Bismillah…
Jom check list sebelum tidur.
ü
BERWUDHUK
Hadis dari Al-Barra’ bin Azib r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Apabila engkau hendak tidur, berwudhuklah sebagaimana
wudhuk ketika hendak solat.”
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
ü
SOLAT SUNAT
Nabi
Muhammad juga menyarankan umat Muslim utuk menunaikan Solat Sunat Witir sebelum tidur, sebagaimana yang
tercatat dalam Hadis berikut yang bermaksud:
"Rasulullah
SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering menganggu manusia ketika tidur. Oleh itu,
umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan Solat Witir setiap kali sebelum
tidur".
(Hadis Riwayat Imam Bukhari)
ü
BACA SURAH AL-MULK
Dari Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Satu surat dalam Al-quran (yang
terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafaat (dengan
izin Allah s.w.t) bagi orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan ertinya)
sehingga Allah mengampuni (dosa-dosa)nya, (iaitu surat Al-Mulk): “Maha
Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa
atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.”
(HR. Abu Dawud no. 1400,
At-Tirmidzi no. 2891, Ibnu Majah no. 3786, Ahmad 2:299, dan Al-Hakim no. 2075
dan 3838, dinyatakan shahih oleh Imam Al-Hakim dan disepakati oleh Imam
Adz-Dzahabi, serta dinyatakan hasan oleh imam At-Tirmidzi dan syaikh Al-Albani).
ü
MEMBERSIHKAN TEMPAT TIDUR
Dianjurkan pula untuk mengibaskan
kain pada tempat tidur sebanyak tiga kali sebelum berbaring. Anjuran ini
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Abu Hurairah r.a bahawasanya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila seorang dari kamu akan
tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah mengibaskan kainnya pada tempat tidurnya
itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu apa yang ada di atasnya…”.
Di dalam riwayat yang lain dijelaskan
bahwa jumlah kibasan yang dianjurkan adalah sebanyak tiga kali.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
ü
BACA DOA
"Daripada
Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada
setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup
dan membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah An-Naas, kemudian baginda
menyapukan tangannya ke seluruh badan yang dapat disapunya dari kepala dan
mukanya dan bahagian depan daripada tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak
tiga kali."
(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)
ü
MUHASABAH
Sangat dianjurkan bagi setiap Muslim untuk koreksi
diri sebelum tidur. Merenung kembali segala perbuatan yang telah kita lakukan
sepanjang hari. Jika kita dapati, perbuatan itu baik, maka pujilah Allah s.w.t
dan jika sebaliknya, maka segeralah memohon ampun pada Allah s.w.t. Banyakkan
istighfar.
Jom islahkan diri. Terus mara melangkah menuju ke
arahNya. Wallahualam.
salam ziarah..saya suka blog awak..
ReplyDeletewslm...jazakillah sudi ziarah di sini..
DeleteYe afwan..saya suka baca blog mcm nie
Deleteboleh kongsikan tak mcm mna nk buat blog yang cntik mcm nie..trma ksh
ReplyDeleteAllahu..em..mcm mana nak ckp eik? sebabnya..ana main try2 je..berdasarkan carian di internet dan di layout blogger..ana cuba2 je..he...selamat search internet..n mencuba..
Deletemoga Allah mudahkan..maaf xbnyak membantu,
Owh mcm tu ye..xpe la..insyaallah saya cri..trma ksh atas informationnya..
Deletesalam singgah menggodek-godek entry di sini..
ReplyDeleteteruskan tinta-tinta dakwah melalui butang-butang huruf...
wslm..jzkk sudi singgah..insyaAllah..jzkk atas dorongannya.:)
Delete