabatan ini, tujuan akhirnya nanti biarlah jitu iaitu
mardhatillah. Lumrahnya persahabatan diselangi perselisihan faham. Tetapi masih
asalkan benihnya Tuhan, siramannya iman dan bajanya kesetiaan, kan tetap
merimbun pohonan kasih sayang.
Tegurlah andai terlihat salah,
berlapanglah andai pendapat bercanggah. Ibaratnya persahabatan itu
seakan-akan rerumput lalang. Tidak peduli ditebas mahupun dipangkas, selama
mana turunnya embun dan hujan dari langit, maka selama itu pulalah akan terus
ia tumbuh mencengkam bumi. Begitu pula kita manusia, tidak peduli sehebat mana
pertelingkahan, sekeruh manapun campuran perasaan, asalkan diturunkan air
kesucian Islam dalam hati, selagi itu ia akan tumbuh lagi dan lagi.
Ukhwah dan persahabatan
misalannya tasbih, punya awalnya tiada akhirnya, dan dicipta untuk
mengingatiNYA. Salam, sapa dan senyuman, moga ia akan terus membahagiakan.
^_^
*jzkk buatmu atas perkongsian
tentang SAHABAT ini. Ringkas dan padat tapi cukup mendalam maksudnya.
www.sewamobilbox.biz
ReplyDelete