Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
w.b.t,
Apa
khabar iman hati yang sedang membaca tika ini?
InsyaAllah,
Allah tahu kita cuba untuk mendekatiNya. Teruskan pencarian kemanisan IMAN.
Tergerak hati ini untuk berkongsi tentang iman dan kasih sayang.
Hadirnya rasa ini setelah membaca majalah Solusi. Allahurabbi, sangat
tersentuh. Kasih sayang sesama manusia dan haiwan ada kaitannya dengan iman
manusia.
Bagaimana perkaitannya?
Dalam majalah Solusi, katanya, iman dan kasih sayang
itu seperti irama dan lagu. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Orang yang
mencintai Allah akan mesra dan sayang kepada sesama manusia.
Kerana apa?
Sebab Allah menyuruh sedekimikan. Iman kepada Allah adalah asas dalam berkasih sayang.
Dalam Islam, kasih sayang bukan sahaja kepada manusia bahkan juga kepada haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Orang yang cintakan Allah akan
mencintai makhlukNya.
Contoh mudah, jika hati kita disakiti, haruskah kita
menyakitinya kembali?
Andai
iman kepada Allah mendahului, kita cuba sabar dan terus layan dengannya dengan
baik. Mungkin kita akan cakap, bukan mudah hati kita nak terima apabila
disakiti. Tiada masalah. Ambillah masa untuk itu. Apa yang penting, kita cuba
untuk terima dan yakin dia dari Allah yang dihadirkan untuk menguji kita. Ini bermakna,
bukan salah dia keseluruhannya, bahkan ini dari Allah. Maka, harus redha dan
kuat.
Contoh lain kasih kepada haiwan. Walaupun ada antara
kita yang geli dengan kucing. Namun, tidak berkasar dengannya.
Pembaca
yang dikasihi Allah,
Bagaimana kita nak buat kebaikan
sesama manusia?
Antaranya
ialah dengan memberi salam kepada orang lain dan mendoakan kesejahteraannya. Memberi
hadiah kepadanya. Menolong menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Sebenarnya banyak
lagi kebaikan yang boleh kita lakukan. Bila ada peluang untuk melakukan
kebaikan, jangan tangguh, teruskan.
“Niat yang baik, insyaAllah Allah tolong”
Benarlah, apabila berlaku kesulitan atau masalah dalam
ukhwah, sesama manusia, ia berpunca dari iman kita yang tengah lemah. Syaitan
bijak mengambil peluang menghasut kita. Jangan
terus terpedaya! Bangun! Kita manusia yang sering alpa dan sering melakukan
kesilapan termasuk saya sendiri.
Oleh itu, di sini saya ingin ambil peluang, andai saya
ada pernah menyakiti sesiapa sebelum ini, mohon dimaafkan ya? Diri ini penuh
khilaf yang sedang dalam proses mengislahkan diri.
Cinta dan takut kepada Allah itu sumber segala
kebaikan.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ini,
satu benda yang saya suka ulang.
Percayalah…
Kelembutan
tidak akan pernah tewas dengan kekerasan.
Teruskan sabar dan jangan balas dengan kekerasan,
insyaAllah ada manisnya di kemudian hari.
Wallahualam.
Lunas, Kulim.
1.10 am, 10/3/16
No comments:
Post a Comment