Tautan Ukhwah

Friday, March 28, 2014

Tips Hilangkan Mengantok Dalam Kelas

                                                                            
                                                              
 
Bismillahirrahmanirrahim,

Memandangkan kebiasaan pelajar sering mengantuk di dalam kelas. Jom ana kongsikan tips yang ana dapat daripada seorang ustaz:-

1)  Jangan sandar

Apabila kita lebih banyak mendengar daripada bercakap, fokus kita kadangkala dicuri. Pada awalnya pembelajaran semangat kita sungguh berkobar-kobar. Namun, lama-kelamaan mata yang tadi tidak berkelip akhirnya berkelip-kelip dan akhirya perlahan-lahan ia menutupi bebola mata.

Sebenarnya, posisi kita semasa belajar amatlah memainkan peranan penting. Dengan bersandar, ia memang mampu buat kita rasa lebih selesa, tetapi selesa itu akhirnya mengawal diri kita hingga terlentok.

Jadi, cuba luruskan badan dan cuba elakkan dari bersandar.

 

2)  Niatkan belajar seperti zikir

Mesti tertanya-tanya bagaimana niat belajar seperti zikir, kan?

Apa maksud zikir?

Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan.

Selalu kita diwar-warkan agar memperbaharui niat, betul tak?

Pernah terfikir kenapa?

Sebab….

Kadangkala kita tidak sedar bahawa niat kita itu terlari atau dicuri di tengah jalan. Maka, cuba dapatkan ia kembali. Namun, jika niat awalnya kurang jelas, maka jelaskanlah.

 

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan…”

 (Hadis Bukhari dan Muslim)

Ilmu itu milik Allah. Maka marilah kita hargainya. Menuntut ilmu kerana Allah akan buat kita lebih tenang dan semangat.

 

3)  Cuba bergaduh dengan syaitan
 
                                   

Apabila kita rasa mengantuk, cubalah berimaginasikan bahawa syaitan suka melihat kamu dari mendapat ilmu Allah itu.

Puas dia memujuk-mujuk kita. Lantas, pantaskah kita membiarkan kita tertewas dengan bisikan-bisikan syaitan itu?

Lawanlah sedaya upayamu.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mukminun, 97-98:

“Dan katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan, dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekati aku.”

 

Jom sama-sama pertingkatkan kualiti menuntut ilmu. Ilmu Allah itu sangat luas. Moga Allah redha. Aamin. Wallahualam.

 

 

 

Sunday, March 23, 2014

Sesungguhnya Allah Dekat

                                                                    
Bimillahirrahmanirrahim,

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 186:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

 

Allah…Allah…Allah.

          Tatkala membaca berulang kali makna ayat ini, hati seolah direntap kesayuan.

“…sesungguhnya Aku dekat..”

Allah itu dekat dengan kita. Allah itu tidak pernah lari daripada hamba-hambaNya. Malangnya, kita yang lari daripada Allah. Ketikamana diri merasakan jauh daripada Allah, sedarlah Allah sangat dekat denganmu. Allah sentiasa ada untuk dirimu.

“…Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku…”

Berapa kali sehari kita berdoa kepada Allah? Adakah hanya setelah usai menunaikan solat? Kadangkala, ada yang risau tentang doanya pada Allah samaada dikabulkan atau tidak. Siapa kita untuk memberi jawapannya? Stop it!

Mulai saat ini, hakiskan perasaan ragu itu. Banyakkanlah berdoa kepada Allah. Letakkan seluruh pengharapan pada-Nya. InsyaAllah, hati akan tenang.

Abu Hurairah ada menyebut, Nabi Muhammad s.aw: berkatanyya:

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.”

(Riwayat Ibnu Al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Jom banyakkan doa.^_^

Wallahualam.

Tuesday, March 4, 2014

Pembubaran Khilafah-3 Mac 1924


                                                                          

3 Mac 1924?
Tahu tak tarikh apa ni?
Pada tarikh ini, pembubaran Khilafah pada pemerintahan Atartuk.
Pada ketika ini, masyarakat-masyarakat yang mundur seperti mongol dan eropah masih berada dalam zaman gelap (dark ages).
*boleh cari lagi tentang kejadian di sumber-sumber lain untuk menambahkan pengetahuan dan ambil ibrahnya.
                                                            

Pembaca yang dirahmati Allah,
          Ayuh kita fikirkan sejenak…Bermula dengan Nabi s.a.w yang bersungguh-sungguh berdakwah dan akhirnya dikurniakan Allah Madinah (sebuah negara Islam). Kemudian, diikuti pula dengan khalifah Islamiah (penguasaan politik). Lantaran itu, lahirnya sebuah tamadun hadhari. Namun, akhirnya berpunca dari keadaan umat Islam sendiri, Islam jatuh.
          Rasulullah s.a.w menerapkan pengukuhan aqidah dan iman terhadap sahabat-sahabat.  Al-Quran menjadi pegangan. Mantapnya aqidah dan iman sahabat-sahabat sehingga mampu memartabatkan Islam.
          Tidak sedihkah kita dengan peristiwa ini? Siapa yang akan mengembalikan Khalifah Islamiah ini? KITA!!!
          Mungkin tidak terus pada zaman kita..tapi bermula dari kita dan seterusnya generasi yang akan datang. Namun, sayang sekali, kita masih terleka dengan dunia kita kini.
          Perkara yang kecil lebih diutamakan dari perkara besar.. teringat kata ustazah waktu zaman diploma dahulu:
“ketepikanlah dahulu untuk terasa/sensitif dengan perkara-perkara kecil sebab banyak lagi perkara besar yang perlu kita sensitifkan.”
          Allahu…jom berhijrah jadi lebih baik..tidak ada orang yang tidak pernah buat silap dan lalai. Namun, Allah itu Maha Pemurah..menerima taubat hamba-hambaNya.
          Mari kita lebih tadabbur Al-Quran..supaya Al-Quran sentisasa di hati kita. ayuh lakukan perubahan, bermula dengan kita.
  
Wallahualam.
Siti Nabilah Azman,
3/3/2014,
Mutah, Jordan.
 
 

Sunday, March 2, 2014

Perasaan itu...

                                                                                    
Perasaan itu…

Hadir tanpa ku pinta,

Mula tumbuh di sanubari,

Puas ku cuba tepis,

Hanya air mata yang menjawab.

 

Perasaan itu…

Sering menganggu hidupku,

Sering meninggalkan persoalan di benakku,

Sering buat ku rasa betapa lemahnya diriku.

 

Perasaan itu…

Kadangkala buat ku resah,

Namun, kasih Allah melebihi segalanya,

Hati tenang apabila mengingati-Nya.

 

Perasaan itu…

Mencabar secebis keimananku,

Mencabar segersang kesabaranku,

Mencabar jalan mujahadahku.

 

Perasaan itu…

Buat ku terus bangun,

Buat ku terus melangkah,

Buat ku terus mara,

Mengejar cinta Allah yg utama.

 

Perasaan itu…

Meresap di sanubari ini,

Berlegar-legar di jiwa ini,

Mengharapkan satu jawapan yang pasti.
 

Perasaan itu…

Hanya diserahkan padaNya,

Hanya pengharapan dariNya,

Kerana hati ini dan hati itu milikNya.
 

Siti Nabilah Azman

9.05pm,

Mutah, Jordan.