Bismillahirrahmanirrahim…
Apa
khabar imanmu? Jawablah sejenak dalam benakmu.
Apa
khabar hatimu? Masihkah elok seperti dipinjamkan kepada kita pada awal dahulu?
Tahukan kalian, bila-bila masa tuannya akan mengambil balik daripada kita?
Sudahkah kita bersedia? Allahurabbi…
Tahukah
anda?
Hati
yang tidak ada kehidupan di dalamnya adalah Hati yang MATI.
Ciri-ciri
hati MATI:
-
Tidak mengenal Allah.
-
Tidak menyembah Allah.
-
Tidak mencintai Allah.
-
Tidak redha pada Allah.
-
Hidup di antara syahwat dan kelazatannya.
Hati Mati & Hawa Nafsu
Jika
dia mencintai seseorang, dia mencintainya kerana HAWA NAFSU.
Jika
dia marah, marahnya kerana HAWA NAFSUnya.
Hawa
nafsunya adalah pemimpinnya, mabuk bersama hawa nafsu ini.
Hawa nafsunya
membuat dia tuli dan buta selain kebatilan.
Duhai
hati yang ingin kembali padaNya,
Ayuh, banyakkan zikrullah agar
sentiasa mengingatiNya. Meninggalkan zikrullah adalah punca awal kematian hati.
Hatinya akan menjadi keras sehingga tidak boleh menerima nasihat dan agama. Nauzubillah.
Firman
Allah s.w.t dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28:
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati
Allah, hati akan menjadi tenteram.”
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment