Bismillah..Assalamualaikum
w.b.t,
Alhamdulillah, syukur pada Allah,
berakhir sudah program REACH. Satu program yang mengumpulkan anak-anak KEDAH
satu Jordan. Dan mungkin ini kali terakhir aku bersama-sama dengan program MPKJ
(Majlis Pelajar Kedah Jordan).
Dengan program REACH ini, aku semakin
kagum dengan anak-anak Kedah. Semangat mereka, perjuangan mereka buat mataku
berkaca.
Ketika aku dilamar sebagai timbalan
pengarah, sungguh terasa beratnya. Namun apabila dipujuk oleh Ibtisam, ku
kuatkan hati dan cuba untuk teruskan. Aku dimaklumkan ketuaku Adam Anwar.
Siapakah dia? Sungguh, sebelum ni hanya ku kenali muka tanpa tahu nama
sebenarnya.
Pada awal kami sudah mengetahui akan amanah
ini, aku sudah memaklumkan kepada Adam bagaimana gerak kerjaku. Ya..benar! aku
memang jenis cepat gelabah kadangkala, akhirnya kata pengarah ini..”Tak
pa..kita cool ja”. Aku kembali tenang.
Ketika di pertengahan gerak kerja
untuk program ini, aku terasa tidak mampu untuk teruskan. Akhirnya, ku maklumkan
pada pengarah bahawa aku berhajat untuk tarik diri. Tetapi pengarah memberi
dorongan dan menenangkan keadaan. Akhirnya, aku terus melangkah dan di sini aku
belajar untuk tenang.
Setiap program pasti perlu dibuat
kertas kerja. Walau berkali-kali kertas kerja perlu diubah, namun Zuhair dan
Fathin sebagai Setiausaha tetap sabar untuk membaikinya . Sabar mereka seperti sabar srikandi Siti
Sarah.
Mana mungkin program bergerak tanpa
ada kewangan. Hadirnya Luqman dan Fitriah menjadi program ini semakin kukuh. Membuat
belanjawan dengan teliti, berhubung
dengan semua unit untuk melihat sejauh mana kewangan diperlukan. Aku masih
ingat kata-kata Fitriah..”kak, saya ni tak pernah lagi jadi bendahari, tapi
saya cuba jugak..”. Terbaik Fitriah.
Bagaimana untuk melancarkan program
ini? Allah beri kami programmer yang begitu mantap. Baihaqi, Arifah dan Najlaa
yang sentiasa memikirkan tentatif program,
dan cuba melancarkan program dengan baik. Banyak masalah yang berlaku ketika
program, namun mereka dapat mengawal dengan baik. Ku rasakan mereka amat hebat
dan inilah programmer yang terbaik yang pernah ku jumpa.
Allah sudah mengatur kehidupan kita
dengan baik. Kita juga perlu ikhtiar untuk mengatur sesuatu dengan baik. Setiap
perkara , kita perlu sambut dengan baik walau apapun jua cara yang datang,
kerana kita yakin itu dari Allah. Begitu juga dengan program ini, Fathah, Anis
dan Adzreen sangat baik dalam menjadi ajk sambutan dan protokol. Senyuman di
bibir tidak pernah lekang. Sedar atau tidak, mereka telah menunjukkan qudwah
yang sangat baik untuk kita.
Mata diberi untuk melihat. Program ini
bila dilihat, Allah..sangat cantik dan indah. Bertungkus lumus ajk persiapan
iaitu Zulqarnain, Rubiatul Adawiyah dan Rosmiza merangka persediaan tempat dan
menghiasnya. Tidur lambat, habiskan masa membuat barang-barang perhiasan buat
ku kagum dengan kegigihan mereka. Mereka langsung tidak pernah mengenal erti
lelah dibantu oleh Syafiqah, Fatin Naimah, Huda dan Fatin Nur Afifah. Subhanallah…
Tanpa ajk persegaran, pasti
perut-perut peserta kelaparan. Sungguh mulia Alliqo dan Ridhwan kerana
memikirkan apa yang boleh mereka beri peserta makan. Sehabis baik mereka
memilih makanan yang berkualiti untuk dihidangkan kepada peserta. Alhamdulillah,
semua terasa enak. Makanan juga dihidangkan dengan dengan sangat baik yang
dikelolai oleh Syafiq, Ainun dan Ain.
Zaman semakin moden. Era teknologi
semakin ke hadapan. Bagi memberi segala informasi, ajk publisti sangat perlu
memainkan peranan. Bersengkang mata menghasilkan poster, merangka banner,
button badge dan banyak lagi. Kadangkala mereka kuatkan hati tatkala
dikritis hasil kerja mereka. Namun, hati Zubair dan Arwa tabah seperti setabah
umi Nabi Ismail.
Zaman kini, semuanya perlukan
perhubungan dan pengakutan untuk ke mana-mana. Tanpa Mustakim dan Fatimah
Azzahra’ pasti keadaan menjadi kucar kacir untuk memastikan peserta tiba di
tempat program dengan baik. Berhubung dengan manusia bukanlah perkara yang
mudah. Perlu ada sifat positif yang tinggi. Mereka ini ada sifat husnuzon yang
tinggi pada Allah. Subhanallah…
Jangan dipandang sebelah mata pada ajk
Tugas-Tugas Khas. Kerjanya mantap, malah mereka ini juga menjadi pelengkap
kepada ajk-ajk lain. Mudah bicara dan kerja, itulah Aziz, Atiqah, Shaimaa dan
Huda Nabila.
Subhanallah, pada mereka ini penuh
dengan sifat-sifat mahmudah yang menjadi qudwah dalam Islam. Aku masih ingat
ketika pulang dari program ini, bakal presiden MPMMJ, bertanya padaku, “kalau
kak nabilah, nak bagi berapa markah bagi program ini?”. Aku terdiam.
Ku katakan andai aku ini hanya orang
biasa, mungkin markah ku berikan biasa-biasa sahaja, tetapi aku beri lebih
markah pada program ini kerana aku bersama dan melihat sendiri jentera program
ini bergerak. Sampai ku rasa, mereka tidak ada markah kerana besar sungguh
pengorbanan mereka yang tiada ternilai.
Akhir kalam, ana sebagai timbalan
pengarah, memohon sejuta kemaafan, andai ada hak-hak yang tidak tertunai,
terasa hati atau terasa tertekan dengan ana. Ana juga insan biasa yang sedang
melangkah ke arahNya. Mohon terus tegur ana jika ada salah.
Jentera
REACH yang dikasihi Allah,
Terima kasih untuk segala titik peluk
hampa. Terima kasih untuk segala pengorbanan yang dilakukan. Moga SYURGA untuk
kalian. Biar kita penat di dunia, moga kita rehat di akhirat. Memori antara kita, tak akan ku lupakan. Tidak dilupakan juga, terima kasih pada semua ajk bawah dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sekian.
14/12/12
Mu’tah,
Jordan.
No comments:
Post a Comment